Kaktus Cameron Highlands

Kaktus Cameron Highlands. Bagi penggemar pokok-pokok kaktus, saya pasti Cameron Highlands akan jadi tempat yang ditujui untuk mendapatkan pokok-pokok kaktus baru. Memang banyak kedai di Cameron Highlands yang jual pokok kaktus pelbagai spesies ni. Cantik-cantik pulak tu.

Saya bukan penggemar kaktus, tapi pernah la beli kaktus ni masa zaman sekolah-sekolah dulu. Cikgu bawa lawatan ke Cameron Highlands, beli la yang jual RM10 dapat 5, dapat 3 tu ... saja nak letak kat dorm ... haha.... atau bagi kat awek .. keh keh keh. Mungkin ada yang tanya, kenapa tak beli bunga-bunga cantik kat Cameron Highlands tu ... hoho ... sebab saya kurang berjiwang kot .. hahah .. kaktus brutal skit .. lalalala

Kaktus Cameron Highlands

Kaktus Cameron Highlands
 Kaktus Cameron Highlands

Kaktus cantik. Walaupun ianya pokok berduri tetapi boleh je dijadikan hiasan samada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Kalau ikut petua orang tua-tua, elok ada pokok-pokok yang berduri ni ditanam di rumah. Tu pasal orang dedulu banyak tanam pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) ... bunga Mawar dan tanam pokok bunga Kertas ... kata mereka yang elak daripada terkena santau dan sihir. Tu petua je, tapi sebagai muslim elok amalkan ayat-ayat Al Quran untuk hidari santau dan sihir ni.
Cameron Highlands Cactus
Kaktus Cameron Highlands

Kenapa Beli Kaktus di Cameron Highlands?

Sebenarnya saya kadangkala mushkil gak kenapa ramai suka dapatkan dan beli kaktus di Cameron Highlands, walhal kat Nursery atau kedai pokok bunga biasa ada je jual. Bila saya dah ke kedai bunga biasa dan tanyakan harga, barulah saya tahu ... ada beza dari segi harga, dan juga jenis-jenis yang ada.
Cameron Highlands Cactus Price

Di Cameron Highlands, harga pokok kaktus yang dijual adalah murah, dan selain tu .. jenis dan spesies yang ada juga lain. Banyak kaktus jenis berbunga dijual di Cameron Highlands, itu sebab ramai pencinta dan penggemar spesies tanaman ini suka dapatkan di sana. Malah, ada jenis yang sukar nak dapat di kedai biasa, hanya boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual pokok bunga di Cameron Highlands tu.
Cameron Highlands Cactus
Cameron Highlands Cactus
Cameron Highlands Cactus

{ 9 comments.. read them below or add one }

puteraduyong puteraduyong December 25, 2014
hari tu beli kaktus cameron ni... 3 minggu je hidup... sebab siram hari-hari... rupanya takleh siram hari-hari macam siram pokok bunga biasa.
nur ikaa nur ikaa December 25, 2014
arghhh geramnya tgk kaktus tu....rkat rumah ada 7 jenis....nk tambah koleksi lagi hmm
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 25, 2014
heheheh ini komen lawak sy baca,, awak kata siram pokok kaktus hari2 hahahah , mana boleh hari2 lah,, confirm layunya.. - kedaionlinemy.com
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 25, 2014
dalam seumur hidup pernah beli skali jer pokok kaktus,,, tu pun ada orang jual kat sekolah masa kecik2 dulu - kedaionlinemy.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Lain kali tanya dulu orang yang jual tu camner nak jaga ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Saya tak retilah nak jaga kaktus ni .. walaupun sebenarnya sangat mudah .. hahaha
Hanis Amanina Hanis Amanina December 25, 2014
pernah trauma jaga kaktus, dah la kawan yg bagi sempena hari jadi. boleh pulak mati. T_T

sekarang tgh sahut cabaran diri sendiri, jaga pokok leklok. dah ada 6 pokok dalam bilik ni termasuk 3 kaktus. mudah2an semuanya sihat dan selalu zikrullah.

hanisamanina.com
aizamia3 aizamia3 December 26, 2014
Dulu pernah beli pokok kaktus dan membesar dengan sihat tapi satu hari tu cuba alihkan ke pasu yang lebih besar.. eemm.. tak lama lepas tu pokok kaktus tu mati.. tak jaga dengan sempurna pun ye jugak.. :(
Mohd Norzali Zulkifli Mohd Norzali Zulkifli December 27, 2014
Pokok kaktus ni senang nak jaga tak macam pokok bunga yang lain. Tak siram air selalu pun boleh hidup lagi.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.