Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit online dalam banyak cara. Ada 10 cara blogger buat duit online.

Blogger buat duit online. Tajuk ini memang saya suka tulis, walaupun ada yang tak suka baca. Biasalah tu, lain orang, lain minat dia. Almaklumlah, dalam dunia blog Malaysia ini ada pelbagai rencah blogger yang juga adalah manusia. Masing-masing ada pendapat sendiri. Saya, adalah kategori blogger yang suka bercerita tentang blog, sebab bloglah dunia saya sekarang. Dan blog ialah tempat saya cari income. Saya merupakan kategori blogger yang buat duit online.

Bila sebut pasal blogger buat duit online, perkara yang banyak ditanya oleh orang ialah bagaimana blogger tu buat duit dan jana income? Ok. Dalam entri ini, saya akan tulis secara ringkas dan jelaskan bagaimana saya sebagai blogger buat duit secara online.

Blogger Buat Duit Online

Bagaimana Blogger Buat Duit Online
Ini pengalaman saya, bukan cedok dari mana-mana. Memang saya ada bukti income daripada sumber-sumber yang akan saya nyatakan. In Sha Allah, saya akan turut kongsikan sedikit beberapa tips mudah ringkas untuk buat duit online ini, khas dan khusus buat blogger Malaysia (dalam apa jua platform sekalipun). Walaupun sebelum ini ada pakar buat duit online dah dedahkan kepada semua..

10 Cara Blogger Buat Duit Online

Blogger boleh buat duit online menerusi cara-cara berikut:

Meletakkan Banner Medium Pengiklanan

Blogger boleh letakkan banner medium pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang, Innity, Komli, H12, Media White, PopupAds, Geniee, SwitchAds, Advertlets dan banyak lagi di dalam blog. Bagi saya, saya suka letakkan 2 medium iklan yang berasingan di dalam sesebuah blog. Antara cadagan saya ialah:
  • Adsense + Nuffnang (tak jejas Gliteratti)
  • Adsense + Komli
  • Adsense + Innity
  • Komli + SwitchAds
  • Komli + Innity
  • Komli + H12
  • Nuffnang + h12
  • Nuffnang + PopupAds
Bagaimana Blogger Buat Duit Online
Elakan lebih daripada dua, sebab ia akan memberatkan blog dan memberikan pengalaman tak berapa seronok kepada pengunjung blog. Dan jenis dan bentuk banner juga penting supaya ia tidak nampak tidak ketahuan di dalam blog. Banner ini perlu disusun dan dipilih ikut kesesuaian blog. Sangat penting untuk memilih kedudukan dan jenis banner supaya ia benar-benar boleh berikan income yang baik.

Blogger buat duit online menerusi banner iklan medium pengiklanan perlu ada trafik tinggi, baru income yang dapat lumayan.

Meletakkan Banner Affiliate

Ini merupakan salah satu cara blogger buat duit online dengan lumayan. Kenapa lumayan? Ini bersandarkan kepada komisen yang diberikan. Ada produk affiliate yang membayar komisen sangat tinggi sehingga 60-70% dari hasil jualan. Namun, kebanyakkan produk affiliate akan bayar komisen antara 40%-50% daripada harga produk.
tips buat duit online menerusi blog
Dengan meletakkan banner, anda akan promosikan produk tersebut di blog. Bila ada pengunjung klik, dan membeli produk berkenaan, anda akan terima komisen. Komisen dibayar mengikut terma dan syarat tertentu oleh pemilik produk. Ada yang bayar sehari selepas jualan dibuat. Ada yang kena tunggu 2 minggu. Ada yang kena tunggu hujung bulan. Ada yang membayar bila dah sampai satu had tertentu. Kebanyakkan komisen dibayar terus ke akaun bank; jadi ia cepat jika nak dibandingkan dengan bayaran menerusi cek. Ada juga komisen dibayar menerusi PayPal.

Menulis Mengenai Produk Affiliate

Ini salah satu teknik jana income menerusi affiliate. Saya ada berikan beberapa tips mengenainya. Salah satu yang saya sering gunakan ialah teknik kapel - iaitu anda tulis, dan anda letak banner. Ia merupakan salah satu teknik yang pada saya agak berkesan untuk mendapatkan jualan serta komisen affiliate. Untuk jana income lebih baik menerusi affiliate menggunakan cara ini, anda perlu belajar mengenai SEO dan SERP.
blogger buat duit online menerusi affiliate

Buat Duit Online Menerusi Platform ChurpChurp dan 8Share

Saya rasa ramai blogger yang tahu mengenai dua platform ini. Ia merupakan platform perkongsian informasi dan promosi yang secara amnya menggunakan laman sosial. Tetapi bagi saya, ia sebenar tidak terbatas untuk media sosial sahaja. Jika anda ada blog, anda boleh buat duit dan jana income menerusi perkongsian tersebut di blog anda.

Anda akan dapat komisen klik. Ini bermakna, sesiapa yang klik pautan perkongsian itu, anda akan dibayar sebanyak RM0.20; dan kadangkala sehingga RM10.00 untuk satu klik.

Boleh tengok income saya menerusi platform ini di sini - Pembayaran Income Kedua 8Share

Blogger Buat Duit Online Menerusi Sewaan Tapak Banner

Ramai blogger buat cara ini. Ada yang menawarkan serendah RM5 sebulan untuk pengiklan yang berminat nak letakkan banner iklan di blog. Ada pula sehingga RM300-500 untuk tapak iklan tersebut. Harga sewaan yang ditawarkan bergantung kepada kelebihan yang ada di blog tersebut.
Cara blogger jana income blog
Ini antara income lumayan yang boleh dijana oleh blogger; tetapi agak sukar untuk dapatkan. Hanya blog-blog terpilih dengan kekuatan tertentu sahaja yang sering mendapat perhatian daripada pengiklan untuk sewa tapak iklan berbentuk banner.

Selalunya pengiklan mahu beriklan pada blog yang ada trafik cukup baik, dan ada pengaruh tertentu.

Buat Duit Menerusi Penulisan Berbentuk Advertorial

Ini paling saya suka, sebab ia berkaitan dengan minat saya yang suka menulis, dan juga suka mengulas sesuatu. Ramai juga blogger yang hasilkan income lumayan menerusi penulisan advertorial ini. Malah, pengiklan juga suka dengan cara pengiklanan seperti ini. Blogger boleh dibayar sehingga RM1000 untuk satu post, malah blogger boleh dapat banyak benda lain hasil sebuah penulisan advertorial yang baik. Saya ada cerita mengenai teknik ini dalam beberapa post blog saya.
buat duit dengan blog menerusi advertorial
Jika mahu dapatkan pengiklan atau sesiapa sahaja bayar anda untuk tulis sebuah entri advertorial, pertama sekali anda perlu mantapkan cara penyampaian di dalam blog. Anda kena buktikan bahawa entri yang anda tulis boleh beri impak positif pada pengiklan. Impak tersebut:
  • Naikkan jumlah Like FB Page (jika ada)
  • Naikkan trafik blog niaga (jika ada)
  • Hasilkan jualan untuk pengiklan
  • Hasilkan tempahan untuk pengiklan
  • Dapatkan list pelanggan untuk pengiklan
  • Perkenalkan jenama dan produk di SERP enjin carian
  • Naikkan PR blog pengiklan dan kedudukannya di enjin carian
  • Jumlah Like, Share, G+ dan Tweet entri tersebut tinggi
  • Orang komen mengenai entri, produk atau jenama berkenaan.
  • Trafik entri tersebut tinggi

Buat Duit Jual Produk Sendiri Secara Online

Ini mudah. Anda buat blog dan niagakan produk anda sendiri menerusi blog itu. Atau dengan kata lain, anda wujudkan blog niaga anda sendiri. Ramai blogger buat cara ini. Macam-macam boleh dijual secara online, menerusi blog. Anda malah boleh jual sebuah kereta dengan blog!

Anda ada produk, anda mesti mahir dengan produk tersebut. Selepas dah mahir, buat satu blog yang hanya ceritakan mengenai produk itu sahaja. Jadikan anda pakar mengenainya. Bila dah pakar, sudah ada 'jenama' sendiri, maka anda boleh pelbagaikan pula produk anda menerusi blog yang lain pula.

Jika tak ada produk, anda boleh cipta sendiri. Ada banyak produk yang mudah untuk anda cipta; dan yang paling ramai blogger buat ialah ebook! Ebook mudah. Hanya gunakan Microsoft Word, dan Adobe Distiller, anda sudah boleh cipta sebuah isi kandungan blog. Cover ebook pun dah mudah nak buat, guna script tertentu menerusi CS3, dalam masa tak sampai 10 minit dah boleh buat cover ebook yang nampak pro.

Buat Duit Dengan Menyertai Kontes dan Giveaway

Ini antara cara paling mudah nak buat duit online dengan blog. Saya sendiri dah pernah menang banyak kontest dan giveaway online. Saya pernah menang iPad Mini, menang tiket wayang, dapat produk, dapat wang tunai dan macam-macam lagi.
cara dapat duit online menerusi contest (kontest) dan giveaway
Caranya ialah menyertai kontes oleh mana-mana penganjur; yang selalunya akan minta blogger menulis sebuah entri. Dengan penulisan yang bagus, dan beberapa teknik tertentu, anda boleh menang hadiah macam-macam termasuklah wang tunai dengan kontes dan giveaway. Saya kira ini juga termasuk dalam income blog. Saya pernah menang wang tunai RM500 untuk satu entri menerusi satu kontest SEO. Ada kontest yang saya menang RM350 iaitu menerusi Kontest SEO Eridy, dan ada yang menang RM150.

Buat Duit Jual Servis Sendiri

Ramai juga blogger yang jual servis sendiri di blog. Saya pun pernah jual servis SEO untuk blogspot. Ada beberapa blog yang saya telah ubahsuai dan terapkan teknik SEO di dalam template blogspot. Saya kenakan caj antara RM50-RM300 untuk servis saya ini. Memang lumayan, cuma saya dah tak buat memandangkan ia banyak ambil masa dan tenaga saya.
Buat duit online jual produk dan servis
Ada blogger yang jual servis buat header di blog. Ada juga yang jual servis seperti naikkan FB page likes, dan macam-macam lagi. Jika anda ada kepakaran tertentu, boleh jual servis anda menerusi blog.

Banyak Lagi Cara Blogger Buat Duit Online

Ok. Rasanya dah cukup panjang saya tulis mengenai blogger buat duit online ini. Sebenarnya ada banyak lagi cara, tetapi sebab dah nak macam novel dah entri ini, maka saya berhenti setakat sini sahaja. Saya boleh katakan blogger yang buat duit online ini seperti mempunyai bisnes sendiri tanpa modal. Tanpa modal sebab anda sebagai blogger boleh ada bisnes hanya menggunakan platform percuma sahaja. Daftar affiliate adalah percuma, anda jual servis di dalam blog juga guna blog percuma. Letakkan banner medium pengiklanan juga percuma. Anda blogger buat duit online segalanya dari sumber percuma!


Entri ini ditulis adalah sebagai penuhi syarat kontest Cabaran iPhone 5s Peringkat Ketiga yang menampilkan sebanyak 70 blog/blogger terpilih bagi meneruskan cabaran. Ia merupakan kontest dianjurkan oleh Denaihati.com dan ditaja oleh:
Denaihati.com

Penaja Utama - http://amariman.com
Penaja Individu




  • http://www.ombakcreatives.com
  • http://ejamothman.com
  • http://www.eridy.com
  • http://www.hilalazmi.com
  • http://www.eizil.com
  • http://www.asamboi.my
  • http://www.diarymama.com
  • http://pendekarberkuda.org
  • http://www.saji.my
  • http://abangensem.com
  • http://www.enveeus.com
  • http://www.pakarniaga.com
  • http://anarm.net
  • http://www.daddydee.net
  • http://www.sunshinekelly.com
  • http://sweetkurma.com
  • http://awn.my
  • http://mawarmerah2008.com
  • http://www.blogieta.com
  • http://www.broframestone.com
  • http://www.akmaomar.com
  • http://khairilmazri.com
  • http://wowberita.org/
  • Japan Budget Trip


    1. COMMENTS

      BLOGGER: 53
      Loading...
      Name

      #Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,366,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,291,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,52,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,277,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,338,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,487,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
      ltr
      item
      Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Blogger Buat Duit Online
      Blogger Buat Duit Online
      Blogger buat duit online dalam banyak cara. Ada 10 cara blogger buat duit online.
      https://2.bp.blogspot.com/-Y1rVBFLMKJ0/VFW6qwJjfhI/AAAAAAAA8B0/H0vXoCg6eGo/s1600/bagaimana-blogger-buat-duit-online.jpg
      https://2.bp.blogspot.com/-Y1rVBFLMKJ0/VFW6qwJjfhI/AAAAAAAA8B0/H0vXoCg6eGo/s72-c/bagaimana-blogger-buat-duit-online.jpg
      Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
      http://www.hasrulhassan.com/2014/11/blogger-buat-duit-online.html
      http://www.hasrulhassan.com/
      http://www.hasrulhassan.com/
      http://www.hasrulhassan.com/2014/11/blogger-buat-duit-online.html
      true
      1039913750360806682
      UTF-8
      Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy