Pagi yang damai. Hari ini saya nak kongsikan satu tips blogging untuk anda semua. Buat bukan blogger, anda juga perlu baca entri ini, sebab ia akan bagitahu anda cara untuk bermesraan dengan kaki blog ini. Secara metaforanya nanti, ia juga boleh jadi tips untuk mendapatkan jodoh .. hehehe ...

Bagaimana nak buat pengunjung blog kekal baca entri-entri di blog?

Sebelum nak buat pengunjung blog kekal baca blog kita, kita cuba jadikan diri sebagai pengunjung ke blog orang lain dulu. Bila kita singgah ke sesebuah blog, apa yang kita suka dengan blog tersebut? Apakah yang menarik perhatian kita?

Jika ditanya setiap orang, mungkin akan ada banyak sebab diberikan, tetapi saya cuba untuk berikan anda beberapa sebab umum yang boleh anda jadikan satu tips berguna untuk buat pengunjung kekal baca blog anda walaupun anda tidak update blog anda dengan entri terkini.

3 Tips Buat Pengunjung Kekal Baca Blog Anda

Psikologi Gelak Bersama

Cuba bayangkan ketika baru sahaja melangkah ke tempat kerja baru, dan mereka ajak anda untuk keluar minum bersama. Sambil sembang-sembang, tentu ada gelak tawa. Dan ingat kembali, ketika itu pabila melepak berkumpulan dan ketawa bersama, biasanya muka kita akan beralih kepada siapa? Tentulah teman yang kita selesa. Betul? Atau mungkin ke arah individu yang kita mahu berkenalan.

Sama juga dalam mengharapkan pengunjung kekal baca di blog, anda perlu tarik pengunjung dan pembaca untuk sama-sama gelak, sama-sama sembang, biar mereka mesrakan diri mereka dengan anda. Berikan keselesaan untuk mereka baca dan komen blog anda. In Sha Allah, esok lusa mereka akan datang lagi dan lagi.

Ketenangan Jiwa

Dalam dunia blog, ada masa gelora akan tiba ke blog anda. Ia mungkin disebabkan oleh salah faham dan perbezaan pendapat. Blog ini juga ada terkena benda begini, saya tidak nafikan ada beberapa entri yang bertujuan memberikan informasi telah disalah anggap sebagai entri berbentuk fitnah, walhal pengunjung pertama kali itu tidak membaca keseluruhan entri dan tidak memahami apa yang cuba saya sampaikan. Dan pengunjung-pengunjung ini akan hamburkan kemarahan mereka menerusi ruangan komen yang telah disediakan.


Baca mengenai Marah Ia mungkin boleh redakan diri anda di saat marah. In Sha Allah.

Bagi saya, selagi komen itu tiada diletakkan ayat-ayat lucah, caci maki atau perkara yang boleh merendahkan darjat tukang komen, maka saya akan lepaskan. Ada sahaja komen yang agak keterlaluan, saya padam memandangkan nanti ia akan mendatangkan malu pada tukang komen walaupun hanya muncul sebagai anonymous.

Jika ada orang marah kepada kita, dan kita pula kekal bertenang, mereka akan jadi lebih menyirap. Malah mereka akan marah lebih ganas. Ini memang situasi sebenar yang akan berlaku. Tetapi, lama kelamaan, selepas itu mereka akan rasa sangat malu pada diri sendiri.

Tak percaya? Cuba anda bayangkan 10-20 tahun dahulu di mana anda pernah bergaduh dengan adik atau abang atau kakak hanya kerana sehelai baju atau sebungkus keropok. Marahnya ketika itu sampai bertumbuk-tumbuk pun ada. Baling-baling barang ... kan kan? Bila kenang balik, rasa malu tak? Apatah lagi bila anak-anak anda tahu cerita anda ini?

Jadi bertenanglah dengan pengunjung blog anda. Dan bertenanglah dengan komen yang ditinggalkan. Belajar untuk tanggani marah, dan lebihkan bersabar.

Elakkan diri anda untuk menulis blog ketika marah. Cuba tulis entri yang boleh memikat pembaca.

Banyakkan Cerita Gembira

Tips yang tak ramai orang tahu, ialah menulis atau perbanyakkan cerita gembira. Walaupun kadangkala ada cerita sedih nak dikongsikan, tetapi cuba jadikan ia sebuah cerita yang tidak dilakukan secara berlebihan. Ada setengah pembaca tidak suka dengan entri yang menarik simpati.

Contohnya macam saya bercerita mengenai gembiranya anak-anak yatim dapat pakaian baru menerusi Projek Iqra, ia lebih bermakna, dan pengunjung suka baca cerita sebegini. Sebab sebelum ini saya dah ceritakan terlebih dahulu mengenai Projek Iqra ini, tentulah pembaca nak tahu apa sudahnya projek tersebut.

Apa cerita gembira nak tulis dalam blog? Cerita anda dapat income dengan blog pun boleh, cerita anda pergi melancong pun boleh, cerita dapat baby baru, cerita anda dapat hadiah giveaway .. semua cerita gembira seperti ini orang suka baca, dan ia berikan aura positif untuk blog.

Wujudkan emosi ini di dalam blog anda. In Sha Allah, emosi yang beri kesudahan baik, akan tingkatkan pengunjung blog anda.

Ok, itulah sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai tips buat pengunjung kekal baca blog anda. Anda boleh mencubanya sendiri dan lihat kesannya. Namun, seperti saya pernah sebut, cara penulisan anda perlu kena ada gaya tersendiri. Kena ada satu trademark khusus supaya cerita anda, adalah anda yang punya, dan tidak nampak satu cerita sama dengan orang lain.

Selamat mencuba.

p.s: Cuba baca sekali lagi, tips di atas boleh juga dipraktikkan untuk pikat awek .. hoho

28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. blogger perlu main psikologi juga..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. nanti orang cop hang Mat Saiko ... :P

      Padam
  2. pengunjung adalah pelanggan kita. Tanpa mereka siapalah blogger..

    BalasPadam
  3. amboi sampai ke nak pikat awek. haahhaha
    tapi boleh diguna pakai jugak tu ;)

    BalasPadam
  4. SATU IDEA YANG MENARIK BANG HASRUL

    BalasPadam
  5. bagus tips ni...in shaa allah akan dipraktikkan....

    BalasPadam
  6. Rajinnyaa en Hasrul menulis... Apa menarik untuk dibuat renungan dan panduan

    BalasPadam
  7. boleh lah... nak buat ayat2 pemikat yer...

    BalasPadam
  8. yup, betul tu...kena pandai main psikologi dan campur2 perasaan gembira, sedih, marah dsb.

    BalasPadam
  9. tips yang menarik..boleh dipraktikkan..hehehe... ;)

    BalasPadam
  10. tips yang bagus ni...kena pandai main dengan psikologi + demand apa yang orang nak dari kita..

    BalasPadam
  11. haha KM.. ya kena main saiko.. gelak sama2.. baru pengunjung datang lagi..

    BalasPadam
  12. tahniah hasrul..anda ada blog yg banyak info. akak suka baca gaya penulisan anda. keep it up..

    BalasPadam
  13. terbaik entry..tapi agak hairan ya, adakah orang jadi marah pada blog kita, Semoga terhindar dari nak marah. Tak elok perasaan itu..kita jalinkan hubungan maya yang mesra. setuju sangat dengan HH

    BalasPadam
  14. yg penting jadi diri sendiri,kan...ayat2 mesti ikhlas lahir dari hati..jgn cuba2 ikut ayat2 blogger popular pulak..:)

    BalasPadam
  15. Thanks untuk tips ini. Akan berusaha untuk memperbaiki diri lagi :)

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  16. hari2 singgah kat blog ni..terima kasih atas info2 yang bermanfaat..memang guru online yg hebat dan tak kedekut ilmu

    BalasPadam
  17. thanks atas perkongsian tips ni.bukan senang nak kekalkan pengunjung untuk selalu mengunjung di blog kita kalau tak tau cara nak menarik perhatian mereka kan

    BalasPadam
  18. selalu fikir , apa yang org suka baca ya ... ermmm

    BalasPadam
  19. Info yg menarik..akan dipraktikkan dlm blog LeYa..

    BalasPadam
  20. Pembaca sejati sukar nak dapat ramai tapi lambat laun baru boleh itupun kalau cara penulisan macam tuan admin ni memang menarik, tertarik dan DEBOOM..hehe...

    Tuan admin taknak buat kelas berbayar ke untuk SEO bagi pengunjung yang serius pulak..?

    BalasPadam
  21. Ni yg buat gua berkobar-kobar nak bikin blog Kehidupan Seorang Joned..

    BalasPadam
  22. tips yang sangat berguna. tq for sharing mr.hasrul

    BalasPadam
  23. tips sangat baik.terima kasih tuan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement