Pahang Cuti 3 November Menang Piala Malaysia 2014

Tahniah kepada pasukan Pahang yang terkenal dengan panggilan Pasukan Tok Gajah, kerana memenangi Piala Malaysia edisi 2014. Dan kerana kemenangan ini, Menteri Besar Pahang telah mengumumkan cuti peristiwa selama sehari yang jatuh pada Isnin 3 November 2014.

Berita pengumuman ini ada disiarkan di dalam Berita Harian Online, sebaik sahaja Pahang menjulang Piala Malaysia.

Pahang Cuti 3 November Menang Piala Malaysia 2014

Pahang cuti peristiwa 3 November Menang Piala Malaysia 2014

Pasukan bolasepak Pahang berjaya mempertahankan kejuaraan dan berjaya menjulang Oppo Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, pada 1 November 2014.

Siaran langsung perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia 2014 ada disiarkan di saluran Astro, menerusi saluran 801 dan 802.
Perlawanan Akhir Oppo Piala Malaysia 2014 Pahang - JDT

Kemenangan Pahang diraih menerusi sepakan penalti dengan jaringan 5-3 selepas terikat 2-2 dalam perlawanan yang mengheret sehingga masa tambahan.

Syabas buat pasukan Pahang, dan tahniah kepada rakyat Pahang sebab dapat cuti peristiwa walaupun ada yang tidak menonton pun perlawanan bolasepak tersebut .. hoho .. :P

Walaupun cuti peristiwa diberikan kepada Pahang, jadual peperiksaan SPM 2014 tetap berjalan seperti biasa .. dan peperiksaan SPM tetap dibuat .. hehhee.. jangan ada yang ingat tak perlu peperiksaan pulak .. naya je nanti ke ulang exam sebab soalan SPM kebocoran .. hoho .. :P 

Oh ya, di sebalik menang pasukan Pahang dalam Piala Malaysia, saya nak kongsikan sedikit fakta menarik mengenai pasukan lawan, iaitu JDT.

JDT adalah asal sebuah pasukan bolasepak bertaraf kelab. Nama asal JDT adalah dari Kelab Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang kemudian ditukar kepada Johor FC. Ia bukan pasukan negeri walaupun guna nama negeri. Ia pasukan Johor FC dan bukan pasukan bolasepak negeri Johor.

JDT adalah antara kelab yang pertama berjaya main di liga super, dan berjaya menjadi finalis di Piala Malaysia 2014. Hebat bukan?

Terima kasih kepada blogger +Pendekar Berkuda yang kongsikan fakta dan informasi ini kepada saya.

{ 10 comments.. read them below or add one }

#MuahCiked #MuahCiked November 02, 2014
wah bestnya orang Pahang dapat cuti.
adik-adik yang ambil SPM jangan tak datang pula...hehe
calrase patrick calrase patrick November 02, 2014
tahniah kepada pasukan pahang....
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin November 02, 2014
Tahniah le kat Pahang.... Ambe penyokong kelate pun rasa nak cuti jugak. hahaha
siti nurafida noh siti nurafida noh November 02, 2014
Tahniah Pahang Memang dramatik betul perlawanan semalam, tu yang dapat cuti.. hihi
Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin November 02, 2014
dapat juga pertahankan kejuaraan. esok boleh cuti. Seronok dapat rehat
MamaBard MamaBard November 02, 2014
tahniah buat pasukan Pahang dan penyokong-penyokongnya..
Belog Santai Belog Santai November 02, 2014
Tahniah Tok gajah...JDT pun hebat jugak. Tapi tak ada rezeki kan...
Denaihati Denaihati November 02, 2014
Tahniah buat Pahang. Johor awal2 lagi dah beritau tak cuti kalau menang.....
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 02, 2014
Apa salah bagi je cuti SPM sekali...Ishk3..tapi kalau Harimau Malaya menang mesti cuti seMalaysia...
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins November 04, 2014
Tahniah Tok Gajah..menang bergaya tahun ni

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.