Langkau ke kandungan utama

Kemaskini BR1M 2015 Secara Online

Kemaskini BR1M 2015 secara online. Saya pasti ramai penerima BR1M sebelum ini telah pun menerima surat daripada LHDN untuk kemaskini maklumat dan data peribadi. Maklumat dan data penerima BR1M perlu dikemaskini menerusi laman web e-BR1M. Kemaskini boleh dilakukan bermula dari 1 Disember 2014. Ia akan ditutup pada 31 Disember 2014.

Menurut surat yang dikemukakan oleh LHDN dan juga di laman web e-BR1M itu sendiri, kegagalan melakukan kemaskini akan menyebabkan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2015 tidak dapat diproses.

Kemaskini BR1M 2015

Kemaskini BR1M 2015

Jika anda pernah menerima BR1M sebelum ini, maka harus patuh dengan arahan diberikan di dalam surat berkenaan. Pengumuman juga ada dibuat di laman web e-BR1M untuk kemaskini data terkini supaya calon-calon penerima BR1M 2015 akan mendapat wang bantuan BR1M yang telah dijanjikan menerusi Bajet 2015 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Cara Kemaskini BR1M 2015

  1. Login ke e-BR1M.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan penerima BR1M.
  3. Masukkan butiran kemas kini pada alamat, nombor akaun bank, dan maklumat waris jika berkaitan.
Cara kemaskini maklumat BR1M 2015

Bagi mereka yang layak, anda juga boleh membuat permohonan BR1M 2015 samada menerusi online di e-BR1M mahupun menerusi borang BR1M yang boleh didapati secara percuma di semua cawangan LHDN negeri.

Kemaskini dan permohonan lengkap penting untuk terima BR1M 2015. Permohonan baru serta kemaskini data BR1M menerusi e-BR1M boleh dilakukan mulai 1 Disember sehingga 31 Disember 2014.

Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia:

  • RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Ia akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
  • RM750 untuk isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000. Ia akan dibayar sebanyak RM200 pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.
  • RM350 bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Ia akan dibayar sekaligus pada awal tahun 2015.


Memandangkan telah ada Skim Khairat Kematian yang menggantikan Takaful Insurans iBR1M, maka sangat perlu bagi penerima BR1M kemaskini untuk meletakkan nama waris di dalam rekod. Skim Khairat Kematian ini akan memberikan bantuan sebanyak RM1000 kepada waris penerima BR1M jika berlaku sebarang kematian di dalam setahun - iaitu 2015.
Kemaskini BR1M 2015

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M 2015, pemohon boleh hubungi dua nombor telefon di bawah ini:
  • 1-800-88-2716 Talian Bebas Tol LHDN
  • 03-88824565/4566 Talian Waktu Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia

Tips Untuk Kemaskini BR1M

  • Elakkan kesesakan server BR1M bila buka/login siang hari.
  • Jika anda ada masalah login ke BR1M, cuba login malam selepas jam 10 malam.
  • Anda ada 30 hari untuk kemaskini, ingat tempohnya adalah sehingga 31 Disember 2014. Jadi tidak perlu sesak-sesak dan buatkan anda habiskan masa internet anda. 
  • Saranan saya, login pada selepas 10hb, kesesakan dah kurang untuk server BR1M.
  • Pastikan anda ada capaian internet yang laju untuk kelancaran kemaskini.

Semoga informasi ini bermanfaat dan segerakan beritahu mana-mana insan yang fikir layak untuk terima BR1M 2015.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Dah boleh start kemas kini eh HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum. Ia bermula 1 Disember 2014.

      Padam
  2. Yang layak, jangan lupa kemaskini BR1M 4.0 awal-awal..:)

    BalasPadam
  3. bukan bermula 1 Disember 2014 ker kalau ikut-ikutkan surat tu? he he he, mohon untuk mama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep, saya ada nyatakan dalam entri di atas ... :)

      Padam
  4. Kena tunggu 1 disember untuk kemaskini atau buat permohonan br1m 2015 baru

    BalasPadam
  5. assalamualaikum hh...mama pun baru dpt suratnya semalam...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ada minta ye? Baguslah. Jangan lupa update data BR1M ye.

      Padam
  6. wah...mesti start 1disember talian LHDN sibukkkkkk memanjang...

    BalasPadam
  7. kompem line bz time tue. ^_^

    BalasPadam
  8. grenti aku punya dapat nanti habissss bayar hutang... miahahahaaa

    BalasPadam
  9. best la yg dapat brim. yang tak dapat tengok je la......

    www.lee5201.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Jangan lupa ye kemaskini. Kena buat reminder tu untuk 1 Dis nanti :-)

    BalasPadam
  11. Sy sudah menerima surat mengemas kini maklumat brim
    Masalahnye apabila klik ke laman web still x dpt proses .hari ini da 1disember
    Boleh jelaskan kenapa masih tidak boleh membuat kemaskini apabila sy klik pada butang kemaskini..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut pengalaman lampau, ia masalah server. Siang hari memang trafik agak tinggi ke eBR1M tu ... saya nak tempah penginapan di salah satu laman web kerajaan pun hadapi masalah sama.

      Padam
  12. saya pun tak boleh load web BR1M. hmmm mungkin masalah sekarang banyak orang load kan

    BalasPadam
  13. kalau dalam status semakan permohonan kata permohonan diterima sahaja..tanpa nyatakan permohonan lulus atau sudah diproses tu macam manalah..permohonan tu lulus ke gagal sebenarnya ?

    BalasPadam
  14. Diterima masuk dalam pengkalan data, tetapi masih belum dinilai lagi, jika dinilai, ia akan masuk fasa sedang diproses. Selalunya yang layak akan terima satu surat berdasarkan alamat yang kita masukkan ke dalam borang online.

    BalasPadam
  15. Sy lupa nak kemaskini tuk 2016.. so macam mane?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…