Langkau ke kandungan utama

Teks Penuh Bajet 2015

Teks Penuh Ucapan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri kini boleh anda baca secara online. Teks ucapan belanjawan negara atau bajet 2015 ini mengandungi 73 muka surat. Ia dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 10 Oktober 2014, bermula jam 4 petang.

Teks Penuh Bajet 2015

Teks ucapan Bajet 2015 ini juga boleh anda muat turun terus menerusi pautan ini - Download Teks Ucapan Bajet 2015

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat."

Antara intipati menarik yang boleh saya kongsikan kepada anda ialah:
  • Nilai BR1M dinaikkan
  • Bonus kakitangan awam setengah bulan gaji atau minima RM500
  • Had kelayakan pinjaman kakitangan awam untuk pembelian rumah dinaikkan.
  • RM23.3 billion kemudahan kesihatan
  • Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta. 
  • 80 ribu unit rumah PR1MA akan dibina kerajaan
  • Skim khas bantu belia miliki rumah
  • Projek infrastruktur 2015; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion)
  • Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST
  • Rebat 10 peratus diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015 dan tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian sekali gus mulai hari ini hingga 31 Mac 2015.



Komen

  1. Alhamdulilah semoga berlaku dengan adil

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semua akan jadi dengan lengkap,, dalam sepuluh,, mesti ada satu kantoi,, manusia kan :-) - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. ada bonus dan ada brim maka ada naik harga barang selepas ini..perkara biasa selepas ini..

    BalasPadam
  3. walaupun nampak macam sama dengan bajet tahun lepas..sekurang-kurangnya ada sedikit peningkatan..hu3

    BalasPadam
  4. Sedih le tengok bajet...ape yang diharapkan tak sebut2 lagi...

    BalasPadam
  5. Rasanya setiap kali pembentangan Bajet, mesti part BONUS paling ditunggu-tunggu. Hehe...

    Minyak naik, bajet, BR1M, GST, ini semua topik-topik panas kali ni :)

    BalasPadam
  6. terima kaish perkongsiannya bro. jenuh juga nak baca teks...heee...

    BalasPadam
  7. Jenuh baca teks penuh bajet 2015 ni..kena print atau baca dalam tablet buat dalam bentuk ebook sedap sikit menelaah.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.