Entri ini ditulis atas kesinambungan entri sebelum ini iaitu Siapa Blogger Berpengaruh Malaysia dan Ciri Blog Berpengaruh. Saya mahu berikan sedikit tips untuk mereka yang mungkin ada cita-cita mahu menjadi seorang blogger Malaysia yang berpengaruh.

Berpengaruh di sini bukan maksud nak jadikan anda seorang wakil rakyat bertanding dalam pilihanraya dengan mendapat sokongan blogger Malaysia mahupun pembaca blog anda, tetapi ia satu teknik bagi membolehkan anda sebagai blogger dapat melakukan sesuatu yang lebih dari sekadar berblogging.
Tips Bagaimana Mahu Menjadi Blogger Berpengaruh
Sebagai bonus, seorang blogger yang ada pengaruh sangat disukai oleh pengiklan, dan in Sha Allah, boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik dari syarikat-syarikat besar yang percaya akan kekuatan pengaruh anda di dalam dunia blog Malaysia.

Lihat sahaja bagaimana blogger seperti RedMummy, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Denaihati, Ben Ashaari, Broframestone mendapat kepercayaan dari syarikat-syarikat besar untuk pengiklanan atau setidaknya menjadi teraju untuk untuk mempromosikan produk mereka.

Malah, blogger-blogger hebat ini diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan menggerakkan satu wacana ke arah program bersifat komuniti dan juga kemasyarakatan. Bukan calang-calang blogger diberikan kesempatan ini.
Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) - Foto Kredit: Ben Ashaari

Contoh terbaru adalah kejayaan Kelab Blogger Ben Ashaari yang mendapat tajaan besar dari syarikat produk tempatan. Ramai blogger di bawah 'naungan' Kelab Blogger Ben Ashaari mendapat manfaat ini disebabkan pengaruh nama blogger Ben Ashaari dan aktifnya Kelab Blogger Ben Ashaari di dalam dunia blog Malaysia. Tidak dinafikan usaha bersungguh Ben Ashaari dalam membolehkan KBBA ini memberi impak tersendiri di dalam dunia blog Malaysia.

Blogger Denaihati misalnya, menggerakkan usaha untuk bantu blogger Bachtiar Hidayah yang di dalam kesusahan. Blogger Redmummy pula menggunakan pengaruhnya untuk kumpulkan bantuan dan sumbangan untuk bantu sedara seagama di Kemboja.

Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Berpengaruh?

Jadi,bagaimana nak menjadi seorang blogger berpengaruh?

Bagi saya, untuk menjadi seorang blogger berpengaruh; anda seharusnya menjadi seorang blogger yang jujur dan ikhlas dalam setiap kerja anda sebagai blogger. Jika anda mahu berkata baik, maka baiklah, jika ada perkara tak berapa best yang perlu disampaikan, maka sampaikan tanpa selindung. Bukan di tahap menghentam, tetapi memberikan kritikan yang jelas membina dan membantu berjaya.

Jujur Ikhlas dalam Beri Pendapat Menerusi Blog

Saya lihat kebanyakkan blogger berpengaruh ini tidak ada segan silu mengatakan pendapat. Tak ada entri-entri bersifat mahu menutup kesilapan dan kesalahan. Benda salah tetap salah. Dan mereka tulis perkara ini di dalam blog. Walaupun ada entri yang mendapat kritikan dan komen-komen yang menikam jiwa, tetapi itulah hakikat seorang manusia yang berani berkata sesuatu tanpa selindung.

Bina Keyakinan Pengikut dan Pembaca

Jika anda mahu menjadi seorang blogger berpengaruh, anda perlu bina satu keyakinan buat pembaca-pembaca setia blog anda. Anda perlu ada satu rangkaian (network) blogger anda sendiri. Anda perlu ada sokongan blogger lain yang kenal siapa anda sebenarnya, bukan setakat di alam maya, tetapi di dunia realiti.

Ramai blogger yang gagal mendapat pengaruh kerana mereka duduk diam di balik tabir blog mereka. Mereka tidak ketengahkan diri di dalam masyarakat mahupun komuniti blogger itu sendiri. Mereka tak usaha untuk mempromosi. Mereka tidak melakukan usaha untuk berjaya.

Aktif Dalam Komuniti Blogger

Blogger berpengaruh perlu aktif dan peka terhadap apa yang dibuat oleh pengikutnya. Bukan hanya setakat meminta mereka berikan sokongan, blogger berpengaruh juga perlu beri sokongan kepada blogger dan pengikutnya. Dengan kata lain, terbuka dan sedia membantu orang lain dalam masyarakat, walaupun ada yang dibantu itu sebelum ini pernah menusuk jiwa dan perasaan .. hehehe..

Sebagai blogger, anda perlu berikan impak positif kepada pembaca blog anda. Bila mereka berikan kepercayaan itu, in Sha Allah, anda boleh menjadi seorang blogger yang ada pengaruh sendiri.




Tak semudah. Tapi boleh dilakukan. Yang hari ini duduk gagah, esok lusa akan sampai masa mereka akan akur untuk kembali berada di bawah. Dan anda sebagai blogger yang mungkin baru nak merangkak dan menapak, mungkin langkah mula hari ini akan membuahkan hasil di satu masa depan kelak, yang mana anda bukan sekadar blogger biasa lagi, tetapi menjadi blogger yang berpengaruh dan memimpin ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Siapapun boleh berjaya, asal tahu berusaha dan ingat pada Tuhan.

25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas tips ini. Amik sikit ilmu utk jadi blogger berpengaruh macam HH.

    BalasPadam
  2. Memang menjadi seorang blogger yang berpengaruh tidaklah mudah.

    Tetapi bila ditekuni sebagai sebuah profesi pekerjaan dan menjalankan kiat dan tips menjadi blogger yang berpengaruh dengan baik nisccaya impian menjadi blogger berpengaruh akan tercapai. Insya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Blogger indonesia banyak ada pengaruh di Malaysia.

      Padam
  3. semoga blogger berpengaruh mampu membawa pengaruh baik kepada semua.
    membawa pengaruh baik pahala ganjarannya, membawa pengaruh buruk tanggunglah dosa yang terkumpul..

    BalasPadam
  4. Menarik. Tapi nak join komuniti blogger kena ada komitmen. Yang kena bekerja waktu weekend memang susah nak sort out.

    BalasPadam
  5. Ye tuan memang perlu aktif dalam bidang penulisan ni...saya belum bermula lagi sekadar mencari trafik je ke blogspot saya ni..InsyaAllah tahun depan dengan sedikit pengalaman dan bantuan dari tuan ni...saya akan cuba aktif sebagai part time berblog seperti tuan yang hebat ni nanti...tkasih admin...

    BalasPadam
  6. Tips yang sangat berguna..tapi untuk jadi blogger yang berpengaruh juga perlukan komitmen yang tinggi :)

    BalasPadam
  7. mampu menyediakan banyak informasi yang terbaru

    BalasPadam
  8. tips yang berguna...
    mana tahu satu hari ada cita2 nak jadi terpengaruh.... boleh guna tips ni... haha !
    just in case :)

    BalasPadam
  9. Memang sukar hendak jadi seorang blogger yang berpengaruh, tetapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. :)

    BalasPadam
  10. Saya suka dengan blogger berpengaruh ni, walaupun nama dah ngetop tapi very humble macam tuan HH :)

    BalasPadam
  11. Blogger berpengaruh mempunyai follower yang tersendiri. Mereka membina indentiti di internet.

    Saya sekadar blogger jalanan.. - Mohd Shamsuriyadi

    Sekali sekala buat komen poyo..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udah la ... tgk nama pun dah tahu tokey biskut kuih raya .. hoho ..

      Padam
  12. info bagus... tapi saya xmampu lagi la jd seperti mereka..

    BalasPadam
  13. terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  14. tahnih tuan ats entri ni.banyak manfaat..

    BalasPadam
  15. apa yg mak jemah nampak sekarang, satu lagi kalau boleh ditambah, kita selalu rujuk dan lawat blog blogger popular macam en hasrul ni, sebab sedikit sebanyak boleh bagi inspirasi pada kita nak buat cara mana, memang benar mak jemah paling setuju bab menulis dari hati. bila tulis dari hati tu automatik memang nampak keihklasan dalam tulisan..

    BalasPadam
  16. terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
    http://umikhalsumbtsaad.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, moga boleh dipraktikkan ilmu blogging yang disampaikan ini untuk kebaikan ... in Sha Allah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement