23 November 2014

Akibat Leka Sangat Dengan Blog!

Inilah akibat kerana terlalu leka dengan blog. Saya leka menulis entri, dengan tanpa sedar sesuatu berlaku di dapur. Asap hitam dah kepul-kepul dah. Nampaknya saya lupa sesuatu. Saya lupa yang saya ada merebus daging di dalam periuk. Tidakkkk ..

Hangus periuk yang merebus daging. Nasib baik saya sempat selamatkan daging saya rebus tu dari rentung, kalau tak memang rugilah daging baru beli tak boleh dimasak. Saya memang cadang nak sediakan makan tengahari daging masak kicap, jadi saya rebuslah dulu nak bagi empuk.

Akibat Leka Sangat Dengan Blog!

Hoho .. dok menunggu daging empuk, saya pun duduk depan PC. Memang merangka entri-entri blog yang mahu diterbitkan. Ada beberapa tempahan advertorial yang perlu saya siapkan. Dah lama biarkan, maka tak boleh tidak, saya kena cari bahan dan idea untuk jadikan entri advertorial saya tulis berbaloi kepada pengiklan.

Elok sahaja saya nak susun ayat untuk entri advertorial mengenai jubah moden anggun cantik dari Rana Aswad, tetiba terdengar bunyi pelik di dapur.

Tanpa fikir. Terus berlari anak ke bahagian dapur. Asap hitam kau .....cepat-cepat saya letak air masak dalam periuk yang kehitaman.
akibat leka dengan blogging
Bau hangit menusuk hidung. Saya check daging yang direbus. Alhamdulillah, tidak nampak macam terhangus .. hoho .. leh guna. Jadi, saya pun basuh dengan air. Dan teruskan agenda saya untuk siapkan hidangan resepi Daging Masak Kicap Sempoi guna kicap Jalen.

Siap masak.

Kemudian, saya teringat yang anak sulong saya bukan pengemar daging. Jadi kena sediakan lauk lain. Malas nak fikir banyak, saya goreng ikan je.

Ini hasilnya - Resepi Daging Masak Kicap Jalen Sempoi

Masukkan ikan dalam kuali dengan minyak panas... pastu biar. Saya malas nak hadap. Maka teruskan aktiviti tadi untuk terbitkan entri advertorial.

Nah. Siapa kata pisang tak berbuah dua kali!! Kantoi lagi. Akibat leka sangat dengan blog, ikan goreng saya dah jadi macam kerepok lekor terlebih masak dah. Hangus kau .... padan muka saya .. haha...
Ikan goreng hangus sebab leka dengan blog
Bila dah hangus camni, memang sayalah kena layan ikan ni ... walaupun tak rentung 100 peratus, tapi rasa pahit tu memang terasalah. Rangup ..... memang rangup ... habis gak akhirnya ikan goreng hangus berasap ni .. adeh.

Pengajaran Penting

Jadi, pengajarannya.... bila berblog jangan sesekali buat perkara lain yang boleh datang mudarat kalau tak beri perhatian; contohnya memasak. Jika sedang memasak di dapur, elak-elakkan diri ngadap komputer, ngadap blog .. malah ngadap laman sosial seperti facebook pun tak boleh. Kalau tidak jadilah macam saya yang leka sangat dengan blog!

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

29 Komen Akibat Leka Sangat Dengan Blog!

bab masakan rentung ni pernah juga berlaku pada mak jemah, bila rebus sesuatu sampai masa tengok dah kering airnya hehehe. sebab tu sekarang ni berhati-hati sikit dah takkan tinggalkan dapur, kalau nak buat kerja pun angkut je handphone atau lappy ke meja dapur, senang sikit nak pantau:)

Asalam ..hahaha alamak, ambil iktibar kan dari apa yang berlaku...terbaik entry beri motivasi juga ni

Ok insaf lepas ni kena setel semua baru update blog hehe...

Jangan biarkan blog melalaikan anda. Itulah moral ceritanya.

bleh plak layan blog masa tengah masak..aiyokk

nasib baik boleh selamatkan lagi

Haha...dia kali kau..hahaha..APA boleh Buat..memang leka bila tulis artikel Dan bhan adv..hehe

ish3xx.....Bahaya tu HH....

heheeheh sedap pe sekali sekala makan lauk perasa hangus hehehe
http://enyyusnizar.blogspot.com/

Hishh...ape nak jadi ni, jangan diturunkan ilmu ni kat anak2 sudah...hahaha

Tak pernah lagi sampai macam ni. Haha ;D

ahahaha... same la mummy pun.. bhya btul la leka berblog ni.. skrg mmg tak bt keje smbil mengadap blog la.. paling koman pun tadah air filter je.. tp mmg leka jgk... berjam2 tinggal tak tutup. ahakss

Hoho, saya tak berani nak bawak sampai ke dapur Mak Jemah ... :)

Hoho .. memang tgh layan blog, tapi rasa nak masak, tu yg masak tu.

haha.. ikan tu garingg je ..

Hmm kena buat entri nasihat lain ni .. banyak dah blogger kantoi leka dengan blog.

Hahaha yang penting makanan tak hangus sesangat ahaha

Hahahaa.. dua kali ... memang kena rotan dah ni.

Boleh makan, makan je. Tak elok buat rezeki dan buang atas sebab lalai sendiri.

Moral of the story >> blogging di dapur time memasak hehehe

aedh bro..pisang berbuah dua kali tu...kena standby satu laptop dekat dapur satu bro..hahaha

Ok... dapat resepi baru... daging masak kicap jalen periuk hitam... ikan goreng hangus berasap... :P

antara resepi yang terbaru... mihmihmih....

Internet selalu saja melekakan. Bahaya!

kena pasang loceng timer kag macam ni...heeeee. nasib baik boleh makan lagi...

Alhamdulillah tak jadi ape2...kalau terbako tu...lagi haru tuan HH..

kenapa tak berani abg HH?? letak kat meja dapur kn boleh?? - kedaionlinemy.com

Hoho .. rumah saya kecik je .. mana muat semua2 tu ..

ok la tu... ikan rentung, rasa pahit2 sikit.. sedap... ihihh


EmoticonEmoticon