Langkau ke kandungan utama
Ramadan 2017 Promo

'Berapa Jumlah Follower Blog Hang?' ...Tanya Yeop

"Berapa jumlah follower blog hang?" tanya seorang rakan yang sama-sama menggemari nasi lemak di Kedai Pak Mat Kerang, Parit Buntar. Dia hairan kenapa saya menulis blog, dia hairan apa yang saya dapat dengan berblog. Saya tak mahu cerita pada dia yang berblog boleh buat duit, sebab nanti dia pi balik rumah terus buat blog sebab kerana duit. Jadi.... apa jawapan saya bila ditanya begitu?

"Ntah, tak berapa sangat .." kata saya.
"Abis tu? seronok sangat ke berblog ni?" tanya dia.
"Aku suka menulis Yeop ... aku suka nak cerita sesuatu .. aku suka nak bagitahu apa yang aku tahu" kata saya lagi.
"Abis tu .. yang hang tak mintak jadi cikgu pasai pa?" soal dia lagi.
"Ishh tak leh la jadi cikgu .... sebab aku mudah marah kalau orang tak faham ... aku tulis blog ni susah sikit aku nak marah orang ..."
"Tapi itulah .. aku nak tahu la .. ramai tak follower blog hang? aku tengok banyak blog popular tu puluh-puluh ribu follower blog depa .. hang tak nak jadi cam depa ka?" tanya Yeop lagi.
"Hahaha... Yeop, aku bukan nak jadi popular terkenal .. bukan nak kumpul follower .. aku nak orang baca apa aku sampaikan je ..."
"Eleh .. poyo la hang ni .. ntah-ntah kalau dapat masuk TV mesti kinja je suruh orang follow blog hang .. aku tau la hang ni ..." celoteh Yeop lagi.
"Hmmm in Sha Allah, aku cuba elak benda tu ... dunia popular .. dunia glamor gitu bukan akulah"
"Pelik la hang ni .... " kata dia lagi.

Blog Saya Memang Tak Ramai Follower

Blog saya memang tak ramai follower, malah saya dah tak letak pun widget follower dalam blogspot saya ni. Saya letak pun kadangkala je, sekadar nak impress pengiklan yang hendakkan benda tu.
Berapa jumlah follower blog penting atau tidak?

Saya ada terbaca dalam sebuah blog yang penulisnya memang humble, tapi blognya sangat bermanfaat buat saya. Dia kata .. "Apa ada pada follower jika yang follow tu tak baca pun blog kamu." .... "Daripada kamu letak widget follower itu, baik kamu letak widget subscription tu .. itu lebih bagus dari widget follower .." "Widget tu paling tidak kamu tahu bahawa ada yang bersungguh mahu baca blog kamu.."

Saya faham apa maksud dia.

Ada blog carilah pembaca, bukan cari follower. Follower hanya angka yang mungkin boleh memperdaya, tetapi pembaca ... dalam diam diam mereka hayati apa yang anda cerita.

Erkkk ... "HH cakap gitu sebab blog HH follower ciput .. jadi memanglah ... tak suka kami ni cari follower ...kan kan ... ?"

Nak cari follower carilah. Dalam satu aspek ia bagus juga untuk blog. Kan saya pernah cerita mengenai pengaruh nombor? Kan saya ada cerita bagaimana jumlah follower itu akan menarik minat orang nak beriklan di blog anda?

Saya tak larang pun cuma memberikan anda pilihan apa yang terbaik untuk blog. Itu sahaja.

Saya dulu pun kemaruk gak mencari follower ni. Nak lawan blogger lain yang gah nama dan popular. Tapi dalam hati saya... saya tak mahu popular, biarlah blog saya ini yang dipopularkan, biar mereka yang baca blog saya jadi popular.

Saya dah tua. Populariti bukan perkara yang saya cari menerusi blog. Itu bukan matlamat saya.

Komen Pembaca ...

  1. Selamat blog gua tak ramai follower, tapi alhamdulillah ada pembaca... Walaupun tak tahu benda merapu apa yang mereka baca dengan blog gua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada awek ramai dalam blog lu ....

      Padam
  2. Betul tu HH, tapi follower blog HH ramai jugak tu, femes kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Femes? Seangkatan dengan saya dah ada puluh ribu dah .. blog saya tak cecah 5 ribu pun

      Padam
  3. Betul tu. Follower ramai hanyalah bonus. Tapi kalau ramai pengikut, yang baca dan komen pon seciput buat apa. Yg penting pembaca setia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan bagi saya .. baca, dapat ilmu, dan amal .. :)

      Padam
  4. dulu awai2 berblog memang kejar followwe.. bila ada ilmu ckit dri pembacaan blog2 lain.. dh xkejar sgt dh...

    BalasPadam
  5. tu le yang aku pelik, ramai gak yang duk kejar follower..hurm..aku berblogging matlamat nak dapatkan sales dari affiliate dan juga berkongsi dengan pembaca blog..kalau follower berjuta sekali pun kalau tak mampu nak pengaruh pembaca ke arah kebaikan atau memberi manfaat kepada orang lain, tak guna juga kan.

    aku pun tak bape paham sangat pasal follower ni, adakah sesape yang ada blog dengan blogger.com je yang boleh follow memfollow ni?tiap kali nak tengok follower tu kena login eh?hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee.. jangan memarah bang. Bukan semua pembaca, pengunjung dan blogger fikir gitu dan tahu mengenainya. Jadi, apa yang aku tulis ni setidaknya bolehlah selit2 sikit dan mengatakan ia tidak penting!

      Padam
  6. ayat last sekali tu macam tak kena je, bro muda lagi lah, life begin at 40....heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm 40 .. rasa lambat lagi nak 40 tahun tu .. hehehehee :P

      Padam
  7. Tak letak follower tak semestinya tak ada follower.Saya add reading list sebagai cara mengikuti blog kegemaran saya.Tapi,saya masih perlukan ruang follower untuk mendapatkan sedikit semangat untuk diri sendiri.Tidaklah terasa kita kini bersendirian di ruang ini.

    BalasPadam
  8. Tengok muka macam masih muda lagi bro HH. Apa petua awet muda bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petua awet muda ialah mempunyai isteri yang taat pada agama.

      Padam
  9. Hehe..4K ++ tak ramai? Hehe dah ramai le.. itu le pandangan saya dari pihak yang langsung tak ramai follower ni... ingat bro, life start at 40...

    BalasPadam
    Balasan
    1. follower 4K dari tahun 2010 ... hoho ... setahun 1K ... hmm ramai ke? Apapun terima kasih pada yang dah follow.

      Padam
  10. Follower den ciput je.... Kesian den...

    BalasPadam
  11. tak ramai follower tapi banyak info dan pengetahuan yang kita dapat......

    BalasPadam
  12. pendek kata, tulis dan kongsilah info yang bermanfaat :) akan dapat ramai pembaca dan follower...insyaAllah

    BalasPadam
  13. saya pun tak ramai follower, tapi Alhamdulillah ada yg setia dtg baca apa yg kita tulis.

    Err..saya dah baca bebebrapa teknik buat duit tu, tapi masih kurang faham, rasa mcm nak giveup je..:(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.