Awas wahai peniaga-peniaga online; ada sampul surat prabayar Poslaju palsu dijual di pasaran. Saya terpanggil untuk menulis dan menyebarkan informasi ini memandangkan ramai pembaca blog ini terdiri daripada mereka yang sering menggunakan perkhidmatan Poslaju Malaysia. Dan kebanyakan mereka adalah peniaga-peniaga online dan pemilik blog shop yang menjadikan sampul surat prabayar Poslaju sebagai keperluan bisnes online mereka.

Pihak Poslaju Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi laman web rasmi Pos Malaysia bertarikh 3 November 2014, menasihatkan para pelanggan dan orang ramai supaya tidak sesekali membeli sampul surat prabayar palsu yang kini banyak dijual di pasaran.

Awas - Sampul Surat Prabayar Palsu Poslaju Malaysia

Sampul Surat Prabayar Palsu Poslaju Malaysia

Dalam kenyataan tersebut, Pos Malaysia berkata, mana-mana pengguna produk palsu tersebut akan menghadapi risiko barang-barang mereka tidak diterima untuk penghantaran dan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di mahkamah.

Tindakan Undang-Undang Pos Malaysia

Mereka yang didapati melakukan kesalahan mengeluar, mengedar, menjual dan memiliki produk pos rekaan dan palsu tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 65 Akta Perkhidmatan Pos 2012, yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kenyataan Media - Sampul Surat Prabayar Palsu Poslaju Malaysia
Sumber: Pos Malaysia


Saya harap para peniaga online dan rakan-rakan blogger yang ada perniagaan online serta blog shop ambil serius perkara ini. Sudah tentu tidak mahu sesuatu yang boleh menjejaskan perniagaan anda terjadi.

Belilah sampul surat prabayar yang original yang hanya dijual di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan dari ejen yang sah dilantik. Jangan sesekali terbawa rasa mahu jimat dan dapatkan kos murah untuk penghantaran lalu membeli sampul palsu yang boleh mengakibatkan lebih kerugian dalam perniagaan.

Kenyataan itu juga menyatakan, pihak Pos Malaysia telah pun bekerjasama dengan pihak PDRM serta SKMM untuk membantu mengenalpasti dan mencari dalang dalam penjualan sampul surat prabayar palsu Poslaju Pos Malaysia.

Disebabkan itu juga, pihak Pos Malaysia bercadang untuk meningkatkan ciri keselamatan pada produk-produknya bagi menjaga dan melindungi pelanggan-pelanggannya dari terus ditipu oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan dan keuntungan mudah.

Pos Malaysia Mohon Kerjasama

Pihak Pos Malaysia juga menggalakan orang ramai yang ada sebarang maklumat mengenai pembuatan, pengedaran dan penjualan produk palsu Pos Malaysia untuk menghubungi PosLine 1-300-300-300 atau e-mel kepada care@pos.com.my atau mana-mana cawangan Pos Malaysia Poslaju yang  berhampiran.

Jika anda ada kawan-kawan, atau sahabat berniaga online dan menggunakan perkhidmatan Poslaju, mohon sebarkan info ini kepada mereka, tentu kita tak mahu bisnes kawan-kawan kita ranap punah dan terjejas hanya kerana kesilapan ini.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

kesianlah pada mereka yang dah terbeli sampul palsu ni, pelik-pelik je hal sekarang ni

Reply

maknanya ada orang jual kat luar lah....macam2 penipuan sekarang ni...

Reply

Betul. Bila benda untung je, ada je yang nak buat onar.

Reply

Ada dengar jugak berita pasal ni. Sampul surat pun nak ditipunya... ada-ada je scammer ni

Reply

Sekarang ciplaklah blh buat org kaya raya dengan mudah...ingatkan barang je blh ciplak...pejabat pos kene ciplak jgk barangannye, em alahai...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.