Langkau ke kandungan utama

Keputusan SPM 2014 Diumum 3 Mac 2015

Keputusan SPM 2014 dijangka akan diketahui pada 3 Mac 2015. Jadi buat para ibu bapa, sila hadap kalendar dan takwim persekolahan 2015; lihat juga perancangan anda ketika itu, jangan sampai anak dapat keputusan SPM, anda buat tak tahu sahaja .. hoho ...

Peperiksaan SPM 2014 telah bermula sejak 3 November 2014 yang lalu. Ramai juga rakan blogger yang ada anak-anak hadapi peperiksaan SPM (nampak ramai golongan sebaya ni). Ada juga blogger yang ada anak-anak sedara, anak jiran, anak jiran kepada ketua kampung mereka yang ambil peperiksaan SPM.

Saya juga pasti ramai pembaca dan pengunjung blog ini seperti anda sekarang mahu tahu bila keputusan SPM 2014 akan keluar....ye tak?

Keputusan SPM 2014 Diumum 3 Mac 2015

PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumum lebih awal pada 3 Mac 2015, iaitu dua minggu lebih awal berbanding jadual asal.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu untuk membolehkan pelajar mengikuti kursus asasi institusi pengajian tinggi (IPT) lebih awal dan sempat mengikuti tahun akademik di universiti luar negara pada 2016. - KOSMO!

Hmm bagus juga diumum awal, seperti dinyatakan dalam laporan di atas. Keputusan SPM 2014 yang diumumkan awal pada 3 Mac 2015 setidak-tidaknya berikan pengetahuan pada ibu bapa bahawa waktu itulah waktu debaran anak-anak yang sangat penting untuk ibu bapa ada bersama.

Ibu Bapa Kena Jadi Rakan Anak-Anak Susah Senang

Ada antara ibu bapa zaman sekarang nak ambil mudah semata. Anak dapat keputusan peperiksaan yang bagus pun dok rileks je, walhal bukan mudah tu untuk anak-anak nak dapat result yang bagus. Dorongan bukan setakat sebelum peperiksaan, tetapi kena diberikan juga selepas peperiksaan.

Anak-anak ini kena diberikan semangat untuk terus berjuang dalam harungi hidup.

Bukan apa, dalam era zaman sekarang yang serba mencabar ini, apa yang akan dihadapi oleh anak-anak di masa depan bukanlah sesuatu yang mudah macam kita zaman dulu. Dulu mana ada kebanjiran warga asing, tetapi sekarang .. nak berniaga pun kena bersaing dengan mereka yang datangnya (asalnya) hanya untuk menumpang cari rezeki di negara Malaysia, yang kini nampaknya mereka sudah menguasai.

Bila keputusan peperiksaan SPM diumum, pasti ibu bapa yang mahukan pembelanjaran dan pendidikan terbaik buat anak-anak akan cari dana dan bantuan, cari duit untuk bolehkan anak-anak teruskan belajar ke peringkat lebih tinggi. Biasiswa dicari, penajaan ditagihi (ada ke ditagihi ekk?).

Jika ibu bapa ada kemampuan menyimpan sedikit sebanyak, maka setidaknya sudah boleh tarik nafas lega, tapi buat ibu bapa yang tak mampu tu, yang kais pagi makan pagi ... bagaimana agaknya? Anak cemerlang dalam peperiksaan, tetapi hadapi kesukaran nak masuk menara gading...

PTPTN pun dah susah nak dapat, kalau dapat pun banyak pula cabang dan pintu kena lalui.

Jangan marah saya tulis dan terbit entri ini untuk trafik blog, walhal cerita sebenar lebih melalut ke laut China Selatan, tapi mahu mengingati ... ada masa yang ada, carilah segera mana-mana dana untuk anak dapat sambung belajar nanti.

Kita mungkin tak rasa rugi ... tapi anak-anak kita? Masa depan mereka?


p.s: Ingat lagi jerih payah emak saya cari bantuan kewangan untuk saya sambung belajar kat Universiti ... masa tu tak ada PTPTN lagi ....

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wahhh awal-awal dah tau bila dah ni...

    BalasPadam
  2. tarikh penting untuk diingati... dah dapat keputusan terus apply ke IPTA.

    BalasPadam
  3. asalam HH Etuza ada anak juga ambil SPM tahun ini..tq info ni ya

    BalasPadam
  4. Wah ini kira pengumuman bocorlah ye...hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…