Takwim Penggal Persekolahan 2015

Takwim atau kalendar persekolahan 2015 telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti tahun-tahun sudah, takwim persekolahan ini penting bagi saya untuk mula merancang sebarang aktiviti keluarga. Dengan adanya kalendar persekolahan sesi 2015 ini mudahlah nak rancang percutian keluarga yang sememangnya aktiviti wajib saya sekeluarga.

Ibu bapa kena ambil tahu takwim penggal persekolahan anak supaya bolehlah berkira-kira untuk bercuti dan dapatkan tempahan awal untuk bercuti. Salah satu kebaikan mengetahui takwim persekolahan, boleh tempah tiket penerbangan yang murah-murah, serta dapatkan diskaun tempahan hotel early birds (tempahan awal).

Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2015

Takwim Penggal Persekolahan 2015
Bila sudah ada perancangan, barulah kumpul dana dan bajet tertentu. Setengah orang tak suka merancang, tetapi kalau ada perancangan tentu hal ehwal kewangan dapat diuruskan dengan betul. Yelah, tambahan sekarang harga petrol minyak kereta sudah tidak seperti dulu. Harga pun dah naik, jadi jika sudah ada perancangan awal, bolehlah mula menabung, tak gitu? Takkan asyik nak berbajet ... sesekali anak-anak pasti mahukan satu percutian yang akan mereka kenang sampai ke tua...hoho ...

Tahun 2015, saya dan isteri bercadang nak bercuti ke Indonesia. Setakat ini perancangan dah ada, cuma masih berkira-kira soal bajet. Jika ada yang nak sponsor ... hoho ... dipersilakan. Jangan terkejut, seandainya ini jadi kenyataan, inilah kali pertama saya ke luar negara untuk bercuti. Percaya atau tidak, Singapura pun saya tak lepas lagi ....


Dah ada takwim persekolahan 2015, anak-anak pun boleh rancang apa yang mereka mahu. Kata anak saya yang tua, dia nak merasa pergi ke Legoland. Mungkin saya nak kena semak homestay yang dekat dengan Legoland supaya boleh rancang percutian yang terbaik buat anak-anak.

Anda juga boleh gunakan takwim penggal persekolahan 2015 untuk merancang hari bahagia ... hoho .. saya tahu ada yang merancang nak tamatkan zaman bujang pada tahun 2015 .. hoho ...

Sila share dan sebarkan.

{ 13 comments.. read them below or add one }

Ratu Nutrisi Ratu Nutrisi October 16, 2014
thank you so much!! memang ini yang saya cari..
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz October 16, 2014
Thanks Bro HH ..Ingat nak buat entri jugak pasal nie..
yang baik Ishak yang baik Ishak October 17, 2014
dah jumpa pun... terima kasih untuk takwim sekolah nie yer.
ainun m ainun m October 17, 2014
dah boleh start rancang untuk tahun depan
Denaihati Denaihati October 17, 2014
terima kasih infonya.
semua bro di permudahkan bercuti2 ke Indonesia tu...
izan izan October 17, 2014
thanks untuk takwin ni.. ;)
nor nazliana nor nazliana October 17, 2014
opss...perancangan kena betui hihii
NIfz super NIfz super October 17, 2014
Ha... ada gini kalu... leh aaa start planning cutiii.... jejom cecuti jommm....

http://supernifzvitamin.com/detoks-dengan-daun/
BM BM October 18, 2014
Jika punya matlamat mesti ada usaha untuk mencapainya...InsyaAllah...semoga perancangan anda tercapai.
Jejaka Penyu Jejaka Penyu October 18, 2014
sejujurnya perkataan takwim ni pertama kali saya dengar..oh jahilnya diriku ini..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 18, 2014
Erkkk ... alhamdulillah, dah baca ni jadi dah tak la jahil lagi...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 18, 2014
Takwim. Sesama kasih .. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.