Jadual Perlawanan Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2014. Jujur kata, saya jarang nak hadap bolasepak tempatan. Lagipun susah nak dapat siaran langsung kat TV percuma ni. Saya tak ada Astro, dan tidak bercadang pun untuk langgan Astro. Dalam keadaan ekonomi semasa, adalah lebih baik kurangkan belanja atas hiburan. Bagi saya cukup tonton tv menerusi saluran percuma yang ada.

Saya minat dengan Piala AFF Suzuki ni. Piala ini ada prestij dia tersendiri. Nak cerita sejarah dia macam tak best la pulak, yelah .. asal usul Piala AFF Suzuki ni tak berapa seronok. Dulu nama kejohanan ini dipanggil Piala Tiger. Kenapa Tiger? Adakah sebab ia piala ciptaan Singapura? Atau kerana ia piala ciptaan Harimau Malaya? Bukan sebab itu, ia adalah kerana penajanya ialah dari syarikat arak jenama Tiger.
Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2014


Sukan di rantau ini memang sinonim dengan penaja-penaja yang pelik. Dulu sukan bolasepak Malaysia ditaja oleh syarikat rokok antarabangsa jenama Dunhill. Malah, ada pasukan ditaja Marlboro dan Lucky Strike. Tu rokok, jenama arak pun ada. Benda yang nampak kontradisi je dengan lumrah sukan itu sendiri yang mempromosikan kesihatan yang bagus.

Ok. Lupakan soal itu.

Jadual Perlawanan Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Saya nak kongsikan kepada peminat-peminat bolasepak tanahair mengenai jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2014. Saya pasti ramai peminat nak tahu akan jadual perlawanan bolasepak Asean ini.
Jadual perlawanan pusingan akhir piala AFF Suzuki 2014
Klik Imej Untuk Versi Lebih Jelas

Nak lagi puas hati, anda boleh lihat versi yang boleh anda cetak di sini - AFF Suzuki 2014 Printable Schedule

Tengah usyar juga kat tv percuma ada atau tidak siaran langsung perlawanan AFF Suzuki 2014 ini.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Kiz MySelf Kiz MySelf November 04, 2014
ada bro , Media Prima menjadi penyiar rasmi Piala AFF kat Malaysia ( Tv3 dan Tv9 )
kamil salleh kamil salleh November 04, 2014
Wah... piala Suzuki AFF dah nak mula tak lama lagi. Semoga Harimau Malaya dapat piala itu. Malaysia Boleh.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 04, 2014
Ohh ye ke .. yeahhh ... boleh la layan bola ....
Fazil Hamid Fazil Hamid November 04, 2014
Harap Dollah Salleh pilih barisan terbaik..
pilih berdasarkan prestasi bukan nama dan pencapaian lampau..

** adakah striker kembar yang bermain beberapa minit dan gagal menyempurnakan sepakan penalti dan seorang lagi hanya jadi pemerhati dari luar akan menjadi gandingan utama negara..?
sama-sama la kita tunggu..
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 04, 2014
Dalam banyak pasukan yang kite tentang...singapura lah yang pasti misi wajib menang...
Hamidi SP Hamidi SP November 04, 2014
Malaysia, adakah sekadar menang gaya kali ini? Semoga berjaya..
Jazz Lover Jazz Lover November 04, 2014
Penting nie terutama kepada peminat bola. Heheh.
phat dot my phat dot my November 04, 2014
betul kata tuan Kiz media prima tv3 n tv9 penyiar rasmi AFF 2014
Denaihati Denaihati November 04, 2014
Boleh tahan kuat group B ni. masa nak buktikan harimau masih boleh mengaum dan bertaring tajam....heeee

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.