Bil Telefon Tertunggak Setengah Juta Ringgit!

Mak aih, bil telefon tertunggak setengah juta ringgit! Apa sudah jadi? Saya tak tahu la mana silapnya bila kejadian macam ni berlaku. Terimbas kembali waktu saya awal-awal guna telefon dengan sambungan internet TM Net kat kampung, dapat bil tertunggak sehingga ribuan ringgit walhal masa tu saya baru kerja di kilang kicap S.M. Noor Cap Tiga Ayam.

Bila saya baca berita laporan seorang surirumah dari Seremban tertekan dapat bil tertunggak sehingga setengah juta ringgit, saya dapat bayangkan perasaannya. Hoho .. waktu dulu, dapat bil telefon sampai seribu ringgit dah kira melampau banyak weihhh .... lagi-lagi masa tu saya baru nak merasa duit gaji hasil titik peluh sendiri.

Ya, silap saya juga ketika itu sampai sangat leka tanpa sedar bil telefon internet TM Net saya dah terlebih pakai. Waktu tu mana ada pemberitahuan yang bil dah lebih had, main pakai ikut sedap je sehinggalah surat bil sampai ke tangan. Terkejut beruk weihh. Terus rasa nak pening-pening Langau bila fikir bagaimana nak bayar tunggakan bil telefon dan internet.

Bil Telefon Tertunggak Setengah Juta Ringgit!

Bil Telefon Tertunggak Setengah Juta Ringgit!

Saya petik dari Sinar Harian:

Baru lima bulan melanggan perkhidmatan telefon mudah alih dari sebuah syarikat telekomunikasi, seorang suri rumah menerima bil tertunggak mencecah lebih setengah juta ringgit. Itulah nasib Chu Yoke Thye, 43, yang menerima surat daripada syarikat telekomunikasi terbabit, memaklumkan tunggakan bil telefon bimbitnya adalah RM580,723.

Telefon bimbit itu digunakan anak lelakinya yang berusia 8 tahun.

Keadaan itu menyebabkam Yoke Thye, tertekan, menangis dan tidak dapat tidur malam kerana sentiasa memikirkan masalah yang dihadapinya. Menurut Yoke Thye, dia membeli kad sim daripada kedai telekomunikasi di Jalan Kong Sang, di sini, Julai lalu dengan bayaran permulaan RM50 sebulan.

Anda boleh baca cerita ini selekapnya di Sinar Harian (klik).

Naif Pengguna Menjadi Mangsa

Jika anda ada baca berita tersebut, boleh terfikir akan kelompangan sistem telekomunikasi yang sangat mudah sedut duit orang ramai yang naif seperti wanita surirumah ini. Walaupun pihak telekomunikasi ada terma dan syarat yang tertulis, tetapi banyaknya mereka tidak terangkan soal-soal lain yang melibatkan kepentinggan pengguna secara lisan.

Serius, saya sangat pasti ramai antara kita yang sangat malas nak baca terma dan syarat, betul tak? Hanya bila dah terkena musibah baru nak belek setiap perenggan. Sama juga kes dengan mereka yang beli hutang dengan Courts.

Silap surirumah tersebut ada dua - iaitu beli sim kad internet untuk anak 8 tahun, dan diberi tanpa pengawasan. Dan kedua, tidak bayar tunggakan pertama bil telefon.

Tips Elak Kena Bil Telefon atau Internet Setengah Juta Ringgit

Ia mungkin boleh dielakkan jika tips berikut diguna-pakai:
  1. Pilih pakej internet yang tanpa had yang bayar bulanan seperti Streamyx atau Unifi. Bila keluar rumah, boleh gunakan Streamyx Wifi Hot Spot.
  2. Fahami betul-betul pakej internet atau telefon yang dibeli. Ramai yang kurang bertanya bab-bab penting seperti apa berlaku jika terlebih guna, dan adakah talian dan penggunaan disekat seandainya had kuota telah habis digunakan. Ada pakej yang kenakan caj berganda bila kita terlebih guna had kuota internet.
  3. Tidak pantau anak menggunakan talian internet. Ada sesetengah perisian yang kita download adalah berbayar dan caj pada bil telefon. Perisian berbentuk pendidikan memang ada yang guna cara ini, kerana anak-anak mudah diperdaya untuk muat turun sesuatu tanpa tahu ianya berbayar, terutama untuk pengguna tablet Android dan Apple iPad.
  4. Muat turun perisian permainan percuma tetapi ada fungsi berbayar seperti nak beli coins, power, gold, points dan sebagainya.
  5. Tablet atau Apple iPad tidak diperisikan dengan perisian yang boleh sekat muat turun tak sah atau tanpa kebenaran ibu bapa - guna kata kunci dan sebagainya.
  6. Banyak menggunakan perisian yang gunakan data muat turun yang banyak sehingga habiskan kuota internet yang ada dengan cepat.
  7. Tidak menutup perisian dan capaian internet bila ia tidak digunakan, maka perisian tersebut akan 'berjalan' seperti biasa seperti melakukan update besar-besaran yang habiskan kuota internet.

Pengguna seperti surirumah tersebut, seperti kita semua kena alert benda-benda ini supaya tidak jadi mangsa kerakusan syarikat telekomunikasi yang mahu cari untung. Seperti sebelum ini, saya dah tulis mengenai Telco Beri Penjimatan Murah Berbaloi, kena hati-hatilah dengan segala bagai tawaran. Beringat-ingat sebelum kena.

Apa yang berlaku pada surirumah dari Seremban ini memang malang. Nak tak nak dia perlu juga jelaskan bil yang ada sebelum apa yang dah tertunggak tu tidak beranak menjadi bil sejuta ringgit.

Andai saya yang kena seperti surirumah ni, mahu terkencing-kencing dibuatnya... kalau gi toilet KLCC, dah berapa kena bayar tu ... hoho.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Eny Abdullah Eny Abdullah December 13, 2014
ishhh serius mcm mengarut... tapi berita betul kan... sebab kalau bill dh cecah dekat certain amount pihak telco akan block atau sekat or at least maklumkan... takkan lah lompang smpai mcm tu sekali...
p/s : kicap 3 ayam atau SAMANO ... nostalgia... hahahahah
kucha lana kucha lana December 13, 2014
mana lah dia nak cari duit nak bayr bil sebanyak tue..
Firdaus Azizi Firdaus Azizi December 13, 2014
Mak aih! Dasyat giler bil sampai setengah juta. Confirm tak dapat nak bayar nya :P
Bro Framestone Bro Framestone December 14, 2014
Ini mesti kes cas ikut pengguaan per MB.....

Gua pernah kena dulu... masa memula pakai data plan under pakej...
fyna fyna December 14, 2014
perrgghhh... banyak tue jumlahnya.
kedaionlinemy.com kedaionlinemy.com December 18, 2014
bil telefon sampai berjuta tak bayar/??? wau ini info luar biasa ni
Wan Fatihanum Wan Rusli Wan Fatihanum Wan Rusli February 12, 2015
kalau celcom tertunggak sebulan pun dah bar line, yang ni sampai setengah juta memang kompem pengsan yang dapat bil tu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.