Langkau ke kandungan utama

Cara Letakkan Watermark Pada Gambar Guna PhotoScape

Saya nak kongsikan cara letakkan watermark pada gambar menggunakan PhotoScape. Saya faham ramai yang ingin tahu mengenai cara meletakkan watermark pada gambar, apatah lagi bila sudah tahu akan kepentingan meletakkan watermark pada gambar ini.

Blogger yang sering kongsikan gambar menerusi blog termasuk juga di laman sosial yang lain sepatutnya gunakan pendekata ini, iaitu teknik pemilikan bagi memastikan gambar yang dikongsi dan diterbitkan tidak disalah guna dan diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

PhotoScape - Teknik Letakkan Watermark Pada Gambar

PhotoScape adalah salah satu perisian percuma yang boleh anda gunakan untuk meletakkan watermark pada gambar milikan anda. Ia sebuah perisian yang agak baik, dan boleh menjalankan fungsi meletakkan watermark pada lebih dari satu gambar dalam masa serentak. Maka, secara logiknya ia sebuah perisian yang produktif.
Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
Saya sendiri telah menggunakan perisian PhotoScape. Dan pertama kali menggunakannya, saya sudah merasakan ia satu perisian percuma yang cukup bagus untuk letakkan watermark pada gambar milikan sendiri.

Sebelum ini, saya juga menggunakan Photoshop CS3 untuk membuat watermark dan meletakkannya dalam gambar milikan saya. Namun, agak berbeza dengan PhotoScape yang benarkan saya letakkan watermark secara pukal - sekali letak watermark pada sejumlah gambar banyak secara serentak. CS3 hanya bolekan saya letakkan watermark secara manual satu persatu... jadi agak leceh sedikit.

Cara Letakkan Watermark Pada Gambar Menggunakan PhotoScape

Pertama sekali anda perlulah ada perisian PhotoScape. Anda boleh muat turun secara percuma di pautan ini - PhotoScape. Selepas muat turun, ikuti langkah-langkah di bawah ini. Saya akan tunjukkan cara guna PhotoScape untuk letakkan watermark terus kepada lebih daripada 2 gambar secara serentak.
  • Buka perisian PhotoScape di komputer anda. Anda akan nampak paparan seperti di bawah ini. Pilih Batch Editor.
Panduan Blogger - Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
  • Merujuk pada paparan di bawah ini. Pilih direktori yang anda simpan gambar yang mahu anda letakkan watermark, seperti di tunjukkan pada anak panah 1. Bahagian dua iaitu anak panah 2 menunjukan gambar-gambar yang ada di dalam direktori. Pilih gambar dengan klik, dan ia akan muncul di bahagian anak panah 3, dan paparan gambar ditunjukkan di tengah perisian seperti di bawah ini.
Panduan Blogger - Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
  • Dah siap pilih gambar yang mahu diletakkan watermark tadi, lihat pada ruangan tepi seperti ditunjukan di bawah, ada tab Object. Pilih bahagian tersebut. Ada dua pilihan diberikan iaitu Photo dan Text. Jika mahu letakkan watermark seragam pada semua gambar, cuma pilih salah satu, samada mahu letak logo atau teks. Pilih logo anda (jika ada, sebaiknya format *.png) atau gunakan sahaja teks.
Panduan Blogger - Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
  • Sekiranya anda mahu cara mudah, meletakkan watermark teks sudah memadai. Pilih Teks seperti ditunjukkan di bawah ini (anak panah 1), dan satu menu akan keluar untuk ubah teks yang mahu anda letakkan dalam gambar (anak panah 2). Apabila anda taip teks yang menunjukkan pemilikan gambar, contohnya saya letakkan URL blog saya (www.hasrulhassan.com); ia akan muncul pada gambar seperti ditunjukkan pada anak panah 3. Anda boleh ubah jenis tulisan, warna dan sebagainya .. termasulah bebayang pada URL tadi.
Panduan Blogger - Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
  • Klik OK. Dan watermark itu akan kelihatan pada gambar. Anda boleh ubah kedudukan watermark anda tadi di mana-mana tempat yang sesuai, dengan drag atau gunakan fungsi Anchor dalam menu sebelumnya.
  • Bagi membolehkan semua gambar yang telah anda pilih itu diletakkan watermark tadi, klik Convert All, dan in Sha Allah, semua gambar yang telah anda pilih di awal tadi akan ada watermark tadi.
Panduan Blogger - Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
  • Paparan di bawah akan keluar sebaik sahaja selesai watermark diletakkan pada semua gambar yang dipilih. Jika senarai gambar agak banyak, lebih dari 20 atau 30 ... ia akan ambil masa sedikit, kecualilah kalau komputer anda memang spesifikasi khas untuk editing gambar.
Panduan Blogger - Cara Letakkan Watermark Guna PhotoScape
 Dah siap .... semua gambar anda telahpun ada watermark. Amacam? Mudah ke tak? Rasanya PhotoScape ni merupakan antara perisian percuma yang memudahkan anda untuk letakkan watermark pada gambar. Saya yang pertama kali guna pun dah boleh gunakan dan lihat hasil yang saya buat, kurang dalam 1 jam .. hoho ...

Contoh gambar menggunakan PhotoScape untuk perletakkan teknik milikan guna watermark teks dan juga logo di dalam gambar.
Contoh gambar letak watermark guna PhotoScape Batch Editor
Contoh gambar letak watermark guna PhotoScape Batch Editor
Contoh gambar letak watermark guna PhotoScape Batch Editor
Semoga entri ini bermanfaat pada anda. In Sha Allah, saya akan kongsikan cara lain pula. Biar banyak kaedah dan cara, barulah kita menjadi blogger yang berpengetahuan.. ye tak? Pastu .. benda ni boleh diaplikasikan untuk perkara lain juga ... :)

Komen Pembaca ...

  1. thanks sifu sebab share tutorial ni :) sebelum ni saya buat satu-satu letak watermark sebab tak pernah terfikir nak cari cara yang boleh buat sekali banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya pun baru cuba tadi, sib baik ada rakan blogger yang beritahu dalam komen entri sebelum ni ..

      Padam
  2. baru terdetik nak buat tutorial ni hari tu , tengok tengok bro HH dah buat hehe

    BalasPadam
  3. Ok terima kasih tuan...akan saya praktikkan..photoscape ni free software ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni nak marah ni .. kan saya ada beritahu percuma tu .. jemmm tul la ... grrrr

      Padam
  4. wow bestnya jimat masa..selama ni memang mak jemah hanya letak watermark guna hp je..adus rasa ketinggalan zaman plak..yg buat mak jemah rasa tertarik sebab photoscape ni boleh letak watermasrk sekali utk banyak gambar kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sysss jangan bagitahu orang .. saya pun baru tau ni .. ekekekeke

      Padam
  5. Lepas ni boleh guna tips sofu HH..selalu guna photoscape juga tapi x la secanggih details mcm ni..maceh yea :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. terima kasih kembali kerana sudi baca blog saya dan jadikan ia panduan buat blogger Malaysia.

      Padam
  6. photoscape ni banyak fungsinya dan terbaik untuk editing.

    BalasPadam
  7. Thanks Bro HH ..Sudi berkongsi info ..TERBAIK !!!

    BalasPadam
  8. Ena pun letak watermark guna photoscape juga.. hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm mudah je kan guna Photoscape ni?

      Padam
  9. dah lama saya tak guna photoscape ni..lebih senang guna paint..hehe. sebab nak cepat

    BalasPadam
  10. oohh senang gitu. Selalu guna Photoshop je :D

    BalasPadam
  11. terbaik nyer software..selalu guna untuk buh watermark, screenshot, buat banner kelip2.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. saya guna CS3 .. bling blinkkkk ....

      Padam
  12. assalamualaikum hh...perkongsian yg baik juga...boleh x kalau kita letakkn watermark tu ditengah2...supaya gambar kita x dicuri...:)

    BalasPadam
  13. Assalam. Thanks Abg.HH for dis tutorial. Memang senang nak faham & praktik!

    BalasPadam
  14. Ya Allah terima kasih encik hasrul... sagt membantu.... especially yang nak letak watermark photo tu...

    BalasPadam
  15. saya baru je diperkenalkan kepada photoscape nie oleh seorang kawan. masih bertatih2 lagi nak guna, tapi so far puashati dengan hasilnya. terima kasih ya, kongsikan tips nie. taktau pulak boleh buat watermark secara pukal. :D

    BalasPadam
  16. Memang dah lama saya gunakan photoscape ini brader HH.Ingat dah 6 tahun.Ia bukan setakat utk watermark tetapi boleh mengedit utk mendapatkan efek khas yg lain.Toolnyer pun mudah digunakan.Gambar2x yg saya letakkan dalam blog ini pun memang menggunakan photoscape ini.Blogger lain boleh mencubanya.Terbaik entri brader HH.Apasal tak terpikir dulu utk buat entri ttg photoscape ni..°Heh3x

    BalasPadam
  17. wah menarik tu... saya selalu guna photoscape nhe ...

    BalasPadam
  18. entri terbaek nih...!! saya memang tercari-cari software apa yang boleh buat saya letak watermark untuk semua gambar... kalau guna CS5 pon boleh juga sbnrnya... tapi macam leceh pulak.. yg ni nmpk macam senang... hehehe....

    BalasPadam
  19. wah, selama ni saya buat secara manual sahaja..lepas ni bolehlah buat macam tips tuan ni

    BalasPadam
  20. Thanks for sharing. Tutorial ni memang berguna sekali

    BalasPadam
  21. macam mana nak masukkan gambar muka tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buat watermark guna gambar mukalah .. edit satu gambar muka anda, dan jadikan ia dalam format png dengan latar telus, kemudian add seperti di atas

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.