13 Oktober 2014

Tips Menghasilkan Blog Cantik Menarik

Bagaimana nak hasilkan sebuah blog yang cantik dan menarik? In Sha Allah, saya akan kongsikan kepada anda tips mudah untuk anda senang nak hasilkan sebuah blog cantik menarik. Anda mungkin tak tahu bahawa perkara paling penting nak hasilkan sebuah blog yang cantik menarik ialah - template yang simple dan ringkas.

Haha ... betul ni. Saya beritahu anda, jika anda nak hasilkan sebuah blog yang cantik dan menarik, carilah template yang simple dan ringkas. Jangan pilih template yang nampak canggih sangat, sebab nanti yang susah nak rekabentuk blog itu nanti adalah diri anda; melainkan anda upah orang untuk rekabentuk dan buat ubahsuaian blog anda.
Tips Menghasilkan Blog Cantik Menarik

Tips Menghasilkan Blog Cantik Menarik

Ok. Itu adalah tips utama dan terpenting untuk hasilkan blog yang cantik menarik - iaitu mendapatkan dan menggunakan template yang simple dan ringkas.

Mengapa pilih template yang seperti itu? Ia adalah untuk anda mudah nak customize reka bentuk blog anda. Saya sendiri menggunakan template yang ringkas, yang kemudiannya direkabentuk dan disusun dengan beberapa teknik tertentu supaya kelihatan menarik, dan lain dari yang lain.

Opss .. ok, saya mungkin menggunakan template blogspot responsif yang telah sedia ada, tetapi tahukah anda bahawa saya habiskan masa selama 2-3 hari untuk customize sendiri template default yang tersedia ada ini. Apa yang saya buat ialah ....

  • Dapatkan template blogspot yang ringkas tetapi cukup ciri-ciri untuk customization.
  • Ubah warna dan paparan fizikal template - saiz kelebaran bahagian konten dan sidebar.
  • Ubah header blog.
  • Ubah - samada buang atau tambah kolum di bahagian layout blogspot.
  • Ubah bentuk tulisan (font) dalam blog.
  • Gabungkan ciri-ciri unik pada template lain ke dalam template sedia ada.

Dan secara amnya, anda buat ubahsuai-ubahsuai untuk hasilkan blog cantik menarik ini menerusi CSS blogspot anda.

Ada banyak cara blog boleh jana income - Panduan Buat Duit Dengan Blog

Bahagian CSS blogspot ialah bahagian di mana anda mencantikkan paparan blogspot anda. Di ruangan inilah; anda boleh buat macam-macam mengikut kehendak anda agar blog yang anda sayang ... nampak menarik, nampak pro, nampak kemas, nampak unik dan .... nampak andalah pemilik blog ini dan rekabentuknya adalah milik anda seorang.

Dalam bahagian CSS, anda boleh ..
  • Ubah kelebaran
  • Tetapkan ketinggian
  • Tetapkan warna
  • Tetapkan jumlah kolum di paparan utama dan sidebar
  • Letak efek tertentu
  • Letak background bergambar
...
..
Dan macam-macam lagi.


Yang paling penting seperti awal saya sebutkan ialah ... anda perlu cari template blogspot yang ringkas dan mudah untuk customization. Jika anda pilih template yang sudah tersedia canggih manggih, anda mungkin akan ada kesukaran nak buat ubahsuai, walaupun anda ikuti beberapa tutorial dari blog-blog tertentu.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

33 Komen Tips Menghasilkan Blog Cantik Menarik

Template maskolis terbaik..:)

selain isi, setuju sgt yg template memang betul2 mainkan peranan..walaupun jenuh nak cari yg berkenan di hati, seronok bila dah siap. :D

tgh boring tgn template..rsa nk tukr..huhu..

tips berguna
nty iena nk update template blog blh rujuk sini
da bertahun2 tak tuka..baru nk berjinak berblogging balik heheh (^_~)

anyway blog HH memang cantik dan kemas...salah satu faktor yg membuatkan saya suka masuk blog HH

Terima kasih. Moga dapat bantu ramai blogger Malaysia terutama blogger baru hasilkan blog cantik menarik dan praktikal

Terima kasih, bukan senang nak hasilkan blog blogspot yang ada template yang kemas ni.

cantiklah tips ni...entah bila saya dapat aplikasikan kat blog sendiri nie... baca jer dulu

Sokong! Pada saya, saya suka blogwalking ke blog yang kemas dan tersusun. Cantik number 2. ;)

Wahh, tips bagus ni dari sifu. Terima kasih untuk perkongsian ilmunya.

Asalam HH tertarikEtuza nak tahu, lepas sibuk Etuza nak terjah dan baca balik ya..nak keluar ada urusan..sempat baca..tapi nak baca lagi sekali lepas ni ya

mudahan dapat membantu pengguna lain dan hasilnya secantik blog tuan tanah ni...

Yang penting simple dan senang untuk mencari maklumat

http://www.lovehutladyvitamin.com

saya dulu pakai template yang download2 tu ..suruh orang yang buat kan.bila nak edit sendiri tak reti pulak...sekarang pakai je yang sedia ada kat blogger template designer tu.lebih mudah kot.

info terbaek..terima kasih bro HH...

memang cara yang terbaik..nak jugak jadi blog secantik HH ni

pilih templet then bg lebar skit
mmg cntik nnti
huhu

tak terror pulak nak ubah suai template..apa yang paling penting laju dan kemas..cantik mungkin jatuh no. 2

Part customization ni memang makan masa yang panjang, namun hasilnya... memang puas hati. Sebuah blog yang unik hanya kita sahaja pemiliknya

konsep cantik tu memang berbeza bagi setiap blogger, tapi ramai yang suka puji blog sendiri berbanding respon daripada pembaca blognya,ada bling bling bagai sampai susah nak baca,post tak penting, asalkan blog ada banyak teks warna-warni dan tulisan kelip kelip..ahaha :D

terima kasih atas tips yang diberi

Nak tanya skit tuan HH, kenapa blog kita kalau dalam ipad dan smarphone lain acuannye? yang paling sedih kalau iklan tu masih kekal panjang pendeknye dalam bentuk mini...ada kadang kala terkeluar dari entri lah dan sebagainya..tapi dalam blog guna resolusi laptop ok je...

Adakala telefon pintar tu tak support .. kan ada banyak jenis, resolusi juga berbeza. Kena buat adjustment sikit tapi agak sukar sbb template blog berbeza2.

Itulah. Ada template yang sangat bagus sampai ramai blogger gunakan. Bila dah ramai guna, dah macam satu geng je semua. Kena customization sikit template yang ada biar nampak ia adalah blog kita ..

Adakala template yang laju dan ringan dia tak tepati ciri SEO 100 % .. jadi kena buat sedikit ubahsuai.

Mengata aku la tu .. ok, aku dah buang dah semua bling2 tu .. harap puas hati .. keh keh keh .. :P

Tips menarik tu... mekasih kerana berkongsi.

nice to meet you all guys ..please visit me back..

thank informasinya ya :D :D :D
salam cantik semuanya :)

Main ke web ku yahh :)
http://www.beautywater.id/produk/harga-beauty-water-dan-strong-acid/


EmoticonEmoticon