Wow. Sila tanda kalendar pada 11 November 2014. Satu jualan besar-besaran online akan berlaku di Lazada Malaysia. Jualan besar-besaran potongan harga sehingga 94 peratus! Kalau anda seorang kaki shopping online, maka tarikh 11.11.2014 tak boleh diendah begitu sahaja. Mana nak dapat potongan sehingga 94% ini jualan di Lazada Malaysia.

11 November 2014, Lazada akan membuat potongan dan diskaun besar. Kempen dinamakan Lazada's Revolution Day bakal memperlihatkan potongan dan diskaun harga barangan dan produk sehingga 94 peratus. Ia merangkumi barangan dan produk elektrik, dan bukan elektrik. Produk bukan elektrik termasuklah pakaian, produk kecantikan, permainan kanak-kanak, jam tangan berjenama dan pelbagai lagi.

Potongan 94 Peratus Lazada Malaysia Tertinggi 2014

94 percent discount lazada malaysia november 11 2014
Pada hari tersebut, anda bakal menikmati segala potongan menarik dan juga beberapa segmen menguntungkan antaranya hourly flash dan juga facebook giveaway. Ada juga jualan yang menawarkan hadiah-hadiah tertentu secara percuma.

Selamat Ke Beli Belah di Lazada Malaysia?

Jika tanya saya, selamatkah shopping online di Lazada Malaysia?

Jawapan saya tentulah selamat, kerana saya telahpun ada pengalaman lebih daripada 5 kali beli belah online di Lazada Malaysia. Saya pernah beli microwave, kipas meja, penyapu elektrik, steam mop dan banyak barangan lain termasuklah jam tangan istimewa untuk isteri sempena harijadi.

Setakat ini, semua produk yang dibeli di Lazada Malaysia memang puas hati.

Cara Membayar Beli Online Lazada Malaysia?

Ada banyak cara membeli dan membayar di Lazada Malaysia. Anda boleh beli guna bank transfer, guna kad kredit, guna kad debit malah anda boleh membayar secara COD (Cash-on-Delivery). Nak lagi best, jika anda seorang pemegang kad CIMB, ada potongan khas atau rebat diberikan.

Dari segi penghantaran barang. Ada barang yang dibeli sampai dalam tempoh sehari pembelian. Ada pula yang perlu tunggu sehingga 3-5 hari; semua bergantung dengan terma dan syarat dinyatakan di dalam penerangan produk serta semasa check-out (akhir transaksi).

Sekiranya anda mendaftar akaun pembelian di Lazada, anda akan serta merta mendapat baucer diskaun yang diberikan, ia akan dihantar terus ke email anda. Dan seandainya anda seorang pelanggan setia Lazada Malaysia, anda juga akan menerima beberapa baucer diskaun yang khas dan khusus - tidak diberikan pada orang lain.

Diskaun 94 Peratus Lazada Malaysia Tertinggi 2014

Jadi, manfaatkan potongan 94 peratus pelbagai produk di Lazada Malaysia pada 11 November 2014. Sebelum ini, diskaun tertinggi pernah diberikan adalah 92 peratus sahaja. Pastikan ketika itu, anda singgah ke blog ini yang mungkin akan berikan anda lagi baucer potongan Lazada Malaysia.

Klik banner di bawah ini untuk tawaran-tawaran khas Lazada Malaysia ...

Lazada Malaysia
Lazada Malaysia

Ingat ehh .. 11.11.2014; kita shopping online di Hari Revolusi (Lazada's Revolution Day) dan ambil kesempatan diskaun potongan 94 peratus yang bakal menanti.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. promosi dengan harga diskaun yang tidak masuk akal, rugi tidak ambil peluang ini.

    BalasPadam
  2. Jualan giler ni..kepada kaki shopping jangan lepaskan peluang..

    BalasPadam
  3. Nak nangis dah ni.. Ok, dah marked kalendar ! Rosak2!!!

    BalasPadam
  4. diskaun besar ni, boleh lah tinjau-tinjau kat sana nanti...

    BalasPadam
  5. 'kaki' shopping memang takkan lepaskan peluang ni la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ... errr vitamin shaklee tak de buat sales ke?

      Padam
  6. Memang aku tertarik hati tengok cara tuan HH ni menulis artikel blog ni...

    BalasPadam
  7. HH hebat lah buat promosi...macam2 info dalam HH blog..

    BalasPadam
  8. Tak bole lepas ni.HH ada bagi review tak pasla penyapu letrik tu? Mcm barang baek je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada buat, tapi simple simple je ... tapi memang ok la beli ...

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement