Langkau ke kandungan utama

Cara Letak Widget Popular Post Bernombor Efek Pusingan 360 Darjah

Ramai blogger baru suka hias blog, maka saya nak kongsikan kepada anda semua variasi widget popular post yang menarik untuk menambah keceriaan, dan berikan sedikit keunikan untuk blog anda. Saya nak kongsikan cara nak letakkan widget popular post bernombor dengan efek pusingan 360 darjah.

Widget ini saya fikir menarik sebab ia berikan sedikit efek pada turutan nombor post popular. Saya juga akan berikan sedikit tips untuk anda buat beberapa perubahan mengikut citarasa anda; yang membenarkan anda customize widget popular post bernombor ini.

Widget Popular Post Bernombor Efek Pusingan 360 Darjah

Widget ini akan kelihatan seperti di bawah ini:


Sebelum anda boleh buat ubahsuai, pastikan anda telah memasukkan widget ini di dalam blog anda. Widget popular post merupakan widget standard yang disediakan di dashboard widget blogspot anda. Hanya perlu add widget tersebut ke bahagian sidebar. Jika dah letak, maka bolehlah anda salin tampal kod HTML/CSS di bawah ini dan diletakkan di bahagian b:skin blogspot anda.


Widget popular post bernombor dengan efek pusingan 360 darjah ini boleh menjadi ciri menarik untuk blogspot anda.

Oh ya, sebelum saya terlupa; jika blogspot anda menggunakan template custom lain, pastikan dulu CSS berkaitan popularpost yang lama dipadamkan dahulu; takut nanti konflik berlaku.

Anda boleh ubah warna nombor kiraan 1-10; dan boleh ubah latar warna nombor. Selain daripada efek nombor turutan berpusing atau berputar, widget ini juga ada efek timbul pada nombor turutan popular post. 

Cubalah, dan berikan kelainan untuk popular post blog anda.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasih atas tutorial yang sangat berguna ni. : )

    BalasPadam
  2. Popular post akan menjadi menarik apabila boleh berubah dan bergerak sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjadi daya penarik tersendiri. Ada banyak widget popular post versi lain yang lebih menarik.

      Padam
  3. Widget di atas nampak cantik..bila matching dengan warna orange Belanda...wah menyerlah dan nampak kemas blog kite

    BalasPadam
  4. Terima kasih di atas perkongsian di atas...sangat membantu sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama, sekadar sedikit perkongsian apa yang saya telah tahu.

      Padam
  5. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian yang berguna ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

      Padam
  7. Asalam HH terbaik tutorial, Etuza kembali kepada 3 kolum ada masalah kod hari tu....datang jenguk entry blogger terkenal ya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…