Kontest Teka Gambar VMY2014

Kontest Teka Gambar VMY2014. Saya nak anjurkan satu kontes mudah. Kontest seronok-seronok sempena hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 11 tahun. Kontest ini mudah dan ia terbuka untuk semua pengunjung dan pembaca blog ini. Butiran mengenai kontest teka gambar VMY2014 ini akan saya perincikan lagi dalam entri ini.

Ok. Syarat-syarat amnya mudah.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mesti ada blog sebab kena buat satu entri.
  • Biasa dengan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Kontest Teka Gambar VMY2014

Kontest Teka Gambar VMY2014

Apa yang perlu anda buat?

Saya akan paparkan dua gambar. Setiap satu gambar ini merupakan lokasi pelancongan terpilih di Malaysia. Lokasi pelancongan ini pernah saya ceritakan di dalam blog ini. Jika anda seorang pembaca setia, tentu boleh agak destinasi pelancongan yang saya maksudkan. Maka, ia tidak akan menjadi kesukaran bagi anda.

Kena jawab dua soalan bagi setiap gambar itu. Dan jawapan untuk setiap soalan perlu anda hantar menerusi borang yang akan disediakan. Anda tidak dibenarkan meniru jawapan orang yang duduk di sebelah anda .. hehehe... ok, faham tak?

Cara-cara menyertai kontest teka gambar VMY2014

Perhatikan dua gambar di bawah ini.

Gambar Pertama

 Gambar Kedua

Dah tenung lama-lama dah? Boleh save-as jika mahu untuk print dan dibelek sebelum tidur ... hoho .. soalan-soalan akan ditanya di dalam borang disediakan. Jawab dengan tepat dan hanya satu penyertaan dibenarkan. Anda tidak boleh hantar 2-3 kali. Hanya sekali sahaja .. ada faham? Jika hantar terlebih, hanya jawapan pertama dihantar diambil kira untuk pemilihan pemenang.

Untuk membolehkan anda sah menyertai kontest ini, anda perlu patuh beberapa syarat ini:
Buat satu entri di dalam blog anda dengan tajuk Kontest Teka Gambar VMY2014.
Letakkan kod HTML di bawah ini di dalam HTML entri tersebut.


Siap buat, sila publish. Jangan tak publish lak. Dan kongsikan entri penyertaan anda di wall Facebook peribadi anda. Dah tahu jawapan, jangan beritahu orang lak. Anda akan dikehendaki untuk hantar link penyertaan menerusi borang penyertaan dan jawapan kontest yang telah saya sediakan.

Selesai langkah pertama.

Ok. Dah tenung lama-lama dah? Dah ingat di dalam kepala otak dah? Boleh agak apa soalan dan jawapan yang akan anda berikan?

Maka, bolehlah anda lihat 2 soalan untuk gambar pertama, dan 2 soalan untuk gambar kedua berserta berikan jawapan anda menerusi pautan berikut:

http://goo.gl/forms/ijML8f7X4L

Pastikan anda telah buat entri penyertaan terlebih dahulu.

Hadiah Kontest dan Tarikh Tutup

Hadiah. Ok. Hadiahnya adalah wang tunai bernilai RM100 untuk seorang pemenang yang jawab semua soalan dengan betul dan tepat.

Tarikh tutup untuk buat entri penyertaan dan menghantar jawapan adalah sebelum atau pada 25 Disember 2014.

Dan jika sudi, sokong entri saya ini - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Anda hanya perlu klik LIKE di bawah ini sahaja. Terima kasih atas kemurahan hati anda.

LIKE entri Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Update: Keputusan telah diketahui - http://www.hasrulhassan.com/2014/12/pemenang-kontest-teka-gambar-vmy2014.html

{ 32 comments.. read them below or add one }

blogger lelaki blogger lelaki November 26, 2014
tunggu aku free nanti aku join...tengah frust bola kalah nie..huh
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA November 27, 2014
Ala nak join camane ni? Kita blog kerjaya..
Razis Hamit Razis Hamit November 27, 2014
Mcm nak join jugak. Next weekla buat entry kat Blog dulu. Minggu nie mcm tak sempat jer.
salmiah awang salmiah awang November 27, 2014
blink-blink mata.Dah sekat post giveaway.tapi rasa ralat juga tak sertai.
yang baik Ishak yang baik Ishak November 27, 2014
yuhuuuu.... kontest menarik nie, rugi tak join... terkebil-kebil mata ini menatap gambar tu dah hampir sama mata dengan burung hantu tu ....heheheh
ekjoz buluh ekjoz buluh November 27, 2014
Dah join bang. Perlu ke publish fb tu? heheheh
cik belbel cik belbel November 27, 2014
haah kan yang pasal fb tu nak kene publish jugak ke?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 27, 2014
Kenapa saya minta anda untuk publish? Sebab rezeki dan peluang ini bukan untuk kita je .. amalkan sikap untuk berkongsi. Itu yang saya minta ... publish entri sendiri, bukan entri saya ni di fb wall, kalau tak tentu saya minta LIKE entri ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 27, 2014
Ya, publish entri sendiri di wall sendiri. Bukan entri saya ni. :) kontest ni mudah ... jadi beri juga peluang untuk orang lain.
salmiah awang salmiah awang November 28, 2014
tak dapat jawapan lagi.dah keluar tv3 haritu cerita burung hantu ni,tapi otak tak dapat revind.
salmiah awang salmiah awang November 28, 2014
alhamdulillah...selamat join.
aisyah ambris aisyah ambris November 28, 2014
This comment has been removed by the author.
Lagubestbest Lagubestbest November 29, 2014
Okay saya menang. Cepat bank in
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 29, 2014
Sila berikan bank account number .. hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 29, 2014
Hehehee.. ok, terima kasih banyak-banyak
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 29, 2014
Terima kasih sbb sudi join ye.
Mad Parihh Mad Parihh December 02, 2014
bismillah dah join jugak :)
Fadhilah Yunus Fadhilah Yunus December 02, 2014
bookmark la dlu sb nak tenung gambar lama-lama..haha
Nur Amylia Nur Amylia December 03, 2014
Umur baru 17 tahun. Tak cukup syarat. Sobs sobs :'<
Mrs. A Mrs. A December 04, 2014
Mrs. A joint.
1st time post entry blog kat FB huhuuuhuu
kerusiburok kerusiburok December 04, 2014
insyaAllah akan join lepas balik kerja nanti. btw en hasrulhassan, kalo sudi jemput ke blog saya. komen apa yang patut sebab saya ni blogger baru. kerusiburok
Yana Yani Yana Yani December 07, 2014
saya join juga
moga adalah rezeki =)
Yun Sing Yun Sing December 07, 2014
Le me 18 and below :3 Good luck ye, semoga mendapat sambutan :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 16, 2014
Sambutan amat menggalakkan, terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi memeriahkan kontest ni.
Yana Yani Yana Yani December 29, 2014
bila pemenang akan diumumkan HH? excited nak tau ni

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.