Awas Laman Web Hina Islam

Awas rakan-rakan, jangan sampai terdedah dan terpedaya dengan laman-laman web hina Islam yang kini semakin banyak dan mudah didapati di internet. Ia semakin menjadi-jadi apabila Islam kini dianggap satu ancaman global. Golongan ini cuba menangguk di air keroh, dan menjadikan situasi semasa di negara-negara Islam bergolak untuk merencanakan rancangan jahat mereka untuk menghina kesucian agama Islam.

Memang tidak dinafikan terdapat kumpulan-kumpulan agama yang agak ekstremis yang menjadikan Islam sebagai tabir 'perjuangan' mereka. Akibat dari tindakan yang agak melampau ini, telah mencetuskan beberapa ketidaksenangan di kalangan masyarakat dunia. Lalu, apa yang berlaku ialah wujudnya golongan yang secara sulit mahupun terang-terangan mengambil kesempatan bagi menyuntik kebencian terhadap Islam itu sendiri.

Dari situ, wujudlah laman-laman web yang menghina Islam.

Awas Laman Web Hina Islam

Ada laman web yang bertopengkan hadith dan ayat Al-Quran sehingga berjaya memperdaya mereka yang mahu mencari kebenaran mengenai Islam.

Ada pula laman web yang memang secara terang-terangan menghina kesucian agama Allah S.W.T ini tanpa selindung, tanpa rasa takut.

Jika anda masih ingat lagi, pernah satu kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Dragon Force telah membuat serangan ke atas beberapa laman web yang dipercayai menghina Islam ini. Sebuah laman web 'Burn The Quran' telah berjaya dilumpuhkan oleh kumpulan penggodam ini sekitar tahun 2012. Laman web tersebut dengan nyata menyediakan satu aplikasi online yang membolehkan pelawat dan pengunjung laman web untuk membakar Al Quran.

Aplikasi Bakar Al Quran Online?

Aplikasi berkenaan menyediakan satu butang bertulis ‘burn it’ di bawah satu paparan gambar senaskhah al-Quran dan gambar berkenaan seolah-olah terbakar setiap kali ditekan. Malah, laman web yang tidak bertanggungjawab itu memaparkan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dengan lukisan kartun tanpa baju!

Rakan blogger menerusi Tetikus.net telah berkongsikan dua laman web yang dipercayai menghina Islam.
Awas Laman Web Hina Islam
Awas Laman Web Hina Islam
Walaupun nampak agak menyakinkan bahawa laman web tersebut seperti memberikan panduan kepada umat Islam mengenai agama suci Allah S.W.T ini, namun setelah diteliti, ada kandungannya yang sangat menyeleweng dan mengelirukan.

Maka, awas wahai rakan, teman dan pengunjung budiman yang beragama Islam, jangan mudah terpedaya dengan nama laman web bernama Islam tetapi di dalamnya penuh artikel dan tajuk yang mengundang bahaya. Jangan diduga lautan dalam jika kail yang ada pada kita cuma panjangnya hanya sejengkal.

Beringat sebelum kena.

Pastikan anda merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab seandainya anda mengesyaki sesebuah laman web itu mempergunakan nama Islam untuk menyeleweng dan mengelirukan umat Islam seluruhnya, terutama sekali di Malaysia.

Adukan kemushkilan, dan buat laporan ke pihak SKMM dan juga Jabatan Agama Islam mahupun JAKIM seandainya anda berasakan syak. Lakukan tanggungjawab anda.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid November 28, 2014
terima kasih di atas perkongsian ini abang HH... salam jumaat...
Sabrina SA Sabrina SA November 28, 2014
macam-macam sekarang ni.. terima kasih abang HH sebab bagi tahu..
Azieera TajulRahim Azieera TajulRahim November 28, 2014
Hisy, bahaya jugak bila medan penulisan jadi tempat menghina Islam. Astaghfirullah...
Etuza Etuza Etuza Etuza November 28, 2014
Asalam HH ya Robbi ada blog begini ya. Risau Etuza ..etuza ni mualaf ...walau dah lama tapi perlukan bimbningan yang kukuh tentang agama. Etuza bersyukur terpilih memeluk agama Allah ini islam Addin kalamullah
blogger lelaki blogger lelaki November 28, 2014
patut masukan perkara seperti dalam kata hasutan jugak
dinsblog dinsblog November 28, 2014
bahaya..kena berjaga-jaga lepas nie...kalau nak belajar better ada guru yg betul...bukan main bacaan dari internet takut tersalah site yg mcm nie.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.