Cuti Umum Perak 27 November 2014 Dibatalkan!

Isteri saya beritahu - Cuti umum Perak pada 27 November 2014 telah dibatalkan! Dan kerana ini, jadual peperiksaan SPM 2014 yang sebelum ini ada pindaan dan perubahan kekal. Saya ada berkongsi informasi mengenai jadual peperiksaan SPM pada 27 November 2014 dipinda tarikh ke 4 Disember seperti dalam satu pekeliling yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah terbabit.

Dan pihak kementerian telah mengeluarkan satu lagi surat pekeliling membatalkan pindaan atau perubahan tarikh peperiksaan SPM pada 4 Disember; dan dikekalkan pada 27 Disember 2014 seperti di dalam jadual asal SPM tahun 2014.

Cuti umum Perak yang sebelum ini telah diumumkan dan dimaklumkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Perak telah dibatalkan menerusi satu surat pekeliling bertarikh 31 Oktober 2014. Surat tersebut telah dikeluarkan di Fanpage Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 3 November 2014.

Surat cuti umum negeri Perak 27 November dikeluarkan adalah untuk cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.

Maka, dengan itu, surat pentadbiran kerajaan negeri Perak bilangan (41) yang dikeluarkan dan bertarikh 5 September 2014 telah dibatalkan.
Disebabkan ini juga, tarikh peperiksaan SPM 2014 yang asalnya pada 27 November, dan kemudian dipinda pada 4 Disember juga dibatalkan, dan kekal pada tarikh asal 27 November 2014 seperti yang telah diterbitkan dalam jadual peperiksaan SPM 2014.

Cuti umum negeri Perak pada 27 November 2014 dibatalkan kerana kerajaan negeri Perak telahpun mengambil cuti pada 19 April 2014 untuk sebab yang sama - Hari Keputeraan Sultan Perak. Oleh itu, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, telah ditetapkan dan dipersetujui bahawa tarikh demikian iaitu 27 November 2014 sebagai cuti umum keputeraan Sultan Perak dibawa pada tahun hadapan, walaupun yang dirai adalah individu berbeza.

Boleh semak di laman FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

{ 11 comments.. read them below or add one }

yang baik Ishak yang baik Ishak November 05, 2014
jadi... confirmlah batal yer cuti tu...okey boleh bekerja dengan senang hati... yeayyy
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 05, 2014
Em alahai...bagus jugak tu at least blh jumpe anak2 buah awal sehari di kampung...
Bro Framestone Bro Framestone November 05, 2014
Alaaaaaaa.....!!!

Eh, gua bukan duduk Perak dah...

Rosmiza Ali Rosmiza Ali November 05, 2014
Tak lama dah nak SPM.. Best of luck buat semua candidates! Takpelah bab cuti tu.. Nanti lepas SPM boleh cuti panjang.. ^_^
RosmizaAliDotCom
Jazz Lover Jazz Lover November 05, 2014
Yeay, tak jadi cuti. Heheh (macamlah duduk dekat Perak) Angel Love Soldier
Yana Yana November 05, 2014
bagus betul Sultan Perak ni...
Denaihati Denaihati November 06, 2014
balik pada asal yer...kalau dah book hotel cuti2 sekolah kena ubahlah balik,,,,
Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin November 07, 2014
lepas peluang hendak cuti, jangan bersedih ya
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins November 11, 2014
Kalau tak baca pekeliling ni memang tak pi keja la jawabnya :)
puteraduyong puteraduyong November 21, 2014
bebudak skolah dah tak heran sebab esok dah start cuti sekolah ;)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.