Bagaimana Menjadi Seorang Blogger Bermaruah?

Terkesan. Saya memang manusia biasa, seorang penulis blog yang adakala membuat cacat dalam menulis entri. Dalam menasihati orang lain, diri sendiri rupanya telah terbabas dan melakukan salah. Saya akui, ada waktu bila emosi dan bisikan iblis dijadikan ikutan, itulah yang berlaku. Memang betullah, bila ketika mahu menulis entri baru, pastikan hati bersih, dan emosi tidak dalam keadaan marah.

Apabila menjadi seorang blogger yang semakin dikenali, rentak dan cara akan dilihat oleh ramai orang. Silap langkah, kena print screen .... jatuh terduduklah tepuk dahi, inilah bahana tersilap salah menulis entri. Tidak rujuk, dan tidak berbukti, main tulis ikut sedap sesuka hati.

Bagaimana Mahu Menjadi Blogger Yang Bermaruah?

Maruah tercalar. Kredibiliti mula hilang. Blog sudah tidak ada pengunjung, komentar pun jadi berkurang. Pengunjung dan pembaca bawa diri jauh-jauh. Pengunjung sudah tidak mahu kekal seperti dulu. Tidak mahu lagi dikaitkan dengan blogger ini yang sudah tidak lagi bermaruah. Ketika sudah menjadi begitu, terlanjak perahu memang boleh diundur, terlajak menulis, terkesan dan diingat orang yang membacanya.

Orang akan lebih ingat kita ni blogger penyebar fitnah daripada blogger yang sering kongsikan kebenaran.
Sikap blogger yang bermaruah
Mahu jadi seorang blogger yang bermaruah? Bacalah entri ini - 6 Sikap Blogger Tidak Bermaruah, dan mungkin anda boleh belajar sesuatu daripada apa yang disampaikan.

Kita sama-sama belajar, kita sama-sama mengingati.

Kita Perlu Saling Ingat Mengingati

Cuba elakkan perkara-perkara yang dibincangkan, dan marilah sama-sama kita menjadi blogger yang memberikan impak positif secara langsung dan tidak langsung. Seperti dinasihati, dek kerana mahu mengejar trafik blog berpuluh ribu sebulan, ada adab dilupai, ada batas dilanggari dan agama yang patut diingati terus tidak diendah lagi.

"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan." (H.R Ahmad)

Siapa kita di dalam dunia blog Malaysia adalah atas kita. Kita yang menulis, kita ada hak untuk kekalkan tulis, ubah penulisan, mahupun memadamnya dari ingatan carian Google. Jalankan tanggungjawab demi kebaikan dunia akhirat, bukan sekadar mahu kaut untung yang kekalnya tidaklah lama.
Cara menjadi blogger bermaruah
Esok lusa, mungkin jadi seperti saya, yang khilafnya terbentang bak sawah saujana mata memandang. Moga Allah S.W.T ampuni saya, dan buat mereka yang terkesan, saya mohon maaf dari lubuk hati dan jiwa, semoga Allah menerima dan redha.

Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al Maidah: 40)

{ 23 comments.. read them below or add one }

Hamidi SP Hamidi SP November 05, 2014
Entri hebat tapi tergantung diawan siber..hehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 05, 2014
Bukan tergantung ... tapi memberikan backlinks ke sebuah entri yang penuh bermanfaat, takkan nak curik idea dan copy paste pula .. ye tak? :P
Fazil Hamid Fazil Hamid November 05, 2014
peringatan yang baik untuk semua blogger...hehehe..
Denaihati Denaihati November 05, 2014
setiap dr kita kena memartabatkan diri sendiri. terima kasih peringatannya bro.
fayreen mizan fayreen mizan November 05, 2014
Terima kasih kerana mengingatkan, bro!
Julia Johari Julia Johari November 05, 2014
Terkesan di hati...terima kasih bro...byk bg nasihat
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid November 05, 2014
penulisan/blog sama seperti kata2 yg keluar dari mulut kita. semuanya akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah kelak. bila fikirkan ini, memang jadi motivasi utk selalu amanah dalam berkongsi info, juga berhati2 memilih perkataan. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 05, 2014
Benar Nor Fauzah, blog tak ada editor, tak ada yang check, kita sendiri yang tulis dan kita sendiri yang terbitkan.
Hakim Zaini Hakim Zaini November 05, 2014
Penulisan yang berbaur fitnah, hasutan, lucah dan sebagainya boleh memberikan impak yang sangat besar pada diri sendiri dan orang lain. Selagi entri seperti itu tidak dibuang, mungkin itulah yang menambahkan dosa dan mungkin juga kekal tanpa kita sendiri sedari. Kena lebih berhati-hati dalam penulisan. Wallahualam.
Khairil Mazri Khairil Mazri November 05, 2014
mudah sangat.

jadilah diri sendiri saja. blog sendiri, bukan blog anda bukan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 05, 2014
Hehehe.. kalau diri sendiri ok, oklah, tapi kalau diri sendiri memang kaki hasad ... jadi diri sendiri boleh bawa bahana gak ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 05, 2014
Saya syorkan bloggr guna nama domain berbayar. Setidaknya ada dua langkah elak - satu padam blog, dan satu lagi biar domain tak berbayar, dan akan automatik terminate akaun, dan pautan pun jadi tidak aktif.
Sukma Haron Sukma Haron November 05, 2014
selalu beringat untuk diri sendiri jugak....
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 05, 2014
InsyaAllah ingin berblog seperti tuan jgak nnati melaui domian berbayo...
akmal rusydi akmal rusydi November 05, 2014
Setiap apa yg kita buat akanndihitung sebagai amalan baik atau buruk hatta menulis dlm blog sekalipun
Nur Razali Nur Razali November 05, 2014
setiap penulisan melambangkan peribadi kite sndiri. Menulis biar ikhlas dari hati dan dapat memberi manfaat pada orang lain juga ;)
Hanny Abdullah Hanny Abdullah November 06, 2014
Sb tu lah org kata mata pena ni lbh tajam dr mulut, sb tu lah kena berhati hati dgn apa yg ditulis. Sb tu lah sis rajin masuk ke sini sb kdg2 penulisan HH menyedarkan sis ttg byk benda...selalunya silap sendiri kita tak sedar..
Qider Qider November 06, 2014
Saya setuju. Cara penulisan blogger juga sebenarnya yang membina audience yang bagaimana. Jika tulis semata gosip, fitnah dan seangkatan dengannya, maka yang datang komen pun membawa unsur yang sama.
Kisahati Wanie Kisahati Wanie March 22, 2015
saya sangat setuju...terima kasih atas peringtan..sebagai manusia biasa kadang-kadang kita terlupa..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.