Baca Online Novel Manisnya Cinta di Cappadocia

Wah, sudah ada filem Manisnya Cinta di Cappadocia, adaptasi oleh Bernard Chauly dari novel Manisnya Cinta karya Anis Ayuni. Filem adaptasi novel ini dikatakan sebagai filem paling romantis 2014. Ia membariskan pelakon-pelakon popular tanahair termasuklah pelakon jelita rupawan, Nur Fazura dan pelakon hebat Shahiziey Sam sebagai pelakon utama.

Manisnya Cinta adalah novel cinta romantis ditulis oleh Anis Ayuni dan diterbitkan oleh Karangkraf (Alaf 21).
Baca online novel Manisnya Cinta di Cappadocia

Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Perghh patutlah pilih Nur Fazura sebagai pelakon utama, rupanya waktak Ifti Liyana adalah seorang gadis berlesung pipit, memang sesuai sangatlah pun.

Hoho .. saya pernah bertemu dengan Nur Fazura. Ketika itu, saya berkesempatan untuk berada di promo filem Pisau Cukur di Ipoh. Memang cantik orangnya. Nur Fazura hadir ke promo bersama Maya Karin dan Eizlan Yusof masa tu. Huhuhu ... dapatlah juga saya snap dua tiga gambar Nur Fazura dan Maya Karin yang perghhh ... uhhhh rupawan sungguh la hai ..haisshhh.

Baca Online Novel Manisnya Cinta di Cappadocia

Novel Manisnya Cinta karya Anis Ayuni ini boleh dibaca secara online dari bab 1 - bab 10 di Karangkraf Mall. Saya kongsikan kepada anda bab 1-bab 5 untuk anda dapat baca novel Manisnya Cinta (di Cappadocia) ini secara online. Pastikan anda login ke akaun Google (Gmail) untuk akses kandungan di bawah ini.

Memang menarik novel ini. Dan menjadi lebih menarik apabila novel ini diangkat ke layar perak dengan tajuk Manisnya Cinta di Cappadocia.

Baca Online Novel Manisnya Cinta (di Cappadocia) Bab 1 - Bab 5


Filem Manisnya Cinta di Cappadocia mengambil lokasi di Turki yang sememangnya satu tempat yang cantik untuk penggambaran filem-filem genre cinta romantis. Pengarah Bernard Chauly dah beberapa kali gunakan Turki sebagai lokasi penggambaran filem dan drama arahannya.


Trailer Manisnya Cinta di Cappadocia

Tengok teaser dan video promo filem Manisnya Cinta di Cappadocia ini pun dah nampak betapa bestnya filem ini ditonton bersama orang tersayang .. hoho .. scene semua cantik-cantik belaka, memang sesuailah untuk filem romantis ini.


Selain Nur Fazura dan Shahiziey Sam, filem ini turut diperkuatkan dengan kehadiran Lisa Surihani, Eja, Fauziah Ahmad Daud, Rafidah Abdullah, Josiah Hogan, Zaibo dan juga penampilan khas Faisal Hussein.
Manisnya cinta di Cappadocia
Manisnya cinta di Cappadocia

Banyak scene menarik dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia ini .. hoho... saya kongsikan beberapa scene yang sweet sangat di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia arahan Bernard Chauly. Agak-agak rasa macam best, bolehlah terjah ke panggung berdekatan.

Kredit Foto: Fanpage Manisnya Cinta di Cappadocia
Kredit Video: Red Communication

{ 10 comments.. read them below or add one }

Mrs Yatie Mrs Yatie December 16, 2014
PG tak baca novel wayang ni lagi. Tapi da tgk wayang ni kemarin. Best! ;)
Denaihati Denaihati December 16, 2014
Mula ingat drama tv, wayang rupanya. gambar2 tempat ni sememangnya menarik juga.
kucha lana kucha lana December 16, 2014
baru tahu adaptasi daripada novel juga filem nie
norehan saad norehan saad December 17, 2014
macam best je cerita ni....sekarang ni dah jadi trend adaptasi filem daripada novel
Abdullah Idris Abdullah Idris December 17, 2014
Assalamualaikum tuan Hasrul,

Bagi peminat-peminat novel mungkin boleh fikirkan cara bagaimana nak buat duit melalui novel-novel yang popular ni.
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 17, 2014
dulu-dulu suka jugak baca novel, tapi sejak ada anak-anak ni novel ke mana, kita ke mana hehe
Cer Cite Cer Cite December 17, 2014
Wah mesti best cite ni...nsk tengok online dah..kena subscribe ke?
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 17, 2014
Kesah romantik terbaik penghujung Disember 2014
Cheq Eem Cheq Eem December 17, 2014
saya dah baca novel.. saya dah tengok wayang... puas hati...!!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.