Buku percuma buat duit dengan affiliate saya tawarkan kepada sesiapa yang benar-benar mahu. Jika berminat nak dapatkan 2 buah buku percuma buat duit dengan affiliate ini, boleh sertai giveaway mudah Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate. Dah ramai rakan blogger yang sertai GA mudah saya ni. Semuanya teruja nak jana income menerusi affiliate.

Buku ini saya mahu berikan percuma kerana saya mahu lebih ramai blogger dapat ilmu berkaitan dengan affiliate. Selama ini, hanya IM (internet marketer) je yang buat duit ribu-ribu menerusi affiliate, tetapi sejak pertengahan tahun 2014, dah nampak semakin ramai di kalangan blogger yang dapat income 4-5 angka daripada program affiliate ini.

Buku Percuma Buat Duit Dengan Affiliate

Buku buat duit dengan affiliate
Jika anda pembaca setia blog ini, tentu dah pernah baca mengenai pendedahan saya mengenai rakan blogger yang jana income 4 Angka Dalam 5 Hari Menerusi Affiliate. Malah, sebelum itu saya ada juga cerita bagaimana seorang pelajar yang juga rakan blogger saya  

Program Affiliate Adalah PERCUMA!

Ia satu program percuma. Affiliate membolehkan anda jana income lumayan dengan promosi produk orang lain, dan anda jana income menerusi komisen yang diberikan. Nak dapat komisen lebih lumayan, cari produk affiliate yang membayar dalam USD, tak tahu cara nak sertai program affiliate yang bayar USD ini, anda boleh rujuk lebih 10 video berkaitan di sini - http://bit.do/affiliateUSD.

Semasa di Big Bad Wolf 2014, saya telah dapatkan banyak buku-buku ilmu berkaitan buat duit online ini, termasuklah buku buat duit dengan affiliate. Malah, saya ada dapatkan buku berkaitan motivasi untuk menggerakkan diri saya untuk lebih berjaya dalam bidang blogging tanahair.

Saya ingat lagi, ramai pakar-pakar hebat yang berjaya dalam bidang masing-masing sering beritahu, "Mahu berjaya, maka kena paksa diri untuk labur dalam ilmu". Ramai antara kita seperti teragak-agak nak dapatkan ilmu dengan melakukan pelaburan wang ringgit. Bagi sesetengah orang, duit itu lebih nilainya daripada ilmu.
Tips Jana Income menerusi Affiliate

Ilmu ini boleh dapat dalam pelbagai bentuk, bukan setakat buku percuma, malah ada ebook percuma yang boleh dimuatturun. Saya pernah berikan ebook percuma berkaitan cara jana income menerusi AgenAffiliate, dan ebook berkaitan Google Pagerank yang boleh dimuat turun percuma di Fanpage blog ini. Tetapi itulah, walaupun percuma, ada yang teragak-agak.

Ilmu buat duit dengan affiliate boleh dapat menerusi rakaman video, rakaman seminar, ebook, forum, group affiliate, group blogger, fanpage berkaitan ilmu affiliate dan banyak lagi. Saya sendiri ada wujudkan fanpage FB Bisnes Online Tanpa Modal Percuma untuk dedahkan peluang buat duit dengan affiliate ini.
Big Bad Wolf 2014
Saya telah beli 10 buah buku buat duit dengan affiliate semasa berkunjung ke Big Bad Wolf 2014. Saya beli banyak sebab nak berikan secara percuma kepada pembaca-pembaca setia blog ini. Saya mahu lebih ramai rakan blogger buat duit online. Jika nak dapatkan buku percuma ini, pastikan anda langgan newsletter blog ini untuk entri terkini terus di email atau ikuti (follow) saya di twitter, facebook mahupun fanpage blog ini.
Buku Percuma Buat Duit Dengan Affiliate

Saya mahu anda menjadi seperti rakan blogger saya - +Khairul Asrol, +Tok Puteh, +Afiq Aimannaaim yang berjaya jana income lumayan menerusi affiliate. Dapatkan buku percuma buat duit dengan affiliate dengan sertai giveaway mudah yang saya anjurkan di sini - Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate (klik)

Ya, saya memang serius nak bantu anda berjaya buat duit dengan affiliate, tak dapat jana income ribu-ribu pun tak mengapa, asal dah boleh jadi modal bayar bil elektrik, bil air, bil cukai tanah, cukai pintu, bil ineternet dan bawa famili bercuti bajet sana sini ... rasanya in Sha Allah, dengan syarat anda ikuti blog ini, dapatkan tips-tips online dan tidak teragak-agak untuk melabur dalam ilmu!

Mahu berjaya?

Ikuti langkah mereka yang berjaya!

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Harap-harap diri ini salah seorang pemenang itu.. amin.. hehe.. percuma tu.. haha

    BalasPadam
  2. Salam
    Bukan mudah untuk mendapat ilmu dengan percuma , anda perlu berkorban. Jika anda ingin berjaya, anda belajar ERTI SYUKUR. Bagaimana ? Lihat betapa tabahnya penoreh getah yang bangun seawal pagi mengadap sebatang sebatang pohon getah. Lihat juga sikudung yang mampu bergerak tanpa kaki.Bersyukur bersyukur bersyukur dengan kelebihan anda, ini adalah pemangkin kejayaan yang sebenar.Bila anda kenal diri maka anda kenal pencipta dan bila anda kenal pencipta maka binasalah "diri" . Tiada lagi kesombongan dalam mencari ILMU.

    BalasPadam
  3. Terima kasih tuan kerana memberi info percuma untuk buat duit online kepada saya.

    BalasPadam
  4. Untuk menjadi seorang Pakar SEO memerlukan pengorbanan dari wang ringgit dan masa...sememangnya tuan HH digelar Pakar SEO selain google staff bahagian SEO ni...

    BalasPadam
  5. banyak membaca kuncinya, nak cari ilmu kena banyak baca dan berguru dengan mentor, banyaknya buku, macam nak kena join ni..

    BalasPadam
  6. Bagus buku ni boleh buat tambah ilmu didada

    BalasPadam
  7. betul... baca buku tambah ilmu... berguru juga tambahkan ilmu... ada ilmu pasti hidup berjaya walaupun hanya menjual tisu ...

    BalasPadam
  8. Membaca jambatan ilmu, kalau baca buku fizikal baru ada feel sikit

    BalasPadam
  9. Makin banyak pendedahan tentang buat duit dengan affliate ni. Bagus. Tapi buku tu keluaran PTS, nak kena cari gak ni..TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku ni dah semakin sukar nak ditemui, lagipun penulis dia pun dah kurang aktif, blog bisnes dia pun dah tak ada. :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement