AFF Suzuki Cup 2014 - Kedudukan mata dan keputusan terkini perlawanan bagi setiap kumpulan pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2014 diupdate. Pasti ramai peminat bolasepak nusantara mahu mengetahui kedudukan mata terkini kumpulan A dan kumpulan B pasukan bertanding di dalam pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2014.

Pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2014 membabitkan lapan pasukan. Ia terbahagi kepada dua kumpulan.

  • Kumpulan A - Filipina, Indonesia, Vietnam dan Laos.
  • Kumpulan B - Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar.

AFF Suzuki Cup 2014 - Keputusan Jumlah Mata

AFF Suzuki Cup 2014 - Fixtures and Results

Perlawanan pertama seperti di dalam jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 bermula 22 November 2014 dengan dua perlawanan pemula membabitkan pasukan dalam kumpulan A iaitu Filipina menentang Laos, dan Vietnam menentang Indonesia.

Result dan Group Points AFF Suzuki Cup 2014

Keputusan terkini dan kedudukan mata perlawanan peringkat kumpulan pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2014 adalah seperti berikut:

Kumpulan A

AFF Suzuki Cup 2014 - Keputusan Terkini dan Jumlah Mata Kumpulan

Kumpulan B

Kedudukan mata dan jumlah mata pasukan akan dikemaskini. Keputusan perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 adalah terkini bersandarkan kepada laman web rasmi AFF Suzuki 2014.

Bagi pasukan Harimau Malaya, di bawah bimbingan Dollah Salleh, saya doakan kejayaan walaupun ada cakap-cakap yang memperkecilkan kemampuan Harimau Malaya. Kritikan itu biasa bila sudah terlalu banyak kekecewaan sebelum ini.

Tapi bagi saya, seandainya saya berada di dalam pasukan Harimau Malaya, tentu diri saya tidak mahu mengecewakan peminat bolasepak Malaysia. Mana ada orang yang mahu kalah, ye tak? Pasti mahukan kejayaan, pasti mahukan kegembiraan.

Jika benar sebagai peminat, sokongan itu patutnya tidak berbelah bahagi, samada kalah atau menang. Inilah semangat jitu yang betul lagi benar, bukan sokong sorak hebat ketika menang sahaja tetapi dimaki herdik bila ketinggalan satu gol kosong.

Dan buat pengurusan bolasepak negara, suara dan pendapat peminat perlulah didengar. Mereka pun bukan suka mahu melihat pasukan kesayangan dimalukan.... ye tak

Semoga pasukan Harimau Malaya dapat gegarkan Piala AFF Suzuki 2014 kali ini.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

Mari sokong Harimau Malaysia vs Myanmar jap 5.00 petang ahad ni...Malaysia vs Myanmar.....

Reply

Oh Malaysiaku.... begitu sukarkah untuk kekalkan momentum?

http://mohdalizal.blogspot.com/

Reply

seri la pulak game pertama lawan myanmar..selepas ini laluan agak sukar..kena menang dengan Thailand dan pasukan tuan rumah Singapura

Reply

Seakan sudah tawar hati mahu menyokong Malaysia. Tiada peningkatan jitu.

Reply

seri je kita dgn myanmar... ;)

Reply

Seri dengan 10 org pemain .. not bad

Reply

Makin malap harapan kita utk ke pusingan separuh akhir....misi seterusnya...wajib menang ke atas Singapore.

Reply

Semalam ingatkan dah menang dah ... aduhhh .... kelekaan yang akhirnya membinasa ... layu di hujung mekar kata orang

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.