14 Disember 2014

5 Kaedah Tarik Trafik Blog Dari YouTube

Kaedah dapatkan trafik blog dari laman YouTube. Apakah kaedah untuk tarik trafik ke Blog dari YouTube? antara sebuah laman perkongsian video popular, ia juga sebenarnya merupakan salah satu kaedah untuk anda sebagai blogger menjana trafik menerusinya. Yang perlu anda tahu ialah teknik dan cara yang sesuai agar mereka yang menonton video tersebut, turut sama akan berkunjung ke blog anda.

Video yang menarik boleh menjadi viral di YouTube, dan kemudian dikongsikan di laman sosial lain seperti FB dan Twitter. Dan tempiasnya boleh meningkatkan trafik blog anda tanpa disangka. In Sha Allah, saya akan kongsikan mengenai kaedah tarik trafik ke blog dari sumber YouTube.

5 Kaedah Tarik Trafik Blog Dari YouTube

Tips dan kaedah dapat trafik ke blog dari YouTube
Apa yang saya perasan ialah, kebanyakkan blogger yang ambil peluang menjana trafik daripada YouTube adalah mereka yang suka buat tutorial, terutama tentang pemakaian tudung, pemakaian selendang, produk DIY, review event dan beberapa lagi. Saya sendiri ada gunakan teknik ini dengan berkongsi mengenai video event blogger SBB2014 di YouTube.

Ada juga yang gunakan untuk bercerita dengan menampilkan gambar menarik di YouTube, sambil mempromosikan bahan yang ada di dalam blog. Teknik ini digunakan oleh blogger travel yang ada banyak gambar-gambar percutian cantik yang dikongsikan dan ditampilkan dalam bentuk video. Cara ini juga boleh menjana income untuk blogger travel secara tidak langsung.

Untuk membolehkan video anda di YouTube itu memberikan trafik ke blog, pastikan perkara-perkara di bawah ini dilakukan:
  1. Letakkkan alamat url blog anda di permulaan dan di pengakhiran video.
  2. Sedikit info mengenai blog anda di bahagian description video tersebut. Jangan lupa ada link ke blog anda.
  3. Video tak perlu panjang, cukup paling lama dalam 2-3 minit.
  4. Jangan tipu penonton, mungkin pada awalnya trafik akan tinggi tetapi tidak bertahan lama akibat terlalu banyak dislike.
  5. Tutup bahagian komen untuk video tersebut, sebaliknya minta mereka meninggalkan komen di blog.
Semoga teknik ini berjaya anda buat untuk menarik trafik tinggi ke blog menerusi YouTube. ... hoho jangan buat video yang ntah apa-apa sudahlah ... apatah lagi yang berbaur lucah, dan yang sangat kontroversi sehingga beri impak negatif pula pada blog.

Sebelum lupa, YouTube bukan sahaja bolehkan blog anda dapat trafik, malah anda akan dapat jana income online dari dua sumber serentak - menerusi YouTube dan juga blog anda - lebih-lebih lagi jika anda ada akaun penuh Adsense.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

16 Komen

saya ada Youtube account, tapi berlainan dengan blog tema yang berkonsep benda pelik, Youtube ada mengenai hasil assignment tentang sesuatu topik, tapi dalam blog mengenai info pelik.. macamna nk kc synchronize? Minta bantuan dari Tuan. Terima kasih

Tip2 yang hebat..no 5 tu mcm memaksa je..haha

tips berguna juga ni bro..mungkin aku boleh cuba dimas akan datang

Betul tu bro... ada video saya berkaitan cara deco cake selalu ada sms drp pengunjung video tersebut di FB maupun mereka emelkan berkenaan cara bagaimana dan mereka mahu banyak lagi video berkaitan kek dibuat dan di upload di youtube. Semoga tip ini boleh saya editkan agar memenuhi cara dan saranan tuan HH ini.

Dislike akan mempengaruhi ramai atau kurangnya visitor ke youtube tu?

Selain tu youtube boleh jana duit Google Adsense juge..

Teringin nak buat video kat youtube. Bolehlah guna tips abg HH ni serba sedikit. Terima kasih

apabila Youtube + Clickbank...memang best..adeh..bila boleh dapat..video tak cukup banyak lagi ni..:P

kena pandai buat video yang best, baru orang tgk. Biasa saya tgk orang amek video yg dh popular, lepas tu guna balik untuk tarik trafik ke blog

kalau video menarik memang orang akan tonton dan nak tahu lebih lanjut.

boleh lah try cara ni untuk tambah channel pemasaran di masa akan datang.

tq for the tips :D

Yer betul, Youtube mampu menjana trafik yang tinggi jika keyword mengena. Ramai orang lebih suka tonton video dulu dari website.

dah banyak blog yang buat kaedah ni, nanti saya pun nak cuba, boleh guna cara ni tapi video yang digunakan kena kuat juga daya penarik - kedaionlinemy.com

No 5 tu teknik paling bagus sebab jika ada pertanyaan lanjut, mereka akan ke blog. Dari situ dah dapat trafik. Bijak jugak idea ni.


EmoticonEmoticon