Langkau ke kandungan utama

Penjelasan JPJ Berkaitan Operasi Saman Nombor Pendaftaran Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan dalam satu kenyataan, dan dikongsikan di laman Facebook JPJ telah mengemukakan sebab dan alasan mengenai operasi saman nombor pendaftaran (plet) kenderaan. Ramai yang telah memberikan komen dan juga maklum balas mengenai penjelasan yang diberikan.

Apakah alasan JPJ dan rasional tindakan saman dalam operasi besar-besaran yang bermula 1 November 2014 ini? Saya akan kongsikan kepada anda, dan saya harap anda juga bersikap terbuka dan tenang ye ... tak mo marah-marah .. kita baca je dulu.

Satu kenyataan media dikeluarkan bertarikh 12 November 2014 bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai rasional pihak JPJ melakukan tindakan operasi saman bagi pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran (nombor plet) kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan undang-undang.

Penjelasan JPJ Berkaitan Operasi Saman Nombor Pendaftaran Kenderaan November 2014


Penjelasan JPJ Berkaitan Operasi Saman Nombor Pendaftaran Kenderaan
Seandainya anda buka laman Facebook JPJ berkaitan penjelasan di atas yang anda boleh baca di sini - Kenyataan Media JPJ Berkaitan Penguatkuasaan Nombor Pendaftaran Kenderaan. Anda akan dapati banyak ketidak-puashatian dihambur oleh pengguna Facebook.

Bagi saya, ia sesuatu yang memang telah dijangka, malah isu dan soal nombor plet kenderaan, soal lampu, soal cermin gelap telah diperkatakan sebelum ini pun dah banyak rungutan daripada rakyat Malaysia. Bukan benda baru, benda lama ... cuma kali ini makin hangat sebab JPJ melaksanakan akta yang membenarkan pihak mereka saman pemilik kenderaan.

Ramai tidak puas hati.

7 Alasan JPJ Berhubung Penguatkuasaan Nombor Plet Kenderaan

Ok. mari kita lihat apa alasan diberikan oleh pihak JPJ berkaitan kesalahan saiz nombor pendaftaran kenderaan ini.

Ramai yang marah kerana tidak setuju dengan alasan JPJ bahawa nombor plet boleh membawa kepada masalah kemalangan jalanraya yang saban tahun agak tinggi, dan telah meragut banyak nyawa.

Alasan JPJ, sekiranya nombor plet tidak mengikut spesifikasi, adalah sukar bagi pihak mereka untuk menangkap pesalah trafik dan mereka yang melakukan jenayah jalanraya. Jadi, untuk membolehkan undang-undang lain dilaksana dengan berkesan, maka peraturan saiz nombor pendaftaran kenderaan ini perlu dipatuhi oleh pemilik kenderaan.

Ada benar juga.

Ada juga pengguna Facebook yang komen, jika spesfikasi nombor pendaftaran ini digunapakai untuk rakyat, maka seharusnya ia tidak ada sebarang pengecualian - termasuk kenderaan menteri, kenderaan khas, malah kenderaan JPJ itu sendiri. Yang ini juga ada kebenarannya juga.

Saya tertarik nak kongsi satu informasi oleh seorang pengguna Facebook ini:

Sejarah JPJ adalah sebagai Pendaftar Kenderaan di awal penubuhannya dahulu pd tahun 1937 dikenali sebagai RIMV (Road Inspectorat Motor Vehicle) dibawah British melalui Ordinan Lalulintas. Kemudian ditukar kepada Lembaga Pengangkutan Jalan kerana penambahan kenderaan perdagangan di jalanraya.

Namun, segala-galanya berubah apabila APJ1987 diterbitkan, mereka menukar kpd Jabatan Pengangkutan Jalan. Mereka mula 'lawan towkey'. Nak jadi penguatkuasa di jalanraya. Lawan tugas Polis Trafik. Mereka inilah 'Penguatkuasa JPJ' yg menjahanamkan sosio budaya rakyat Malaysia. Kita rakyat sudah terbiasa dengan layanan Polis. Sekarang di jalanraya ada 3 agensi yg menjalankan penguatkuasaan untuk satu akta yg sama APJ1987 iaitu PDRM Trafik, JPJ dan SPAD.

Berapa banyak kekeliruan cara dan gaya penguatkuasaan jalanraya?

Polis Trafik lebih mesra dan lebih berbudi bicara dan mereka tahu mereka bekerja untuk memastikan keselamatan rakyat diutamakan kerana Polis adalah pelaksana segala undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen termasuk Akta Polis.

Berbeda dgn JPJ, mereka hanya melaksanakan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Akta yg lebih kecil. Mereka tiada kuasa dalam Kanun Tatacara Jenayah tapi diberikan senjata (pistol), mereka tiada kuasa dalam Akta Perihal Perdagangan 1972 tapi mereka menyaman pemilik kenderaan Cermin Gelap dan sebagainya. Nampak tak kejengkelan JPJ?

Unit Penguatkuasa JPJ memang tidak relevan.

Kesimpulannya, biar PDRM Trafik sebagai agensi tunggal penguatkuasa di jalanraya. Dan JPJ kembalilah ke kepada asal tugas kerja kamu sebagai Pendaftar Kenderaan. 

Satu pengetahuan baru bagi saya, yang selama ini tidak tahu asal usul JPJ ni. Bagus juga tu ...

Bukan nak jadi batu api, tetapi sebagai rakyat, tak mahulah terbeban kepada sesuatu yang sebenarnya boleh elak dan tidak wajar dalam satu aspek.

Ramai yang kata, jika mahu laksana peraturan ini, jangan bebankan kepada pemilik kenderaan, tetapi samanlah mereka yang kaut untung kerananya; dalam hal ini saya merujuk kepada peniaga-peniaga aksesori kenderaan dan juga tidak lepas dari pandangan pengimport kereta terpakai (terutama kes cermin gelap).

Perlukah Nombor Pendaftaran dalam Saiz Standard?

Mungkin ada bagusnya peraturan skema nombor pendaftaran kenderaan ini untuk cegah jenayah.

Saya ingat lagi seorang kenalan saya beritahu - bila terbabit dengan kes langgar lari. Dia tak dapat nak cam nombor plet kenderaan yang langgar arwah ibunya kerana nombor plet kenderaan sukar dibaca. Begitu juga dengan banyak kes ragut yang mana ramai yang jadi mangsa mahupun saksi sukar nak bagi keterangan berkaitan nombor plet motor penjenayah ragut.

Saya ni bukanlah sesiapa, tiada autoriti pun dalam hal ini, tetapi suara rakyat perlulah didengar dengan teliti, dan pandangan rakyat bukanlah semua tak boleh pakai ... ada juga berfakta, ada juga yang berilmiah.

Update.

Operasi Saman Nombor Pendaftaran Kenderaan Tangguh Serta Merta

Untuk surat penangguhan penuh bertarikh 12 November 2014 ini, anda boleh baca di sini - http://www.ekeleh.com/surat-jpj-terpaksa-mengalah-tersebar/

Satu nasihat yang penting daripada ramai tukang komen di laman Facebook JPJ - mahu buat operasi .. buat dulu pada kakitangan JPJ itu sendiri dulu kerana ada dakwaan mengatakan banyak kenderaan milik JPJ sendiri tidak ikut peraturan yang ditetapkan (termasuklah kenderaan anggota JPJ dan pegawai-pegawai atasan mereka).


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Bila difikir balik macam setuju pulak saman tu dikeluarkan. Rasanya speed trap pun susah nak nampak nombor plat tu. Tapi kalau semua hal ehwal penguatkuasaan diserahkan kepada PDRM trafik maka makin banyak la kerja diorang..saya rasa elok ada JPJ yang handle penguatkuasaan kenderaan sebab diorang lebih tahu spesifikasi yang dibenarkan..

    Sekadar pandangan peribadi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kita ni banyak benar pantang larang .. sampaikan bab undang-undang pun ada pantangnya. Tapi saya percaya, sebaik manusia tentulah tidak mahu melakukan kerosakan, mohon agar ada insan yang cerah mata hatinya untuk lihat isu ini dengan tulus ikhlas.... ramai sgt dah yang hati sudah ada titik hitam.

      Padam
  2. apa yang dikongsikan memang sama apa yang saya fikirkan. Negara kita banyak sangat undang-undang, tetapi negara masih tetap aman. Patut bersyukur

    BalasPadam
  3. pendapat saya kembalikan Akta APJ1987 kepada yang sepatutnya...negara Malaysia terlalu ramai yang overlap penguatkuasa di jalan raya....jangan kerana sumpahan orang ramai dah tergantuk baru nak tengadah....umpama ketam menyuruh anaknya jalan betul.....

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan piawaiankan utk semua nombor plat ni...bukan JPJ je nak tengok nombor, kita pun kena tolong JPJ utk tangkap mereka2 yang buli jenraya ni...at least kalau standardkan, senang le kita cam no.plat diorang ni dari jauh..elok biar besarkan no.plat ni mcm dulu2...

    BalasPadam
  5. matlamat asalnya utk kurangkan kemalangan, rasanya bagus kalau kaji betul2 dr segi statistik punca kemalangan dengan fakta dan bukti yg lebih kukuh... orang akan lebih percaya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …