Salah satu cara nak lindungi 'hak' kita dari dicuri dalam blog ialah dengan menggunakan teknik pemilikan. Saya nak kongsi satu teknik mudah untuk elakkan gambar kita dari dicuri dan digunakan tanpa izin sah. Atau setidak-tidaknya gambar kita itu tidak disalahguna dan kita boleh claim ia merupakan hak kita. Jika gambar, adalah sebaiknya kita letakkan watermark padanya untuk tunjukkan bahawa gambar itu milik kita, hasil kreatif kita.

Ramai blogger yang hadapi masalah gambar disalahguna, dan dicuri. Blogger masakan terkenal, Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan) sering jadi mangsa gambar kena ambil tanpa kebenaran dan diletakkan dalam majalah. Nasib baik ada watermark, paling tidak jika ada rakan yang nampak gambar itu disalah guna atau digunakan tanpa sah, bolehlah report pada pemilik asalnya.

Namun, ada juga isu bahawa watermark pada gambar dan foto akan cacatkan kecantikan gambar tersebut. Ia sebenarnya bergantung dengan cara kita atau teknik kita letakkan watermark tersebut. Ada suka letakkan tanda watermark itu di tengah gambar, ada letak di tepi, di bawah dan sebagainya.

Guna Software Seperti Paint dan Photoshop

Untuk letakkan watermark pada gambar, anda boleh gunakan software seperti Paint dalam Microsoft, boleh guna Photoshop, Photoscape dan juga Picasa. Kena mahirkan sikit nak edit, tapi tak susah sebenarnya. Tak perlu yang susah payah nak letak logo ke apa ke, cara simple letak je URL blog dan nama kita pada gambar tersebut.

Sekarang ni, akhbar online pun dah gunakan teknik watermark ini untuk paparan di laman web berita mereka. Semua gambar yang ada, ada letak nama akhbar tersebut. Jangan memain ooo, ada stgh gambar ada harganya. Rugi kalau gambar cun anda ambik kena curi oleh majalah atau mana-mana penerbitan. Mereka dapat duit, anda dapat apa? Trafik blog pun haram tak ada....

Teknik Mudah Buat 'Watermark' Pada Gambar

Ok. Tak tahu teknik untuk letakkan watermark pada gambar dalam blog?

Hehhee.. saya pun dulu tak pandai gak. Walaupun ada software Paint dan CS3 Photoshop, tapi otak lambat sikit nak berfikir, almaklumlah tak minum susu mahal yang bolehkan sel-sel otak berhubung .. hoho .. jadi saya buat cara di bawah ini ..
Amacam? Ok kan .. hehehe...

Jangan risau, ada blogger yang buat servis reka cipta logo dan watermark untuk gambar. Anda boleh guna servis mereka, tapi sekali lagi, anda perlukan kemahiran dan software seperti CS3 untuk guna pakai watermarks pada gambar yang anda ada.

39 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. SP guna prkhdmtn lunapic online. Mudah dan percuma..:)

    BalasPadam
  2. saya guna photoscape. boleh letak watermark kat banyak gambar guna batch editor

    BalasPadam
  3. Cuba pakai uMark, siap boleh buat kod QR sebagai watermark.

    BalasPadam
  4. hahahha..leh letak macam tu..kesiann dak tu..hehe..nad tulis biasa je..

    BalasPadam
  5. sapa nak order watermark boleh contact saya..hahaha..setuju tu bro watermark ni penting kalau tak nak bagi gambar kena cilok

    BalasPadam
  6. suka guna picmonkey.com, tp susah nk buat watermark yg da bomb

    BalasPadam
  7. Sedih juga kalau gambar hak sendiri kena cilok kan... huhu. Teknik pd gambar last tu memang terbaik! Memang cukup berhubung dah sel-sel otak tu... :)

    BalasPadam
  8. ini terbaik punya watermark, tak boleh nak buang...heee

    BalasPadam
  9. thnks HH..sangat berguna..akak pun dah buat..x tahu lah betul ke x teknik ni

    BalasPadam
  10. saya tak letak watermark pun, macam leceh je

    BalasPadam
  11. Teknik yang sangat berkesan lagi mudah untuk kita dan payah utk org menciplak..thanks tuan HH.

    BalasPadam
  12. macam-macam cara ada..cara ko ni..ahahaa..ok lawak

    BalasPadam
  13. Klu hp, blh guna apps picsart..klu laptop, saya guna photoscape. Senang sgt..

    BalasPadam
  14. memang perlu watermark ni, lebih-lebih lagi gambar yg kita ambil sendiri. Bukan download dari internet.

    BalasPadam
  15. bagus letak watermark ni, tapi ada je orang curi gambar buang watermark kita letak watermark dia..

    BalasPadam
  16. watermark mmg ptg . syg gamabr cun kita klu kena curi nanti ... heh heh

    BalasPadam
  17. asalam HH inilah yang merisaukan ..semoga terhindar dar macam tu, dimanfaatkan pula tu. HH ini memang panduan tuk blogger macam kita semua terbaik..

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. cadangan lokasi watermark yang terbaik :D

    saya biasa juga photogrid @paint je

    BalasPadam
  20. Gambar gua guna watermark gua buat sendiri.. Tak pakai photoshop sebab xde installer atau apps untuk edit gambar...

    Gua guna...... xpe la, biar rahsia gua. Nanti orang gelak pula

    BalasPadam
  21. kesian adik tu..muka tak bersalah pun. hehe

    BalasPadam
  22. guna sahaja aplikasi paint..pun ok gak!

    BalasPadam
  23. Terima kasih atas tips bro HH. Saya suka gunakan PowerPoint ataupun Photoscape untuk letak watermark. Alhamdulillah, mudah jugak :)

    BalasPadam
  24. Ni watermark kat gambar ke watermark kat subjek ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... adehhh ... :) cara malas dan mudah ... kalau nak tahu ... ini juga teknik yang banyak pakai utk promosi sesuatu .. guna kad board dan ambil gambar...

      Padam
  25. haha , ingat ada betul cara mudah nak letak watermark tadi , hhehe . guna je photoscape , cepat dan mudah

    BalasPadam
  26. Malas kadang-kadang nak letak watermark ini. Apapun lepas ni kena letak watermark jugaklah... kadang-kadang letak dan kadang2 tidak letak.

    BalasPadam
  27. powerpoint pun boleh, just adjust transparency or contrast or birghtness word tu..tak gitu?..hehe

    BalasPadam
  28. Gambar budak tu.... gambar anak saya ... :) ketika umur kecil lagi .. masa tu tak reti lagi nak guna Photoshop untuk buat watermarks.. hoho

    BalasPadam
  29. Bro Hasrul kalau guna sofware lain tak bleh ke... cth photoscape... photoshop ada problem dlm lappy kita ni... dah install tapi xleh nak buka... bila buka dia hilang...

    BalasPadam
  30. biasa guna photoshop je. sebab logo tu dah lama buat, tinggal nak masukkan je

    BalasPadam
  31. hahaha.... watermark dekat dahi paling mahal dalam sejarah watermark kat blog. Mesti akhbar online tempatan tiru lepas nih

    BalasPadam
  32. ahahaha..comel je watermark tu.. biasa guna photogrid je.. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement