Belajar Teknik Affiliate dari 10 Pakar serta Blog Statistik November 2014

Semasa saya menulis entri ini, saya berada di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Saya bersama dengan anak-anak melepak di bilik manakala isteri saya ada kerja sedikit di bangunan berdekatan. 'Persinggahan' saya dan keluarga di Kuala Lumpur hanyalah secara kebetulan, apabila isteri tanpa disangka ada tugasan di sini.

Asal tujuan ialah menghadiri Gathering Infokerjaya, yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya pada 6hb Disember 2014 di Palm Garden Hotel. Gathering ini telah mengumpulkan ramai pakar affiliate Malaysia, yang rata-rata telah menjana puluhan ribuan ringgit menerusi niche-X yang dihasilkan oleh Tim Infokerjaya.

Belajar Teknik Affiliate 10 Pakar Niche-X

Belajar teknik affiliate 10 Pakar
Alhamdulillah, tidak sia-sia saya datang dari Penang ke Putrajaya untuk Gathering Infokerjaya ini. Banyak betul ilmu telah saya dapat daripada pakar-pakar affiliate yang masing-masing telah berkongsi strategi dan teknik terbaik mereka. Antara yang berkongsi rahsia jana income puluhan ribu ringgit menerusi affiliate niche-X ialah Jamal SifuFBAds, Mohd Shamsuriyadi (Pakar Google Adword), Zeo Unic (Pakar SEO WP), Suhairi Shafie (Pakar Forum), Mohd Rijaluddin (Pakar feeds dan subscriber) termasuklah beberapa rakan blogger antaranya Tok Puteh, Prof Hariz, Akma Omar dan juga Encik Titan.

Memanfaatkan Group Couching dari 10 Pakar Affiliate

Gathering ini bermanfaat dan efektif kerana ada group 'couching' ... di mana setiap otai berbisa ini kongsikan teknik mereka dalam group-group kecil bagaimana mereka berjaya jana income puluhan ribuan ringgit hanya dalam masa kurang seminggu menerusi affiliate niche-X. Fuhh .. banyak betul benda yang saya tak praktikkan lagi. Memang berbaloi-baloi saya hadir gathering sehari dari 9 pagi hingga 5 petang ini.
In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan sedikit daripada ilmu mahal dan bernilai dari mereka. Saya tak boleh nak dedahkan semua, sebab mereka akan ada perancangan untuk keluarkan ebook khas teknik hebat mereka. Takkan saya nak sekat rezeki mereka pula, lebih-lebih lagi Teknik SEO Merah Jambu yang ditulis oleh Encik Titan yang memang powerful - dari testimonial beberapa rakan affiliate lain.

Lebih 5 Teknik Pakar Affiliate Jana Income 5 Angka Dalam Seminggu

Antara perkara saya belajar ialah teknik pengiklanan affiliate menerusi FB Ads, Google Ads, teknik forum, teknik menggunakan feed dan subscriber, teknik penulisan kandungan blog, teknik SMS, teknik SEO dan banyak lagi. Memang tepu kepala otak saya dibuatnya tetapi alhamdulillah, saya boleh lagi hadam satu persatu. Terima kasih kepada mereka semua yang sudi berkongsikan ilmu dengan ramai rakan affiliate yang lain.

Saya juga berkesempatan untuk bertemu beberapa rakan affiliate lain selain perluaskan network blog saya kepada rakan-rakan usahawan yang turut hadir untuk ketahui teknik melariskan produk, terutama menerusi FB Ads dan Google Ads.

Ilmu perlu dicari. Mereka yang sudah merasa sedikit kejayaan, pasti akan dahagakan lebih ilmu untuk lebih berjaya. Hanya mereka yang bertangguh untuk belajar sahaja yang akan gigit jari. Saya sendiri pun masih belajar dari mereka yang jauh lebih hebat, lebih muda, lebih ilmu daripada saya.

Kata rakan blogger saya, Sohoque.com (Ishak Ismail); beza kami dengan kehebatan mereka yang berjaya menjadi pakar dan jana income puluhan ribu ringgit hanya dalam masa singkat ialah amal. Ilmu ada, benda tahu tapi tidak amal. Mereka yang berjaya itu semuanya amal apa yang paling mereka tahu, itulah sebab mereka berjaya jana income lebat lumayan.
Teknik berjaya affiliate dari 10 pakar
Teknik berjaya affiliate dari 10 pakar
Teknik berjaya affiliate dari 10 pakar

Statistik November 2014

Untuk entri ini, saya nak kongsikansedikit statistik bagi bulan November 2014 blog hasrulhassan.com.
Statistik blog hasrulhassan.com
Statistik blog hasrulhassan.com
Statistik bulan November 2014 mengujakan saya kerana sekali lagi berjaya mendapat bounce rate yang rendah, yang sangat penting untuk sesebuah blog yang sebarkan informasi dan ilmu berkaitan blog. Bukan mudah untuk 'memaksa' pengunjung membaca lebih 5000 entri berkaitan tips blogging serta tips SEO blogspot yang saya kongsikan secara percuma.

Saya harap blog ini akan lebih beri manfaat kepada ramai lagi blogger Malaysia dan mereka yang mahu menjana income secara online. In Sha Allah, saya akan kongsikan dari semasa ke semasa kepada anda semua. Apa yang diharapkan dari anda adalah doakan kesihatan yang baik untuk diri saya dan keluarga, dan saya diberikan umur panjang untuk memberi lebih dan lebih kepada semua.

Jumpa lagi nanti.

p.s: Saya akan berada di Quality Hotel sehingga 13 hb November 2014. Nak teh tarik, whatsApp saya 013-5289887.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid December 09, 2014
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Abang HH...
BM BM December 09, 2014
Sungguh bertuah dapat belajar dari pakar2 yg terbukti kejayaannya. Semoga tercapat matlamat dan sasaran HH.
Khir Khalid Khir Khalid December 09, 2014
Alhamdulillah HH... sesuatu yg bukan mudah utk dicapai tanpa imu, pengalaman dan usaha yg berterusan. Ia menjadi inspirasi buat yg lain termasuk diri ini walaupun ada kala tak terdaya utk selalu menyinggah. Semoga HH terus berjaya dlm mencapai segala matlamat yg dihajati... aamiin. :)
Syahril Hafiz Syahril Hafiz December 09, 2014
Walaupun blog bro ni tekan lebih kepada ilmu blog, tapi semua keyword emas, di 1st page SERP kot. Memang pergh ar! tabik dengan ilmu SEO yang ada dikongsikan dalam blog ni. Ni kalau boost sikit, memang top la blog ni..hehe viral punya :)
TengkuButang TengkuButang December 09, 2014
Cayalah! Blog sifu HH bakal naik meningkat setapak demi setapak lagi.. Tahniah..

Salam.. Jemput join Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang yea.. Hadiah-Hadiah Wang Tunai dan Topup serta Hadiah lain melimpah di ladang gandum.. hehehehehe.. jom join!
http://tengkubutang.blogspot.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html
Fadhil Fadhil December 09, 2014
Banyak ilmu yang diperolehi sepanjang satu hari gathering tu. Rasa tak puas menimba ilmu.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 09, 2014
Teruja dah baca entri ni...tak mau gigit jari lagi...terima kasih tuan...minat kepada berblog dah semakin mendalam ni...InsyaAllah nak buat blog sndiri tak lama lagi...
Sentiasa Panas Sentiasa Panas December 09, 2014
Blog HH hebat seperti biasa..:)
Denaihati Denaihati December 09, 2014
Banyak ilmu dan yg penting pengalaman dapat dicedok dari sifu2. mudahan bro pun dapat kongsikan bersama... semoga terus maju peserta seminar ni.
eyriqazz eyriqazz December 09, 2014
Tunjuk ajari sifu..hehehe
blogger lelaki blogger lelaki December 09, 2014
bila dorang nak terbitkan ebook tu bro HH
m m December 09, 2014
ilmu dan amal..memnag betul sangat tu. tapi bila tgk statistik blog HH rasa nak fengsan!
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 09, 2014
statistik boleh membuatkan diri ini rasa nak fengsan! Bravo HH. Inspired!
kamil salleh kamil salleh December 09, 2014
Tahniah bro...HH banyak belajar dan udi berkongsi ilmu dengan rakan2 lain yang dahagakan ilmu berkaitan affiliate yang tidak berpeluang hadirkan diri atau belajar teknik2 dan tip2 drp otai2 yang pakar jana duit secara online. Saya doakan agar anda sekeluarga sentiasa berada dlm keadaan sihat walafiat, Insya Allah....
Cetusan Minda Cetusan Minda December 10, 2014
sabar menanti perkongsian seterusnya ...
reezluv reezluv December 10, 2014
memang terbaik kalau dapat perkongsian dari otai otai IM tu..
Mrs Yatie Mrs Yatie December 10, 2014
Hebat. Hopely, PG juga akan berjaya melalui affiliate. InshaAllah.
ikhwan ikhwan December 11, 2014
Seronok dapat jumpa hasrul hassan masa gathering IKR.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.