Jemput Jodoh

Saturday, December 13, 2014

Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate


Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang nampak akan potensi buat duit dengan affiliate ini. Tengok dalam akhbar tempatan pun, sudah ada beberapa seminar yang dok anjurkan benda ni. Saya fikir tahun 2015 akan menjadi tahun mencabar bagi mereka yang selama ini 'makan sorang' dalam buat duit komisen affiliate ni.

Bagi saya, ia sesuatu yang sangat bagus sekali. Semakin ramai tahu potensi buat duit online dengan affiliate. Malah, sudah ada panduan buat duit affiliate untuk newbie disediakan. Almaklumlah, sekarang tak macam dulu. Dah semakin ramai tahu guna internet dan IT (lama tak guna perkataan IT). Tak ada komputer, sudah ada telefon pintar yang boleh dibeli serendah RM399 di Lazada Malaysia.

Ok. Memandangkan ramai yang dah semakin nak tahu mengenai affiliate, dan potensi jana income menerusi program ini, maka saya lancarkan satu giveaway singkat untuk berikan dua buah buku bertajuk Buat Duit Dengan Affiliate. Buku ini ditulis oleh Azahar Abdul Rahman, terbitan PTS Professional.

Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate


Mudah sahaja nak sertai.

  1. Anda hanya perlu copy-paste kod HTML yang disertakan di bawah ini dan letak di dalam satu entri bertajuk - "Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate".
  2. Kemudian LIKE PAGE Bisnes Online Tanpa Modal
  3. Selesai terbitkan entri anda di blog, maka hantar URL entri penyertaan anda di SINI (klik)


Anda dilarang ubah sebarang kod HTML yang disertakan untuk giveaway ini.

Pemilihan pemenang adalah menggunakan random.org. Ini kira cabutan bertuah la ni. Dan tanpa sebarang kos, anda mungkn mendapatkan hadiah yang merupakan sebuah buku bertajuk Buat Duit Dengan Affiliate. Hanya dua (2) orang pemenang yang dicari.

Senarai peserta akan dikeluarkan di FB Page HASRULHASSAN.COM. Pengumuman pemenang akan dibuat di blog ini, in Sha Allah sehari selepas tarikh tutup penyertaan pada 16 Disember 2014.

Buku ini mengandungi:
  • Cara mencari dan memilih program affiliate.
  • Cara menjadi Super Affiliate.
  • 18 strategi promosi terbaik.
  • 20 kesilapan yang perlu dijauhi.
  • Teknik hasilkan wang sehingga USD4,700 sebulan.

Ada14 bab dalam buku ini, dan in Sha Allah, anda akan dapat sedikit sebanyak manfaat untuk buat duit dengan affiliate.

Jika rasa malas nak baca buku, tetapi nak belajar dan mahir affiliate, boleh hadap Video Intensif Affiliate - yang ni ada rahsia pakar affiliate jana income 4-5 angka sebulan menerusi affiliate didedahkan.

Saya harap anda sertai giveaway mudah ini, dan rebut peluang ini. Percuma dengan hanya menjadi peserta bertuah dalam giveaway yang saya anjurkan.

Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate
4/ 5
Oleh

Komen Anda

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.