Cameron Highlands Banjir Lumpur 5 November

Cameron Highlands banjir lumpur lagi. Baru sahaja keluar dalam akhbar mengenai ancaman besar banjir dari Tasik Ringlet, tup tap .. dua hari .. Cameron Highlands dilanda banjir lumpur sekali lagi. Genap setahun kot. Sebelum ini, banjir lumpur di Cameron Highlands meragut dan mengorbankan empat nyawa sekitar Oktober 2013, dan kali ini diberitakan ada juga kehilangan nyawa.

Dilaporkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah lemas dihanyut air banjir manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh. Kawasan yang terkena pula adalah terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur sebelum ini, iaitu di Lembah Bertam.

Ironinya, Cameron Highlands telah disebut-sebut dan diperkatakan sejak beberapa hari ini.

Cameron Highlands Kebanjiran

Ada dua isu berkaitan Cameron Highlands banyak diperkatakan. Satu - mengenai kebanjiran warga asing di Cameron Highlands, seolah ditawan oleh mereka yang bekerja di ladang-ladang sayur di sana. Kedua - isu mengenai Tasik Ringlet yang dipenuhi sampah sarah sehingga menjejaskan pengaliran serta kualiti air di empangan Sultan Abu Bakar.

Keyword di sini - Banjir Cameron Highlands. Banjir warga asing. Banjir lumpur akibat empangan yang kini tidak berada di dalam tahap kapasiti sebenar.

Berita melaporkan, kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir yang semakin buruk. Ramai rakan-rakan blogger yang telah memuat-naik gambar keadaan banjir terbaru di Cameron Highlands ini.

Gambar Cameron Highlands Banjir Lumpur 5 November

Harapnya pihak berkaitan akan buka mata akan masalah yang sedang berlaku. Bukan pertama kali dah ni, dah jadi dua kali; tidak mustahil akan jadi 3,4 kali jika tiada sebarang tindakan tegas dibuat.

Dan harapnya penduduk di Cameron Highlands terutama sekali pengusaha ladang dan kebun sayur beringat-ingat, dan fikirkan perkara buruk yang telah berlaku ini. Segalanya disebabkan ketamakan dan kerakusan yang tidak berbatas.

Dan mungkin, lebih banyak mata melihat akan dua isu banjir di Cameron Highlands, jangan hanya berikan alasan bahawa negara akan kehilangan pendapatan berbillion ringgit semata ... kalau dah untung berbillion, mengapa tidak gunakan ke arah memperbaiki keadaan di Cameron Highlands?


Kredit Foto - rossacalla.blogspot.com

{ 9 comments.. read them below or add one }

Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin November 06, 2014
kemusnahan alam dari tangan manusia juga, hanya tumpu pada kepentingan dan keuntungan diri sahaja
Mrs Yatie Mrs Yatie November 06, 2014
Ya Allah, teruknya. tak dapat PG bayangkan. Semoga pihak berkuasa membuat sesuatu tentang ini. bukan kali pertama.
Denaihati Denaihati November 06, 2014
kalau tak silap selepas kejadian tahun lepas ada usul untuk berpindah kekal...penduduk tak setuju, mungkin sebab dah lama, berpuluh tahun tinggal situ.
Lynn Munir Lynn Munir November 06, 2014
Dashyat.saya ketinggalan berita ini. Sesuatu memang perlu dilakukan agar perkara ini
tidak berulang.
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 06, 2014
Yang ni kita tak mau dengar ni...Tanah Rata dan kawasan lain Cameron Highlands ni dah teruk diterokai secara haram dan halal oleh pihak2 berkepentingan...nilah kesannye kalau anugerah Allah tidak dijaga dan disalahgunakan oleh manusia...
Bro Framestone Bro Framestone November 06, 2014
Dengar radio, pihak empangan terpaksa melepaskan air dari empangan bila parat air melebihi paras bahaya.

Kenapa tak lepaskan awal-awal?

Atau lepaskan secara berperingkat. Sekurang-kurangnya boleh remind penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Legasi Piston Pecah Legasi Piston Pecah November 07, 2014
beri kesan juga bila cameron highland dilanda banjir... terutama pada supermarket...
sabree hussin sabree hussin November 07, 2014
kalau tengok pada gambar, nampak serius ni banjir yang berlaku ni
AnonymousAnonymous November 10, 2014
Saya ada pengalaman .Sebagai salah seorang warga Cameron Highlands tidak menafikan adanya banyak rasuah melibatkan anggota penguat kuasa dan PTG...pernah ada seorang pekebun beritahu saya..dia malam ini terpaksa keluarkan duit pd malam ini untuk disogok kpd penguat kuasa PTG yang datang esok hari dari Kuantan untuk merobohkan kebun haram...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.