Langkau ke kandungan utama

Katanya Nak Jadi Seorang Doktor

Anak-anak, ada sahaja alasan bila nak beli mainan baru. Nampak kereta kontrol, nak beli .. walhal kat rumah dah ada, alasannya ... kereta kontrol ni leh kuar lampu, leh jalan ke belakang. Anak-anak dalam masa nak membesar, ligat otak mereka fikir mencari alasan untuk inginkan sesuatu. Maka, ibubapa yang mungkin tak cukup duit poket, agak keberatan sikitlah nak ikutkan permintaan anak.

Setakat ini, alhamdulillah, ada permintaan anak yang difikirkan tidak berlebihan saya akan turuti. Ada rezeki sedikit dari hasil blogging, guna income buat duit affiliate menerusi blog, mainan anak yang harga bawah RM30-RM50 in Sha Allah, boleh dituruti. Nasib baik tinggal di Parit Buntar yang syok boleh dapat barang-barang harga murah. Ada Mydin, ada Ten Ten, ada Hari Hari, ada kedai Longwan ada kedai RM2 yang boleh dapat barang mainan murah.

Barang mainan murah ni, walaupun ada yang kata kualiti tidak bagus, namun jika anak-anak dan ibu bapa pandai jaga, in Sha Allah akan tahan lama. Kena didik anak-anak untuk hargai barang milik mereka. Cara saya, saya suka mereka untuk usaha dapatkan sesuatu.

Anak sulong saya, dia dapat beli helikopter mainan, dapat beli kereta kawalan jauh, mainan yang memang canggih-manggih, beli murah di Padang Besar. Baru-baru ni dapat beli kad Buddy Fight semua adalah hasil duit simpanan sendiri.

Anak kedua saya agak lain sikit. Seorang anak yang aktif tetapi dalam bab simpan menyimpan ni dia kurang, tetapi dia tahu menghargai barang milik dia.

Anak Perempuan Saya, Katanya Nak Jadi Seorang Doktor

Anak perempuan saya ... hoho .... manja, mainan dia usia tak lebih seminggu. Malah ada mainan, hari ini beli, esok dah tak boleh main dah, sib baiklah ada kedai RM2 yang dia tak kesah beli mainan murah. Pernah anak perempuan saya nak beli set doktor-doktor ... katanya esok besar nak jadi doktor, kalau saya sakit, nanti boleh dia periksa dan bagi ubat. Dia kata nak bagi ubat cepat sembuh... sekali makan terus baik, jadi abahnya ini tak perlu nak sakit-sakit lama-lama. Kalau sakit lama-lama, nanti dia tak ada kawan nak main-main doktor.


Alahai anak.

Seronok ada anak. Anugerah Allah S.W.T tiada tolong bandingnya.

p.s: Ada anak kawan saya, dia beli mainan Padang Besar dan jual semula online. Kecil-kecil dah pandai buat duit online menerusi mudah.my. 
advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Hehehe... spec tipu2 je tu ..hoho

      Padam
  2. semoga anak-anak kita membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah berjasa..cita-cita hebat tu nak jadi doktor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak perlu diajar utk ada cita-cita hebat.

      Padam
  3. Semoga besar nanti adik berjaya jadi Doktor. Insyaallah.. AMin... Rajin-rajin belajar ya.

    BalasPadam
  4. sweetnya..bile anak dah pandai bercakap. Tak sabar nk menunggu si kecik bercakap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …