Langkau ke kandungan utama

Komisen Kelapan Advertorial.MY

Rezeki. Saya terima komisen kelapan daripada Advertorial.MY. Alhamdulillah. Komisen dibayar oleh Kliks Solution terus ke akaun bank saya. Kliks Solution memang bayar ikut masa. Tidak dinafikan ia antara syarikat yang bayar komisen tepat pada waktu secara keseluruhannya. Ia adalah syarikat yang menyediakan platform peluang penulisan advertorial untuk blogger Malaysia.

Komisen kelapan Advertorial.MY kerana mempromosikan peluang buat duit menulis advertorial menerusi Advertorial.MY. Penulisan entri berbentuk advertorial adalah salah satu lubuk buat duit untuk blogger Malaysia. Jika anda ada kelebihan menulis entri berbentuk copy-writing, maka penulisan advertorial di blog adalah lubuk buat duit online anda.

Komisen Kelapan Advertorial.MY

Komisen Kelapan Advertorial.MYKomisen Kelapan Advertorial.MY

Menulis memang boleh buat duit. Ia bukan satu rahsia lagi. Rahsia jana income RM1000 sebulan dengan menulis telah lama didedahkan. Cuma mahu dengan tidak mahu untuk merebut peluang yang tersedia. Ada yang tidak tahu, bukan setakat menulis blog boleh jana income. Jika anda memang benar suka menulis, anda boleh tulis novel dan hantar ke Karangkraf untuk dinilai. Caranya, anda kena tulis dulu novel secara online, dan dapatkan pembaca novel online anda. Bila sudah ada pengikut, in Sha Allah, Karangkraf akan bantu anda terbitkan novel sendiri.

Ada kemahiran tertentu? Cuba anda buat duit di ilancee.com

Untuk blogger, menulis sebuah entri advertorial tidak susah mana. Ia bergantung dengan pihak yang mahu anda tulis entri tersebut. Selalunya mereka yang berminat untuk dapatkan servis blogger menulis entri advertorial ini adalah pemilik bisnes dan usahawan yang mahu jenama dan produk mereka dapat pendedahan secara online.

Advertorial.MY - Lubuk Buat Duit untuk Blogger dan Pengiklan

Menerusi Advertorial.MY, pengiklan dari pemilik bisnes dan usahawan akan melihat blog-blog yang tersenarai menyediakan servis advertorial ini. Mereka akan memilih bersandarkan kepada tawaran-tawaran yang disediakan oleh blogger dan juga kekuatan sesebuah blog.

Ada blogger yang Pakar SEO Malaysia akan buat tawaran menarik dan mengenakan caj servis sehingga RM500 untuk satu post. Selalunya pengiklan yang berkeyakinan dan melihat peluang penjenaman produk dan keuntungan jangkamasa panjang akan mendapatkan servis mereka.

Ada pula blogger yang mengenakan caj seminima RM100 - RM250 untuk satu-satu post advertorial. Buat usahawan yang baru nak menapak, mereka mungkin akan mendapatkan khidmat blogger-blogger ini, kerana caj advertorial yang mampu bayar oleh mereka.

Keuntungan pada pengiklan, mereka boleh gunakan khidmat blogger untuk promosi produk dan create awareness tentang apa yang mereka jual - kelebihan, keutamaan, kepentingan dan sebagainya. Ia pelaburan jangka panjang pengiklan.

Blogger Dibayar RM1000 Untuk Satu Post Advertorial

Saya dapat tahu, ada juga blogger yang dibayar sehingga RM1000 untuk satu-satu post advertorial ini. Ia tidak menghairankan kerana penulisan advertorial adalah pelaburan jangka panjang pengiklan. Mereka tahu kekuatan pengiklanan berbentuk advertorial, dan mereka tahu pengiklanan online adalah pengiklanan yang terbaik buat mereka.

Komisen kelapan Advertorial.MY saya terima kerana ramai blogger telah yakin memang boleh buat duit menerusi penulisan berbentuk advertorial ini.

Bagi pengiklan pula, mereka percaya akan kebolehan dan pengaruh blogger; maka tidak teragak-agak melakukan pelaburan kerana satu post advertorial dari seorang blogger berpengaruh boleh memungkinkan mereka dapat sales online secara berterusan dan tingkatkan keyakinan orang dengan jenama mereka.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. 1st dapat job camni, tp payment bln 1 thn dpn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, pelan-pelan. Kena banyak sabar di awal2 ni. Jangan terlalu gelojoh nak buat duit online ni.

      Padam
    2. yup bro, sabar tu mesti, lagi pun untuk blog macam saya yang buka jenis personal susah nak dapatkan job begini, tapi syukur ada

      Padam
  2. Balasan
    1. Biasa je Aina ... :) sikit2 buat lepas belanja dapur setiap bulan ..

      Padam
  3. hebat dan terbaik..teruja untuk mendapat job macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, banyakkan menulis entri, cuba buat entri advertorial percuma dulu, dari situ leh asah skill penulisan berbentuk advertorial ni.

      Padam
  4. Wah sehingga RM1K? Memang betul blh buat duit betul sebagai blogger. Tapi untuk mencapai tahap blogger otai SEO mesti berguru..Dan ini memang sukar dilakukan melainkan dengan pengorbanan dan belajar teknik2 blog bersama tuan HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ramai lagi pakar seo yang hebat, saya bukan guru yang bagus sbb saya pun banyak lompang lagi dalam bab-bab tu.

      Padam
  5. insyaallah nak cuba juga.Buat masa ni,masalah akaun bank pun belum selesai.Sedangkan semuanya perlukan akaun.nasiblah...tapi...biar lambat asal dapat kot...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…