11 November 2014

Cara Maintain Pageviews Blog 200K Sebulan

Bukan mudah nak maitain trafik blog sehingga 200,000 pageviews setiap bulan. Bagi seorang blogger house husband sepenuh masa seperti saya, ia satu tugas yang berat sebenarnya. Lagi tambah sukar bila saya bukanlah kategori blogger popular diminati ramai. Saya cuma blogger biasa-biasa sahaja.

Namun, saya akui, blog ini ada pengikutnya sendiri. Ada pembaca setianya sendiri. Hari-hari mereka singgah, baca dan komen... saya sedar tu, sebab segala komen mereka direkodkan dan disimpan.

Serius, kadangkala terkujat memikirkan apakah entri hari ini yang perlu saya tulis dan terbitkan. Walaupun idea itu ada, tetapi saya kena lihat masa yang sesuai juga nak terbitkan. Silap terbit, kemungkinan apa yang saya tulis itu tidak dibaca golongan sasaran. Lagi teruk, entri itu langsung tidak mendapat perhatian baik dari segi pengunjung setia mahupun menerusi enjin carian.
Cara Maintain Pageviews Blog 200K Sebulan

Bukan Blog Pilihan Ramai

Saya sedar, blog saya bukanlah sebuah blog pilihan ramai blogger untuk dimasukkan ke dalam bloglist. Jadi, kekurangan yang ada perlu ditampung dengan menjaga pengunjung setia sedia ada untuk tidak lari dari terus membaca entri blog.

Tak macam sesetengah blogger, terutama yang ada nama dan popular, kebanyakkan trafik blog mereka terhasil dan datang daripada bloglist peminat-peminat mereka, bloglist berpuluh ribu follower mereka, daripada fanpage yang sudah puluh dan ratus ribu likes.

Saya mahu ucapkan terima kasih kepada ramai yang sudi baca blog saya, dan blogger yang beri pengiktirafan terhadap segala perkongsian saya.



Seperti juga untuk maintain trafik dan pageviews sehingga 200K sebulan, nak maintain supaya kekal berada di kala sekarang memang payah. Bukan mudah nak maintain supaya blog terus-terusan menjadi sumber inspirasi buat blogger lain.

Sudah lebih 5 ribu entri saya terbitkan di blog ini. Dan separuh dari entri tersebut adalah berkaitan tips blogging, panduan blogger, seo blogspot, tips buat duit online, mengenai affiliate, mengenai pengiklanan di blog, mengenai cara penulisan blog, dunia blog, kisah-kisah blogger baru dan lama serta blogger-blogger yang telah berjaya.

Cara Nak Maintain Pageviews Blog 200K Sebulan

Cara Maintain Pageviews Blog 200K Sebulan

Tiada cara atau kaedah lain untuk maintain pageviews blog sehingga 200,000 sebulan selain daripada kerajinan, motivasi dan daya iltizam. Tanpa kerajinan, anda tidak akan mampu mengikat pembaca setia. Tanpa motivasi, saya tidak akan mampu menghasilkan lebih dari 1-2, 3-4, mahupun 10 entri sehari. Tanpa iltizam, blog saya tidak akan mudah nak dapat pageviews sehingga 200K sebulan!

Orang lain mungkin cara berbeza. Tetapi saya .. itulah dia. Minat. Rajin. Usaha. Iltizam.

Doakan saya terus memberikan sesuatu yang terbaik buat anda. In Sha Allah, anda berjaya, saya turut rasa kejayaan anda.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

41 Komen Cara Maintain Pageviews Blog 200K Sebulan

Tahniah HH, Saya sendiri mula berblog dengan mengenali blog anda sekitar tahun 2011.Terima kasih kerana banyak ilmu blogging seperti seo, agen Affiliate dan teknik menulis entri yg bagus yang saya dapat dan ikut dari blog ini.Semoga maju cemerlang dengan blog ini, sentiasa dilimpahi rezeki dan sihat sepanjang masa untuk terus berkongsi tips dan info dunia blog..aamiin:)

doa dari saya semoga blog ini berjaya menjadi terbaik. Sekarang pun sudah diiktiraf blog terbaik dengan teknik seo yang hebat. Saya amat kagum dengan kejayaan blog ini.

Jangankan 200K sebulan, blog saya tak pernah pun dapat 20K pv sebulan! :(

untung abang HH.. Tahniah ye ^^ semoga lebih maju dalam dunia blog ni.. Ina antara salah seorang pembaca setia blog abg HH :)

Tahniah & terima kasih HH...blog HH memang menjadi rujukan untuk saya yang baru berjinak2 dalam dunia blog.. (^_^)

Dunia blog sekarang ni terlalu banyak persaingan, tak macam dulu. Sebagai contoh, dulu bila saya tulis pasal kereta, senang dapat trafik banyak, sebab time tu tak ramai yang tulis pasal topik kereta. Sekarang ni dah banyak blogger yang pandai bab SEO, walaupun blog mereka bukan blog automotif, mereka tetap tulis pasal kereta (model kereta popular seperti Iriz dan Axia misalnya) sebab mereka tahu keyword berkenaan kereta senang bawa masuk trafik yang banyak..

Jadi apa yang saya nak cerita di sini, selitkan post-post yang mampu bawa masuk trafik yang banyak ke dalam blog anda, nescaya nak dapat pageview yang tinggi pada setiap bulan memang mudah.. :)

Great piece of entry... thanks

Tahniah...satu usaha yg gigih..susah2 dahulu..kemanisan akan dtg kemuadian..thanks for sharing...:-) semofa anda trs berjaya..amin..

Terima kasih atas panduan. insyallah sedaya upaya cuba menghasilkan entry yang terbaik.

Memang selalu rujuk tips blogging dan SEO melalui blog En.HH ni. Terima kasih ye.

sangat bangga dengan blog abg HH nih. teringin mengikut jejak langkah blog abg HH nih. insyaAllah satu hari nanti. ^_^

tahniah bro, mudahan terus maju. memang hebat ni....

Ya, betul cakap abang HH. Bukan senang nak maintain pageview kalau tak ada ilham dan semangat.

terima kasih tuan hasrol, penuh kata semangat dan berinspirasi

Tahniah Abg HH..semoga terus maju..suka semangat macam ni.dah masukkan dalam bloglist :)

Tuan HH jangan terlalu merendah diri kerana tuan lebih hebat dr kami yg lagi langsung takde siapa yg nak pandang, takde beratus ribu visitor, takde nak review,takde beribu follower, takde nak letak di bloglist malah tak dikenali langsung. HH sudah berjaya membina reputasi dan kejayaan demi kejayaan mula bertandang hasil dari kerja keras HH sendiri... HH telah menjadi sumber inspirasi...
Semoga HH terus maju jaya dan diberkati...

wah rendahnya bounce rate. teringin nak macam tu jugak. bounce rate sy masih tinggi. uv dan pv saya turun naik. url blog hh sentiasa ada bloglist sy. link penuh ilmu tu. rugi x letak.

Terbaiklah abang HH! Bilalah ena dapat merasai PV sebegitu.. urrrgghhhhhh.. Teringin sangat sangat!

'usaha tangga kejayaan'. Formula untuk orang-orang yang nak berjaya

huhu...
xmampu nk capai pageview mcm tu..
xpe la.. xkisah sgt.. y penting just nk simpan memori utk anak..

aku pun memang jadikan bro sebagai rujukan semas anak bina blog aku

Sebagai seorang blogger yang baru di dunia blogging ini saya pribadi banyak belajar dari blog hasrulhassan.com ini.
Walau tidak selalu memberikan komentar akan tetapi saya juga belajar dan menjadi silent rider pula di sini.

Terima kasih banyak telah berbagi banyak ilmu mengenai dunia blogging di sini

nak naik bukan mudah tapi nak turun senang je :)

Allah Maha Besar, terima kasih .. alhamdulillah kerana Hanya ALLAH S.W.T sahaja memungkinkan semua itu berlaku.

Terima kasih atas doa yang diberikan. Saya juga berharap apa yang dicapai ini akan jadi pendorong untuk blogger lain juga. Almaklumlah blogger sekarang susah nak compete dgn blogger yang dah popular.

Kehebatan SEO untuk blogger yang tidak popular .... :)

Terima kasih Abu Zaini ... saya harap perkongsian ini bermanfaat buat sedara.

Amin. Terima kasih atas doa yang diberikan.

Boleh. Yang naik akan turun, yang datang akan pergi. Fyna juga akan ada kesempatan tersebut.

Ohh terima kasih banyak-banyak, semoga semangat yang ada pada diri saya ini berjangkit menerusi bloglist nanti .. hehehe

Saya mengharapkan apa yang saya buat diredhai Allah S.W.T.

Dan saya nampak blog BL makin mantap dari sehari ke sehari ...

fuhh..200k. mantap tuan HH. moga semua ilmu yang dikongsi akan terus bermanfaat buat pengunjung spt kami. :)

wahh mantap betul trafik bro. tp saya tahu disebalaik trafik tinggi ini adalah kerajinan buat entry yang kerap dan banyak, betul x, bab 5 ribu entry tu memang bebetul x leh lawan la, banyak betul bro tulis artikel

Alhamdulillah, trafik ini bukan pengukur kejayaan sesebuah blog .. ada ukuran lebih bermakna selain hanya trafik blog.

Saya buat apa yang saya suka .. :) iaitu menulis ... bila tulisan itu mengguris dan ada yang minta saya padam, saya akan padam...

Betul tu... kena rajin usaha, iltizam untuk dapat pageview macam tu. hati dan semangat kena kental.

Nak maintain page 200K sebulan memang payah tahniah buat tuan Hasrul Hassan,semoga terus maju jaya..

Terima kasih banyak-banyak, semoga momentum ini terus terusan ada ...

usaha yg patut di contohi kan bro HH...kerajinan...iltizam..daya motivasi..rupanya sgt ptg. sy irihati dgn bro HH...insyallah akan bljr dr setiap yg d kongsikn d blog bro...


EmoticonEmoticon