Hari yang indah. Syukur pada Tuhan yang melimpah rahmat ke atas kita semua. Sentiasalah kita ucap syukur kepadaNYA. Tetap ingat, setinggi mana kita capai, tetap terbang tunduk dan melihat tempat jejak yang ditinggalkan.

Ramai yang tanya saya, apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan sebuah blog? 

Subjektif. Tetapi jika kita telah ada misi dan visi dan amalkan konsep M.E.S.T.I dalam mencari kejayaan, di situ telah tahu mengenai saluran kejayaan sebuah blog Malaysia. Fokus pada usaha, dengan memahami dan praktik M.E.S.T.I, in sha Allah; apa yang kita impikan, angankan dan inginkan akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup.

Saluran kejayaan seorang blogger bergantung dengan misi dan visinya dalam dunia blog Malaysia. Maka begitulah halnya dengan blognya. Saya ingin singkap dan ungkap, tunjukkan jalan dan saluran kejayaan seorang blogger ini. Tunjukkan kepada anda sebagai seorang penulis blog, apakah saluran kejayaan yang boleh anda target untuk blog anda.
5 Saluran Kejayaan Sebuah Blog

Harap anda sudi baca dari sini hingga akhirnya. Jika ada nak tambah, komen di ruangan disediakan. Komen dengan pemahaman dan berikan pandangan, kerana dari pandangan itulah yang akan menyerlahkan peribadi diri anda seorang seorang blogger yang dahaga kejayaan.

5 Saluran Kejayaan Sebuah Blog

Saluran kejayaan sebuah blog ada lima. Ya, lima sahaja dari sudut pandangan dan pendapat cetek saya sebagai seorang blogger house husband yang dah bertahun ada blog sendiri.

1. Trafik Blog

Ini adalah salah saluran kejayaan yang boleh diguna dan dicapai oleh seorang blogger Malaysia. Dapatkan dan tingkatkan trafik blog, in Sha Allah, pengunjung dan pembaca akan menilai bahawa blog anda berpotensi, dan sudah berada di dalam satu tahap yang mengujakan semua orang.

Baca ni - 6 Cara Memancing Trafik Blog

2. Jumlah Pengikut Blog

Jika blogspot, ada widget follower GFC dan widget follower Google+ yang boleh anda letak di dalam blog. Ini juga merupakan salah satu saluran kejayaan untuk seorang blogger Malaysia. Semakin ramai pengikut sesebuah blog, maka semakin nampak hebatlah sesebuah blog.
5 Saluran Kejayaan Sebuah Blog

3. Jumlah LIKE Fanpage

Jika blog ada fanpage di Facebook; amat untung sangat bila ada banyak like ini. Andai capai lebih daripada 1000 likes, in Sha Allah, dengan teknik mendapatkan dan menambahkan likes; sebuah fanpage boleh cecah sehingga puluh ribu likes dalam masa singkat. Semakin banyak like, maka semakin mudah saluran kejayaan seorang blogger itu dilorongi.

Tak tahu cara nak dapatkan Like yang banyak untuk fanpage? Tak tahu cara nak dapatkan trafik dari fanpage ke blog? Baca ni - Kuasa Facebook MY
5 Saluran Kejayaan Sebuah Blog

4. Blog Jana Pendapatan

Semakin ramai mula buka mata. Seorang blogger yang buat duit dengan blog adalah seorang blogger yang berjaya. Walaupun tak ada trafik tinggi, tak ramai jumlah pengikut; malah tak ada fanpage pun, tetapi seandainya blog itu dapat menjana pendapatan sampingan untuknya, ia dianggap sebuah blog berjaya dan bernilai. Paling terbaik, jika income dari blog itu menjana lebih daripada pendapatan bulanannya sebagai seorang pekerja pejabat atau kakitangan awam kerja di dalam kerjaya kerajaan.

Baca kisah dan pengalaman saya dapatkan income pertama blog - Langkah Lari-Lari Anak Dapat Income Dari Blog

5. Kekal Lama

Mulanya saya tak senaraikan sebagai salah satu saluran kejayaan. Tetapi selepas saya fikir-fikir, saya masukkan juga kekal sebagai sebahagian dari saluran kejayaan seorang blogger. Ada blog dengan 4 faktor di atas, seandainya tidak kekal lama dalam dunia blog Malaysia, maka ia bukanlah satu kejayaan. Ia sebuah blog yang gagal. Blog yang berjaya akan kekal lama di dalam dunia blog walaupun pemiliknya bertukar ganti. Blog yang kekal ini adalah blog yang sangat bernilai sehingga satu tahap dirasakan andai ia lenyap dalam dunia blog bagai satu kerugian.

Bolehkah anda ikuti 5 saluran kejayaan ini? Anda pilih untuk blog anda. Tidak semestinya semua nak rembat walaupun dalam mengejar kejayaan perlu ada sedikit sifat tamak itu. Pilih atau ikuti kesemua lima saluran kejayaan ini. Realisasikan ia untuk anda dapatkan tempat di dalam dunia blog Malaysia.

  • Ada blogger yang popular tetapi trafik blog tidak seberapa.
  • Ada blog yang ramai jumlah pengikut tetapi blognya tidak menjana income buat dirinya.
  • Ada blog yang jana pendapatan tetapi hanya bertahan setahun dua sebelum terkubur kerana banyak buat onar yang tidak disukai pembaca.
  • Ada blog yang kekal lama tetapi trafik tak sampai 1 juta pageviews.
  • Ada blog yang punyai fanpage likes berjuta, tetapi gagal bawa trafik ke blog dan jana income menerusinya.

Faham dah apa maksud saluran kejayaan sebuah blog? Lima faktor, kaedah, cara, teknik yang saya berikan di atas adalah untuk anda tenung lama-lama. Tenung bukan macam anda tenung semut yang berderetan dalam jamban .. tetapi tenung dengan fikiran yang mencari strategi untuk dapatkan saluran kejayaan sebuah blog.

Akhir sekali, walaupun anda seorang blogger hebat dah guna dan capai lima saluran kejayaan sebuah blog tadi, ia takkan beri apa-apa makna seandainya anda tidak melaksana perintah Allah S.W.T dan melaksana tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan buat orang lain.

Hebat mana sekalipun anda di dalam dunia blog, jika gagal menjadi seorang khalifah Allah S.W.T, dan menjadi manusia sebaik-baik manusia; apalah hebatnya?
5 Saluran Kejayaan Sebuah Blog
Akhirnya kita semua akan ke sini - Kredit Foto: Keranda Mayat Hitam

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum...bro HH,

    pehhh... ending nyer adalah di liang lahad...jadi makanan cacing dan ulat.. walaupun sehebat mana kita .. kita mempunyai misi dan visi yang wajib kita lakukan... terima kasih bro HH atas ingatan nie..

    mselim3

    BalasPadam
  2. Kejayaan sesebuah blog bergantung kepada matlamat blogger tersebut...
    Untuk mencapai matlamat perlulah mengikut saluran yang tepat...
    Untuk mendapatkan saluran yang tepat mesti dapatkan ilmu yang betul dan secukupnya...
    Untuk mendapatkan ilmu perlulah berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh...jika gagal, teruskan mencuba dan mencuba...
    Semua mesti dilakukan dengan penuh yakin dan tabah berserta doa dan tawakkal...
    Jika kejayaan dikecapi, maka perlulah disusuli dengan kesyukuran...
    Dan jika gagal juga, jangan sesekali kecewa, reda dengan ketentuan Ilahi...sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Matlamat itu penting untuk tahu target pembaca dan hasil yang bakal diperoleh. Kalau semua benda disumbat dalam blog, jadi rojak tak syok pula.

      Padam
  3. huhuhu tak tau la blog huda ni berjaya ke tidak
    dah lama dah tapi tak best kot rasa nye haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bina keyakinan semula. Rugi apa yang dimulakan dibiarkan terkubur.

      Padam
  4. Assalamualaikum HH,

    Saya bersetuju dengan kelima-lima saluran kejayaan untuk blog yang tuan kongsikan di atas. Kelima-limanya penting untuk memastikan kejayaan dalam berblogging.

    Mungkin tuan bersetuju dengan saya jika saya katakan majoriti mereka yang berblogging mengharapkan agar blog yang mereka usahakan itu akan memberikan pulangan. Pulangan ini pula dalam pelbagai bentuk. Bergantung kepada pemilik blog itu sendiri.

    Contohnya macam diri saya sendiri. Saya tidaklah menggunakan blog untuk menjana wang secara direct. Dalam perniagaan internet yang saya lakukan, saya gunakan blog untuk:

    1) Membina kredibiliti (kepercayaan prospek).
    2) Menjadi asas untuk saya tarik prospek ke laman jualan samada produk sendiri atau affiliate.
    3) Mengumpulkan subscriber (database prospek)

    Ini 3 kegunaan utama saya dengan blog. Macam saya kata, kegunaan blog bergantung kepada strategi pemiliknya. Matlamatnya sama, mengharapkan blog dapat memberikan pulangan.

    Berdasarkan pengalaman saya mempromosikan panduan melalui emel "52 Strategi Perniagaan Internet", saya dapati blog memang banyak membantu. Antara sebab utamanya ialah blog ni mesra enjin carian.

    Itulah sedikit perkongsian saya untuk artikel yang tuan kongsikan :)

    BalasPadam
  5. Terbaik lah bro HH. Thanks for the tips.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Fiza. Terima kasih kerana mendapatkan tips ini.

      Padam
  6. entri yang sangat membuka mata hati, mata azali, mata minda

    BalasPadam
  7. Assalam Bro HH,
    Saya kenali anda, anda memang tak pernah lokek ilmu ttg pembangunan dunia blog...jarang sekali blogger nak rungkaikan kejayaan mengarang entry dan kajianyg terperinci...bro, saya doakan bro murah rezeki lg ye, saya sangat dahagakan imu sebegini, ia percuma, jika diluar pasti beratus nak ikut slot ttg kejayaan blogger...saya masih di fasa bertatih, tapi saya sudah mula menjana pendapatan sedikit hasil dari review beberapa produk, wpun sikit tp saya rasa sgt berpuas hati dpt melakukan sesuatu yg baik utk insan lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Julia ... ini adalah misi dan visi saya dalam tahun 2015 untuk blogger Malaysia dan blog ini. Alhamdulillah, ianya tercapai.

      Padam
  8. Blog yang berjaya ialah blog yang beri manfaat kepada pengunjung dan pembacanya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. :) blog adalah bukan setakat satu bisnes .. tetapi tempat dakwah.

      Padam
  9. Assalamualaikum..Entri HH sangat bermanfaat dan content yang penuh dengan makna. Memang blog yang ada kualiti. Ending untuk entri kali memang menusuk kalbu. Peringatan buat pembaca-pembaca juga. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. Salurang yang memang betul-betul menjadikan sebuah blog itu nampak berjaya dan hebat.

    BalasPadam
  11. Akhirnya kita semua ke sana...dan blog jadi kenangan....(duit blog bagi kat generasi warisan..)

    BalasPadam
  12. Asalam HH , gamabr paling bawah tu,,semoga kita dimatikan dengan aman dan diampunkan dosa. Itu semua himkmah dan barakah bloh HH terbaik peringatan yang tak dapat disangkal..

    BalasPadam
  13. terpulang kepada untuk apa dia bina blog tu, kalau matlamatnya tercapai..dia sudah dianggap berjaya..berjaya capai targetnya :D

    BalasPadam
  14. bahagian akhir sekali tu bro..satu peringatan terbaik buat kita semua

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement