Langkau ke kandungan utama

Tips Tingkatkan Trafik Antarabangsa

Ehhh ... blog ni pernah dapat kunjungan tak disangka dari negeri seberang, macam mana tu ehh? Ye .. ada dan saya sendiri pun tak sangka. Entri dah publish lama .. tetapi tiba2 meletup ibarat meletupnya Gunung Merapi di Indonesia. :)

Mengapa berlaku? Kita kena luaskan skop entri kita kalau inginkan pengunjung dari luar datang jenguk blog kita. Ini dah pasti akan berikan satu keunikan kepada blog kita kerana bukan sahaja ia dibaca oleh para bloggers tempatan, tetapi juga bloggers yang bukan tempatan (ewahhhh ayat belit2 la plak).
Tips Undang Trafik dari Luar

Tips Mengundang Trafik Blog dari Luar

Blog ini pernah mendapat ribuan trafik dari Indonesia berkaitan satu insiden yang ada kaitan dengan selebriti terkenal - bra laser. Setelah saya selidik, ada beberapa sebab mengapa.

Gambar tersebut diberikan nama yang bertepatan dengan kes yang menarik minat pengunjung luar. Jadi ia keluar antara yang pertama sekali bila di google, netters yang ingin tahu kisah selanjutnya mengenai gambar tersebut, terus terjah blog ini. Free2 je dapat trafik luar sedangkan ceritanya adalah cerita yang boleh mereka baca di akhbar tempatan mereka sendiri.

Tajuk entri yang bertepatan dengan apa yang mereka cari. Dalam kes ini: Bra Laser.

Itu dua sebab. Dan ini pula tips tambahan untuk trafik luar.

  • Buat sekali sekala entri yang bersifat universal, contoh ulasan berita luar negara atau seperti isu MH17 atau MH370, mahupun isu Palestine.
  • Buat entri yang menjurus kepada laman web yang tinggi trafik, macam laman web CNN, laman web CIA, Agensi PBB dan sebagainya.

Jika ada isu besar luar negara yang dapat permintaan tinggi pembaca online, jangan ragu2 terus buat entri anda mengenainya. Buat dengan cermat dan jangan tersilap fakta.

Lakukan komentar pada laman2 web yang ada kaitan dengan entri kita, dan letak pautan atau link ke entri kita yang berkenaan. Pasti ada yang ingin mengetahui apa pendapat kita tentang sesuatu isu.

Mungkin ada cara dan kaedah saya ini tak berapa digemari oleh sesetengah bloggers, tetapi ini apa yang saya lakukan. Jadi bila ada yang bertanya ... . inilah jawapan saya. Kalau anda kepingin trafik dari luar, cubalah buat mana yang anda rasa sesuai. Tak buat pun tak apa ... sebab ... trafik dari dalam Malaysia ni pun dah boleh melonjakkan trafik anda secara sendirinya.

Tips ini boleh anda guna bagi tingkatkan income blog jika anda gunakan platform pengiklanan luar dan bersifat antarabangsa, seperti H12, Media White, Geniee dan sebagainya. Apabila cookies pelayar dikesan adalah trafik luar, iklan luar akan muncul di paparan pengunjung luar ini. Mana tahu, untung-untung boleh dapat bonus klik iklan.

Dan satu lagi, ada juga produk affiliate bersifat antarabangsa boleh anda letak, cara yang boleh memberikan komisen tinggi dalam USD. Dalam Ashadee.net pun ada produk-produk seperti ini. Pilih mana yang sesuai, sebab ada yang berikan USD12.00 untuk program PPL (Pay-Per-Lead).


Selamat mencuba.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. kami telah try caraa abg hasrul kongsikan baru baru ni. nama gambar harus ditukar utk SEO, tajuk entry mesti eye catching. n walla..hasil yg seronok. hehehe.apa lagi tips seo cikgu?

    baru kenal sudah buat project..gelojoh sangat

    BalasPadam
  2. tahniah diucapkan dan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat...

    BalasPadam
  3. Perghhhhhhhhh terbeliak mata tgk angka2 tu bro...segan saya ni hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk juga tempoh tu .. dari 2006 tu kot

      Padam
  4. Betul tu HH tapi kenapa agaknya kita jarang mendengar blogger dari brunei disebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, tapi tak seaktif blogger Malaysia dan Indonesia ...

      Padam
  5. terima kasih atas perkongsian...ilmu yang bermanfaat

    BalasPadam
  6. Ha ah mesti sekali sekala buat artikel antarabangsa skit..contoh kata kunci yg telah diberi oleh tuan HH kita di atas...atau pun sekali sekala speaking london se artikel tu terus ke...em pasti ramai datang mengunjung nanti..

    BalasPadam
  7. Tidak dinafikan. Dulu masa awal2 blogging pernah guna khidmat ping Indonesia iaitu Lintas.Me. Memang masyuk trafiknya tapi malangnya blog asyik kena copy paste jer...maka, lupakanlah. Tapi sampai sekarang ni pun masih menyumbang trafik...dah lebih 250K hanya dr sana jer.

    BalasPadam
  8. hebatnya abg HH.. thank you for sharing ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada hebatnya, masing-masing ada kelebihan sendiri.

      Padam
  9. tulis entry berkaitan fakta kena lebih hati-hati..

    BalasPadam
  10. masih belum mampu memecah menarik trafik dari negara seberang..ada la sekali sekali dapat tempias

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba, lihat bagaimana blog Denaihati memancing pembaca dari Indonesia .... :) cerita pasal perlantikan presiden dan juga PEMILU .. :)

      Padam
  11. Nice tips! Boleh cuba nanti. Hee

    BalasPadam
  12. Blog gua banyak trafik datang dari USA dan Canada... Kan best kalau Adsense tak block blog gua. Sure lagi masyuk dari tempoh hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa tau tak pe .... :) USD dan Canada Dollar .. memang masyukkk kalau ada adsense dan trafik dari sana.... ramai yang buat duit hanya tulis entri berkaitan atau bersumber dua negara tu je

      Padam
  13. Traffik antarabangsa ni kalau tak omputeh terklik pasal keyword antarabangsa, tak pun org Malaysia yang duk luar negara tu...

    BalasPadam
  14. terima kasih bro!hebat.hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.... moga tips ni ada manfaat pada blogger ....

      Padam
  15. wow..terima kasih atas tips2nya...memang menarik ...sikit tetapi bermakna.. lepas2ni kena blog mengenai isu2 sensasi dan terkini juga yg bersifat universal

    BalasPadam
  16. Sekali sekala translate tu ke bahasa tamil atau chinese ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya pernah buat tu ... memang ada kesan positif ... entri dakwah/islamik selalunya akan dapat tempat .... :)

      Padam
    2. O yeke? Ni nak blajar bahasa tamil dan mandarin ni...sbb rata2 trafik yang datang dari bahasa2 ni sgt tinggi dan lumayan...selain tu bahasa Indonesia kot..

      Padam
  17. abg hasrul,, siapa blogger top indonesia pulak??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…