Langkau ke kandungan utama

Novel Online Bila Hati Berbicara Antasya Balkis

Drama slot Akasia TV3, Bila Hati Berbicara semakin mendapat perhatian penonton di Malaysia. Menampilkan pelakon-pelakon yang kacak macho dan cantik, ia membariskan 3 pelakon muda berbakat Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura, Hafreez Adam sebagai Badri Fathul dan ramai lagi. Bila Hati Berbicara adalah sebuah drama adaptasi novel karya Antasya Balkis.

Drama mula popular, maka novel Bila Hati Berbicara turut menerima tempiasnya. Novel hasil kreativiti Antasya Balkis ini boleh dibaca secara online. Ia diterbitkan oleh Buku Prima.

Novel Online Bila Hati Berbicara Antasya Balkis


Saya pun dah mula terpengaruh menonton drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara ini. Drama 32 episod ini ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 28 Oktober 2014 setiap Isnin sehingga Khamis jam 7 malam. Selain 3 pelakon utama yang kacak macho dan cun tadi, drama arahan Amie Maziah ini turut dibintangi oleh Raja Ilya sebaga Babe, Azwan Kombos sebagai Taufiq, Idzham Ismail sebagai Zaidi dan Hanna Aqeela sebagai Nadia.

Tertarik Dengan Nurul Atikah Suhaime, Emir dan Badri

Saya tertarik dengan 3 watak utama di dalam Hati Mula Berbicara iaitu Emir Qasha, Badri dan pastinya pelakon cantik dari Singapura Nurul Atikah Suhaime. Hoho .... dua pelakon kacak dan macho, seorang pelakon muda cantik jelita ... memang modal nak menarik penonton duduk terpaku depan TV.
Bila Hati Berbicara Antasya BalkisBila Hati Berbicara Antasya Balkis

Baca Online Novel Bila Hati Berbicara

Novel online Bila Hati Berbicara boleh anda baca sebahagiannya di bawah:

Boleh baca atau download sebahagian 493 muka surat novel online Bila Hati Berbicara menerusi pautan ini - http://goo.gl/qFN3a1

Anda juga boleh baca novel Bila Hati Berbicara secara online di blog - Bila Hati Berbicara

Saya bukan peminat novel, tapi isteri saya memang gila baca novel. Hampir setiap ceruk rumah termasuk di dalam kereta akan ada sebuah atau dua buku novel. Novel semuanya lebih tebal daripada buku teks sekolah anak saya ... hoho .. .. gagah isteri saya habiskan kesemua koleksi novel yang ada. Obsesi isteri saya yang kadangkala buat saya garu kepala ... tapi saya tidak sedikitpun ada masalah atau halangan hobi dan minatnya baca novel.

Ok.
Drama slot Akasia TV3 Bila Hati Berbicara

Berbalik pada novel dan drama Bila Hati Berbicara ni.

Mungkin ada yang tidak berapa mengenali pelakon berumur 23 tahun Nurul Atikah Suhaime ni. Saya pun sama ... sebelum ni tak pernah kenal pun, begitu juga dengan pelakon Hafreez Adam yang nampak cool dalam drama ni. Pelakon Syafiq Kyle tu memang biasalah juga nampak dalam TV.
Gambar cun cantik Nurul Atikah Suhaime

Nurul Atikah Suhaime dilahirkan pada 15 Mac 1991 di Tampines Singapura...hoho .. muda lagi ni, 23 tahun (2014) gitu. Seorang graduan Komunikasi Media di Politeknik Singapura, merupakan anak kedua dari 3 beradik. Pelakon ini mula diketengahkan oleh penerbit terkenal David Teo menerusi MIG Talents. 

Sinopsis Novel Online Bila Hati Berbicara Antasya Balkis

Sedikit sinopsis dari novel online Bila Hati Berbicara:

Novel Bila Hati Berbicara mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang juwatan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan... wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang di beri nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang akan terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?
Foto jelita Nurul Atikah Suhaime Bila Hati Berbicara
Adakah jalan cerita di dalam novel Bila Hati Berbicara ini sama dengan versi drama slot Akasia TV3 ini? Itu saya tidak pasti sebab ada 32 episod kesemuanya, yang digarap menerusi 493 muka surat novel karangan Antasya Balkis.

Agak-agak apa ya kesudahan cerita ini? Jika anda yang dah baca novel ini mungkin boleh meneka, mana yang tidak itu, bolehlah baca online novel Bila Hati Berbicara ini .... :)

Semoga terhibur .... yehaaa.. 

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terjebak juga menontonnya setiap hari. Namun tak berapa minat baca novelnya sebab minat membaca itu tidak ada. Hahaha

    BalasPadam
  2. Saya masih belum terjebak hehe, selamattt

    BalasPadam
  3. Haha... sy pun same mcm wife abg HH klo nampak novel tak tido pun takpe!

    BalasPadam
  4. owh drama adaptasi novel jugak nie

    BalasPadam
  5. Awal2 drama ni tak terjebak sbb mcm slow sket ceritanya.. tapi dah tengah2 ni makin ok la.. sampai saya 'terpaksa' beli novelnya sebab tak sabar nak tunggu endingnya.. hehe.. sudahnya, novelnya saya habiskan dalam 1 malam sahaja! Puas hati.. hehehehe..

    BalasPadam
  6. Suami saya pun tersangkut dengan cerita ni. Geram jugak tengok si emir tu. Ego sgt.

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum...bro HH,

    kebanyakkan filem sekarang banyak adaptasi daripada novel tu yang hot dan meletop2 cerita nie... nasib tak terjebak...hahahhah

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ada juga dari novel lama yang tak hot pun ..:P

      Padam
  8. saya pun perasan jugak... memang drama melayu sekarang amik adaptasi dari novel ataupun novel daripada luar negara.. tapi ok lah sebab tukar jadi bahasa melayu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …