Inilah antara sebab saya suka tulis entri bercirikan SEO. Bila kena teknik dan cara, maka mudah entri yang ditulis berada top di enjin carian. Bila berada top di enjin carian, ia akan membawa satu kejayaan yang sangat manis dan kekal dalam ingatan. Manakan tidak, bila mereka yang cari maklumat dan info, baca entri yang dijumpai menerusi enjin carian, mendapat manfaat yang membahagiakan mereka. Dan entri itu adalah menerusi blog kita.

Inilah keseronokan mengetahui selok-belok Search Engine Optimization. Orang dapat manfaat langsung dek kerana entri yang kita tulis. Katakan kita kongsi pengalaman nak ubati anak yang kena demam, bayangkan bagaimana entri tersebut seandainya berada di enjin carian akan bantu ramai ibu bapa terutama yang muda-muda ubati anak mereka yang demam. Anda membantu dalam 'diam'.

Keseronokkan SEO Ada Tapinya ...

Namun, ada bahayanya juga, jika blogger tidak berhati-hati menulis, mungkin salah info boleh bawa kemudaratan.
Keseronokkan SEO
Maka, hati-hati menulis entri di dalam blog, apatah lagi jika blog anda ada template mesra SEO dan entri yang telah tepati ciri-ciri SEO ini. Bila dah mudah masuk dalam enjin carian, kenalah lihat entri tersebut dan buat semakan agar apa yang ditulis tidak mengelirukan. Bukan apa, ada yang mencari resepi sup kepala ikan merah, apa yang nampak lain pula ... hoho.. dari nak buat sup terbuat jeruk mempelam asam boi bercili ... hoho ...:P

  • Seronok menulis bila apa yang kita tulis boleh membantu ramai orang. 
  • Seronok menulis bila apa yang dikongsi boleh dimanfaatkan. 
  • Seronok menulis bila apa yang kita tulis boleh menyelesaikan masalah orang.
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Tak seronok jika ....
  • Jadi tak seronok bila ada entri seronok-seronok disalah-ertikan.
  • Jadi tak seronok bila ada entri yang memecah-belahkan.
  • Jadi tak seronok bila ada entri orang suka baca sekerat-sekerat dan buat penilaian mudah.

SEO baik jika digunakan dengan cara yang baik. Ia bukan sekadar menarik trafik ke blog, ia juga boleh mempengaruhi.

Tak pasti blog anda ada ciri SEO ini? Uji dengan baca entri Uji Blog Ketahui Mesra SEO

Mahu berpengaruh, biarlah kerana kebaikan yang anda buat sebagai blogger. In Sha Allah, selagi pohon itu dibaja dan disiram, ia akan berbunga dan berbuah memberi kebaikan pada yang meneduh di bawahnya.

Oh ya, ramai kata blogger lelaki yang pandai bab-bab SEO ini. Itu sebab blogger lelaki yang serius akan ambil perhatian bab ni. Tapi, jangan lupa ... ada blogger wanita hebat dalam bab SEO ini, kenali beliau menerusi Akma Omar Blogger Wanita Hebat SEO

20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang bagus bila dah pintar dalam bab SEO...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namun kepintaran dalam SEO ada keterbatasannya sebb ia adalah ciptaan manusia.

      Padam
  2. kena ada ilmu SEO baru boleh kan huhuu bnyk lg kena belajar ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar selagi ada keinginan, belajar selagi nyawa dikandung badan. Ilmu itu bekalan jika disebarkan.

      Padam
  3. Banyak lagi yang perlu dipelajari tentang SEO ni.

    BalasPadam
  4. perlu belajar byk ilmu berkaitan seo ni, masih belajar dan sentiasa belajar dan trus belajar ;) in shaa allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, ganjaran mencari ilmu ini hebat jika diamal konsisten.

      Padam
  5. Seronok berblog dengan SEO..sangat mencabar minda..walaubagaimanapun yang penting follower dapat manfaat dari kita kan? Thanks penulis...

    BalasPadam
  6. Tuan bagi free SEO learning...tuan tak nak buat kelas SEO ke...

    BalasPadam
  7. tumpang bangga ada anak melayu yg hebat..moga kelebihan yg ada dapat memberi manfaat kepada org lain... dan pahala yg bertambah2

    BalasPadam
  8. dan ucapan ribuan terima kasih sebab...tuan HH sudi sebut juga nama saya...hahahaha

    BalasPadam
  9. tuan HH adalah otai SEO kita terbaik

    BalasPadam
  10. masih belaja lagi, mmg seronok tgk blog sndiri ada di search engine ;)

    BalasPadam
  11. memberi semangat lagi untuk menulis jika artikel yang ditulis duduk diatas sekali search google

    BalasPadam
  12. memang seronok kalau dah boleh menguasi SEO dengan baik....azam utk tahun 2015 supaya dapat mantapkan penguasan SEO....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah boleh. Ramai je blogger baru yang telah mengorak langkah positif menjadikan blog lebih mesra SEO.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement