Bagaimana Nak Berjaya Dalam Perniagaan Internet Cara Irfan Khairi?

Irfan Khairi. Bukan nama asing lagi dalam dunia online, terutama dalam perniagaan internet. Irfan Khairi adalah antara mentor dan pencetus saya untuk berniaga di internet. Irfan Khairi adalah yang menjadi sumber ilham saya untuk menjana income menerusi blog.

Semasa saya bekerja di USM Transkerian, saya tahu dan sedar bahawa jawatan saya bukan kekal. Taraf jawatan sementara je, 10 tahun saya bekerja dengan USM, sejak ia berada di Tronoh lagi. Pergi kerja naik dua buah bas henti-henti, walhal kalau tengok slip gaji, jawatan saya ada tulis pegawai. Pegawai sementara... hahaha....
Bagaimana Nak Berjaya Perniagaan Internet Cara Irfan Khairi?
Tahun 2006. Saya beli buku Irfan Khairi. Saya baca, saya fahamkan, saya mula pasang niat untuk mencari jalan bersedia sekiranya saya sudah tidak lagi dapat disambung kontrak kerja. Sebab saya sukakan internet, dan sebab saya ada latar belakang belajar mengenai komputer; maka saya pilih jalan untuk berjaya di dalam perniagaan internet.

Awal ada hasil. Tapi lama-lama tak kenal lama. Saya berjaya buat duit menerusi promosi online perniagaan top up, satu produk MLM. Malah, saya telah terbitkan sebuah ebook mengenai produk tersebut.

Lepas tu, saya mula bergiat dalam affiliate, satu bentuk cabang perniagaan tanpa modal yang ramai dah berjaya buat duit menerusinya.

Gagal.

Kemudian, saya cari produk fizikal untuk dijual. Saya buat blog untuk niaga. Juga gagal.

Tak jalan. Tak ada hasil.

Jadi, apa salah dan silap saya?

Bagaimana Nak Berjaya Perniagaan Internet Cara Irfan Khairi?

Maka anda perlu tonton video di bawah ini.


Video ini baru diterbitkan tahun 2014, tetapi telah menunjukkan kepada saya apa yang telah saya buat silap pada tahun 2006 .... 2007 .... dan memang benar apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi dalam video di atas. Saya tak nafikan. Dan saya harap anda tidak melakukan perkara yang sama telah saya lakukan.

Jika anda tonton video di atas dari awal hingga akhir, ada beberapa tips yang dikongsikan oleh Irfan Khairi bagaimana nak berjaya di dalam perniagaan internet.

Dan jika boleh cari buku di atas tulisan Irfan Khairi, belilah untuk peroleh banyak ilmu di dalamnya ....
Bagaimana Nak Berjaya Perniagaan Internet Cara Irfan Khairi?

Semoga bermanfaat.

{ 13 comments.. read them below or add one }

MNH SASTERA MELAYU MNH SASTERA MELAYU November 04, 2014
kalau abang Hasrul pun berkali kali gagal, apatah lagi saya yang baru join perniagaan internet ni. baca entri ni baru saya tahu, abang bukan terus berjaya masa ceburi perniagaan internet awal awal dahulu. saya termotivasi baca entri ni dan ingin terus berjaya macam abang. :)
Ikhwan Fahmi Ikhwan Fahmi November 04, 2014
Gagal adalah tiket kepada kejayaan, saya juga banyak kali gagal sebelum berjaya. 3 tahun bereksperimen dengan bisnes online barulah dapat bertahan :)
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin November 04, 2014
Masa belajar dulu saya bertuah sebab IK ni kawan kepada lecturer sy dan dia dtg bagi talk untuk kami.. walaupun hanya 1 jam 30 minit tp banyak ilmu yang dikongsikan.. sejak tu.. saya mula sedar yang dunia internet banyak kelebihannya.. boleh buat duit.!
Denaihati Denaihati November 04, 2014
banyak pengisian dari video ni yg mesti dipraktikan. terima perkongsiannya bro.
Daddy Ziyyad Daddy Ziyyad November 04, 2014
Gagal ialah jalan menuju kejayaan..
Saya pun nak ceburi bidang ini...masih bertatih tatih..
Insya Allah ada lapang masa, saya akan tgk video tu, dan akan beli buku Irfan
Wira Merah Wira Merah November 04, 2014
Aku banyak kali gagal dalam bisnes internet, dan kini sejak okt 2013, aku cuba bangkit kembali utk meneruskan perjuangan....
Hamidi SP Hamidi SP November 04, 2014
Lamanya IK kongsi rahsia kegagalan pembeli ebook dia kan..hehe
Razis Hamit Razis Hamit November 04, 2014
Irfan khairi seorang mentor terbaik.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 04, 2014
Betul tu. Bila dah merasa gagal baru tahu manis itu rasanya bagaimana.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 04, 2014
Terima kasih, saya terharu atas komen diberikan.
sabree hussin sabree hussin November 04, 2014
"Persiapkan diri dengan pelbagai senjata" sebelum mula mempromosikan sebarang produk supaya kita tak dikalahkan oleh pesaing kita
Ahmad Zawawi Ahmad Zawawi March 14, 2015
Semoga sy juga berjaya kali ini setelah beberapa kali mengalami kegagalan dalam perniagaan..aamiin..
Amzas Collection Amzas Collection June 07, 2015
saya dah byk kali jugak gagal, skrg saya masih cuba hrap tidak gagal, hanya sabar walaupun market amat rendah. perlu cari startegi promosi yang betul. Jalan dah ada mungkin cara yang yang saya guna belum tepat

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.