40 Ribu - Tak Terkata Aku ...

Terharu. Saya sangat berterima kasih kepada semua pembaca budiman, dan pengunjung yang telah sudi memeriahkan blog ini dengan komen-komen terbaik anda. Sudah cecah lebih 40 ribu komen sehingga entri ini ditulis.

Komen yang diberikan adalah input untuk saya. Ramai juga blogger-blogger hebat yang singgah dan telah kongsikan banyak tips lain berkaitan dengan entri dan post yang telah saya terbitkan. Saya berharap lebih ramai lagi akan singgah, baca dan komen. Entri-entri yang ada adalah dinamika ilmu blogging yang saya kongsikan. Ada sahaja benda baru dikongsikan oleh pembaca lain menerusi ruangan komen.

40 Ribu - Tak Terkata Saya ...

Sekali lagi, saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah sudi memeriahkan lagi isi kandungan blog ini. Percayalah, saya membaca setiap komen-komen yang anda tinggalkan.

In Sha Allah, mana yang saya fikir perlu dibalas, saya akan balas seadanya. Mana yang komennya tidak dibalas, jangan marah-marah ye.

Kepada yang berkongsi tips dan panduan berkaitan, saya berterima kasih kepada anda kerana tidak lokek ilmu dan sudi berkongsi dengan pembaca yang lain - walaupun blog ini bukan blog anda... tetapi anda menjadikan ia sebahagian dari dunia blogging anda.

Input-input di dalam komen saya terima dengan senang dan terbuka hati. Hanya jika komen yang bersifat tidak meransang minda sahaja akan dipadamkan - itupun kurang daripada 5% daripada 40454 jumlah komen yang ada.

Terima kasih, dan semoga kita semua dapat maju lagi dan lagi dan lagi .. bersama. In Sha Allah.

{ 22 comments.. read them below or add one }

mama amir mama amir November 25, 2014
Tahniah hh...perkongsian hh mmg berisi...teruskan berkongsi...^_^
Ija Rased Ija Rased November 25, 2014
WOW..TAHNIAH MR.HASRUL/moga blog ini terus maju dan suksess. blog ini inspirasi saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Alhamdulillah, semoga ia dapat inspirasikan lebih ramai blogger Malaysia lain .. in Sha Allah, blogger nusantara juga.
MNH SASTERA MELAYU MNH SASTERA MELAYU November 25, 2014
hahaha. saya ingatkan banga Hasrul dapat RM40 hasil berblogging. Tahniah abang Hasrul...
Azlan Rumadi Azlan Rumadi November 25, 2014
Tahniah abang hasrul..untuk pengetahuan abang,saya dah senaraikan blog abang dalam bloglist saya.http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/2014/11/azlanrumadi-bloglist.html

saya sebagai blogger yang baru meminta pandangan abang hasrul untuk meningkatkan mutu blogging saya.

Terima kasih segalanya.
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum November 25, 2014
assalamualaikum
singgah pagi
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA November 25, 2014
Wah hebat..tu tanda penghargaan pengomen2 tegar buat blog ni...(takde pertandingan pengomen ngetop ke?)..hehehe
Myra Jay Myra Jay November 25, 2014
Perghhhh....
Mau berpinau nak membalasnya :D
Eny Abdullah Eny Abdullah November 25, 2014
Tahniah!! saya pun tgh berusaha tingkatkan traffic, follower dan jumlah komen di blog... berpandukan tips yang Encik email. Thanks... banyak perubahan kat blog...
http://enyyusnizar.blogspot.com/
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Terima kasih .. terima kasih banyak2 ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Mana yang perlu dijawab, saya akan jawablah tapi biasalah, saya manusia .. kadangkala ada terlepas pandang. Ada tak jawab di ruangan komen, saya balas di FB atau email.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Ohh alhamdulillah, saya masih cuba nak lengkapkan KELAS ONLINE saya tu ... :) semoga terhibur dengan celoteh dalam email saya ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Hmm tak ada widget yang sesuai saya leh guna, dulu ada guna tapi ada malware la pulak ..
Fiza Rahman Fiza Rahman November 25, 2014
Wow...banyak tu. Tahniah HH.
Razis Hamit Razis Hamit November 25, 2014
Wow. Banyaknya. Best2. Moga tn HH tersebut berkongsi.
Denaihati Denaihati November 25, 2014
memang banyak tu. tahniah bro. ramai pengunjung ramah tamah....
Faez Fathie Faez Fathie November 25, 2014
tahniah !!..blog power,input perkongsian dari blog ni pon banyak.yang jenguk selalu banyak.komennya mesti banyak.hehe.
reezluv reezluv November 26, 2014
tahniah..memang seronok baca blog ni..:D
sabree hussin sabree hussin November 26, 2014
Fuh banyak tu 40k. makin meningkat pulak tu. In Shaa Allah ia akan jadi RM
Illya Farhana Illya Farhana November 30, 2014
WoW!!! Tahniah abg HH.. semoga abg HH terus berjaya dan masih mahu berkongsi tips2 dgn kami yg serba kekurangan tidak tahu ini..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.