Dah lama saya tak dedahkan mengenai trafik blog ini. Bukan nak menunjuk, cuma nak beritahu kepada anda, sumber trafik blog itu pelbagai. Jika menggunakan teknik-teknik yang betul, anda hampir tidak perlu update blog sekerap sebelum ini untuk mendapatkan trafik yang tinggi.

Blog nadi hidupnya adalah trafik. Dari trafik barulah boleh menjana pendapatan. Fundamental buat duit dengan blog ialah trafik. Jika blog trafiknya rendah, maka kemungkinan untuk jana income menerusi blog adalah rendah.

Trafik Bulanan Menjana Pendapatan Blog

Trafik Bulanan Menjana Pendapatan Blog


Trafik yang tinggi boleh memaksimakan sumber pendapatan sampingan dari blog (sekiranya blog adalah untuk suka-suka). Trafik yang tertumpu boleh memberikan anda income dari blog setiap hari, bermula dari RM1.00 sehinggalah ke RM150 sehari. Malah ada blog yang tinggi trafik boleh menjana income sehingga RM300-RM500 sehari menerusi beberapa sumber income dari blog.

Trafik Bulanan Menjana Pendapatan Blog
Dari melihat kemungkinan-kemungkinan tadi, boleh disimpulkan seorang blogger yang sepenuh masa bekerja menerusi blognya boleh mendapat income sehingga RM1500 sebulan. Jika blog sekadar memenuhi masa terluang dan untuk jana income sampingan, saya kira-kirakan ikut kalkulator pc ni ... bolehlah dapat sekitar RM300-RM500 sebulan, mengambil kira sehari boleh dapat dalam RM10-RM15.

Hmm ... dari melihatkan angka yang difikirkan logik itu, rasanya tak mustahil bagi sebuah blog yang konsisten trafik boleh bayarkan bil elektrik mahupun bil internet. Satu kelegaan bagi mereka yang tidak menerim BR1M 2015, ye tak?

Trafik blog yang tinggi boleh dijadikan alasan untuk anda offer servis advertorial dan lain-lain bentuk pengiklanan samada menerusi terus dari blog anda, atau menerusi sistem Advertorial.MY yang himpun banyak blog dan pengiklan berminat dengan servis advertorial dari blogger Malaysia.

Cuba lihat beberapa pesanan advertorial yang saya terima daripada Advertorial.MY di bawah.
Apa yang perlu hanyalah menggunakan statistik blog anda untuk umpan pengiklan. Trafik yang tinggi dalam sesebuah blog mencerahkan peluang pengiklan untuk bawakan awareness pada pembaca blog dan pengunjung. Anda tulis review di dalam blog anda berkaitan pengiklan untuk tujuan ini.

Tahukah Anda

Saya menggunakan platform Advertorial.MY untuk ketengahkan kelebihan blog saya dengan lebih berkesan tanpa saya perlu susah payah mencari pengiklan berpotensi? Ini adalah kerana pihak admin Advertorial.MY yang akan usahakan. Dah kurang satu kerja ... hoho. Klik untuk daftar blog dalam Advertorial.MY

Anda mungkin kata ... "ala HH bolehlah dapat .... "

Ok. Saya akan kata; tenung dan lihatlah keupayaan blog anda. Jika tak boleh nak terbanding dengan blog lain yang nampak konon power, maka turunkan kadar rate pengiklanan dan harga servis dalam Advertorial.MY. Berpada dengan nilai dan kelebihan blog.
Buat duit menerusi advertorial.MY

Tapi, serius saya katakan, jika anda sendiri tak yakin dengan keupayaan blog anda, bagaimana orang lain nak yakin?

Itulah cabaran untuk anda seorang blogger gunakan blog sebagai platform buat duit online.

Tak yakin nak berikan servis advertorial menerusi blog anda, maka boleh cuba cara lain untuk jana income sampingan, contohnya menerusi affiliate yang nampaknya sangat berpotensi jana income sampingan sehingga 4 angka dalam tempoh seminggu!

Tahukah anda

Saya ambil masa selama lebih 2 tahun untuk benar-benar buat duit dengan affiliate. Itupun setelah kesanggupan melabur untuk ilmu berkaitan dengannya. Setelah itu, baru sedar kesilapan saya selama ini yang telah merugikan masa dan tenaga. Klik untuk dapatkan panduan affiliate untuk blogger baru newbie.

Anda tidak boleh lakukan kesilapan ini. Ada banyak kursus affiliate online boleh anda daftar dan seminar buat duit affiliate dengan blog yang boleh anda hadir. Pilihan di tangan anda.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Good info...:)
    Saya dah lama ada blog, tapi sekadar untuk suka suki menulis... follower pun tak ramai :P
    trafik pun sikit je... boleh ke buat duit dengan affiliate ni kalau blog tak banyak follower?

    BalasPadam
  2. Bila baca informasi diberikan, ade juga terasa teringin! Emmm, mungkin bukan sekarang kot? Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, biar diri bersedia. Kalau tak sedia, fikir-fikir ... jangan gopoh, benda ni kena buat dengan betul.

      Padam
  3. Perkongsian berguna untuk newbie macam SP..thanks HH

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Terima kasih kerana kesudian baca tips blogging daripada saya ... :) saya anggap zakiah dah macam kawan rapat dah bila selalu je nampak komen di blog ni .. terima kasih banyak2

      Padam
  5. wahhh, menarik. kalau blog personal macam saya, dan trafik agak biasa2 je la. agaknya berapa harga untuk advertorial utk 1 post?

    BalasPadam
  6. sangat menarik... nanti boleh lah share macam mana nak buat entry untuk sesuatu permintaan iklan. entry yang memenuhi kehendak pengiklan...

    BalasPadam
  7. nak kena gandakan lah trafik macam ini

    BalasPadam
  8. nice info. tqsm. baru jinak2 blog ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement