Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Malaysia bervariasi dari RM2,300 sehingga RM5,800 seunit. Harga yang memang dijangka disebabkan ia merupakan telefon pintar yang diantara terbaik di pasaran. Lagipun, ia mempunyai ciri-ciri eksklusif yang tidak terdapat dalam mana-mana telefon pintar sekelasnya.

Saya telan air liur je bila tengok harga-harga yang ditawarkan. Blogger sepenuh masa dan house husband seperti saya memanglah teringin nak memiliki rasa kecanggihan produk Apple ini, apatah lagi saya telah merasai betapa seronoknya memiliki iPad Mini yang masih berfungsi dengan  baik walaupun cermin kaca skrinnya sudah retak lapan ratus. Jatuh dua tiga kali, ia tetap lagi ok.

Jauh beza dengan tablet yang sudah pun bertukar dua kali. Memang benarlah, jangan pandang pada harga tapi pandang pada kualiti dan kemampuan. Serius terliur dan kepingin nak dapatkan iPhone 6 ini. Dan inilah antara sebab saya sibuk dengan Cabaran iPhone 5s yang dianjurkan oleh Denaihati.com.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Malaysia

Harga iPhone 6 iPhone 6 Plus Malaysia

Buat masa ini dua syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah pun mendedahkan harganya buat pelanggan-pelanggan setia mereka. Syarikat tersebut Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd sudah pun mendedahkan harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di laman web mereka.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus oleh Syarikat Telekomunikasi Malaysia

Harga yang dipaparkan berdasarkan kepada pelan-pelan tertentu yang ditawarkan.

Maxis menawarkan harga iPhone 6 16GB bermula dari serendah RM1,901 menerusi Maxis OnePlan. Manakala iPhone 6 Plus 16GB bermula dari serendah RM2,241 menerusi pelan yang sama.

Digi pula menerusi pelan iDiGi 148 menawarkan harga iPhone 6 16GB bermula dari serendah RM1,181. Manakala iPhone 6 Plus 16GB bermula dari serendah RM1,516 juga menerusi pelan yang sama.

Manakala satu lagi syarikat yang turut menjadi pengedar rasmi iPhone di Malaysia, Celcom Axiata Berhad telah memperkenalkan pelannya iPhone 6 dan 6 Plus dengan harga yang cukup menarik, bermula serendah RM418 dan RM768 menerusi pelan eksklusifnya Celcom First.

Jika berminat nak memiliki telefon hebat ini, bolehlah kunjungi mana-mana pengedar sah dan wakil syarikat telekomunikasi berkenaan. Pilih dengan bijak, dan sesuai dengan kehendak dan kemampuan. Anda juga boleh merujuk laman web syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan.
Harga iPhone 6 iPhone 6 Plus Malaysia

Variasi Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di pasaran terbuka Malaysia dan dari laman web rasmi Apple pula adalah seperti di bawah ini.
  • iPhone 6 16 GB - 2,399.00 
  • iPhone 6 64 GB - 2,749.00
  • iPhone 6 128GB - 3,149.00
  • iPhone 6 Plus 16 GB - 2,749.00 
  • iPhone 6Plus 64 GB - 3,149.00 
  • iPhone 6 Plus 128 GB - 3,549.00 

Ciri-Ciri Menarik iPhone 6 - iPhone 6 Plus

Apple telah melancarkan bukan satu, tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci. Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. iPhone 6 Plus saiznya lebih besar sedikit, dan dikatakan cuba meniru penampilan telefon pintar Android terutama dari jenama Samsung.

Menakjubkan, lebih 10 juta telefon pintar terbaru itu habis dijual dalam tempoh tiga hari selepas ia dipasarkan di negara terpilih.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang berbeza ini disebabkan oleh variasi warna serta kapasiti memori, dan juga tertakluk kepada beberapa terma dan syarat oleh syarikat telekomunikasi yang menjadi pengedar rasmi, serta dari mana produk itu didapati.

Ada produk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini harganya lebih murah disebabkan ia diimport dari negara yang menawarkan harga pasaran jauh lebih murah dari Malaysia. Ia bergantung dengan syarikat yang membekalkan telefon pintar ini.

Lazada MalaysiaBaucer iPhone 6 Lazada Malaysia

Lazada Malaysia, salah sebuah syarikat yang mengendalikan platform beli belah online turut menawarkan harga istimewa untuk pembelian iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini. Ada rebat dan diskaun tunai diberikan untuk pembeli.

Ciri-ciri iPhone 6 dan iPhone 6 Plus memang hebat, dan nyata ia sebuah telefon bimbit kelas orang kaya-laya ... hoho .... terasa masih belum lagi ada kemampun untuk memilikinya secara terus, jadi cara dan jalan lain ialah dengan join mana-mana contest yang ada, yang banyak sekrang ni sedang menawarkan hadiah iPhone 6 ini.

Jika berjaya memperolehnya, bolehlah jadi tools yang bagus untuk jana duit online, dan jana income menerusi blog.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mahal sangat. Belum mampu nak beli. Huhuhu

    BalasPadam
  2. ohh takde la semahal yang org ckp sampai 3000+ for 16GB and 64G iphone6.

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok juga datangnya dari mana tu Najlaa ...

      Padam
  3. cantik memang cantik.. tapi dah ada 5c ni..malas lak nk tukar.. value makin kurang duit je kena tambah..hummm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda ni bukan keperluan, cuma sekadar kehendak. Jadi ada pilihan samada nak atau tidak. :)

      Padam
  4. harga sepadan dengan kecanggih yang ada. Ada duit boleh beli

    BalasPadam
  5. boleh sambar satulah bro. saiz besar lebih menarik dan lebih bersaing dgn lain2 hp saiz screen besar.

    BalasPadam
  6. salam maaf nak tanya saya nak beli iphona dari maxis xpi mcm mana nk kena pergi center maxis pastu nk bawak dokumen ape yea ..?

    BalasPadam
  7. Saya pun teringin nak satu..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement