Tak ramai yang like dan recommended blog ini lagi. Jadi, masih jauh perjalanan blog ini untuk kecapi kejayaan. Mungkin sesetengah orang atau blogger tak pandang sangat jumlah LIKE ini, tapi ada yang mahu nampak first impression apakah bagusnya sangat sesebuah blog itu sehingga ramai orang baca. Itu sebab ada blog yang meletakkan fungsi like ini di bahagian yang mudah nampak, dan mudah untuk pengunjung tekan FB like atau suka ini.

Memang saya tidak nafikan jika blog dapat banyak like, pasti akan menambat mata perhatian untuk kali pertama yang singgah. Setuju tak dengan kenyataan saya ni?

Ini merupakan salah satu tips blogging yang boleh dipraktikkan untuk membolehkan pengunjung membuat penilaian pertama kali apabila singgah ke sesebuah blog.

Jika saya singgah ke sebuah blog atau laman web yang ada lebih daripada 10 ribu likes, tentu saya jadi tertanya-tanya, apakah yang seronoknya baca blog tersebut. Mengapa ramai yang dah like, mengapa ramai yang recommended blog tersebut di media sosial Facebook kepunyaan mereka? Tentu ada ummph ... tentu ada yang menarik. Betul tak?

Tak Ramai Suka Blog Aku





Atas sebab itu, apabila saya melihat jumlah FB like yang kecil untuk blog ini, secara amnya saya simpulkan, blog ini masih perlu diperbaiki dari segenap segi supaya dapat benar-benar menarik pengunjung dan pembaca.

Ada yang kata mereka ikuti dan jadikan blog ini sebagai panduan, alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada mereka. Apatah lagi buat pengunjung dan pengguna FB yang telah sudi recommended dan like blog ini di laman sosial Facebook.

Agak segan juga bila ada yang anggap blog ini sebagai blog sifu blogger, sifu blogspot bilamana kekuatan dari segi media sosial tidaklah hebat mana pun, serius saya segan. Ada yang panggil saya tuan Hasrul Hassan, walhal saya tidak ada kelayakkan untuk dapat panggilan seperti itu. Pencapaian blog ini masih sangat jauh untuk dikategorikan sebegitu.

Namun, saya berterima kasih kerana ada yang melihat dan nampak apa yang saya lakukan ini. Percayalah, ada blogger yang minta saya tukar niche, dan tukar cara saya tulis, dan lupakan sekejap soal SEO dalam blogspot. Tapi hakikatnya, saya belum mampu nak tarik pengunjung terus melekat baca blog ini .... esok lusa bila mereka dah cekap dan bijak urus blog sendiri, mereka akan kata bye bye ... kerana ramai yang telah berjaya berdiri dengan keyakinan sendiri.

Bukan Mahu Meminta

Dengan adanya jumlah like dan recommended yang baik untuk sesebuah blog di laman sosial, ia akan bantu bukan sahaja pemilik blog tersebut untuk terus berblog dengan baik, tetapi juga membolehkan ramai tahu ada blog yang mempunyai isi kandungan yang bagus untuk dibaca dan dikongsikan.

Seperti impian blogger yang pernah saya nyatakan, saya mahukan apa yang saya tulis di blog ini membantu lebih ramai blogger capai kejayaan dan impian mereka di dalam dunia blog Malaysia. Dan yang menjadi penentu kejayaan impian ini bukan hanya saya, tetapi juga anda yang membaca blog ini, dan singgah setiap hari mendapat manfaat dari perkongsian yang ada.

Terima kasih kepada yang telah sudi Like blog ini sejak ia wujud Ogos 2010.

48 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam Tuan,

    saya ingin bertanya..knp blog ini tiada ruangan blog list.


    Wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Anda kena lihat betul-betul baru nampak. :) saya ada senarai lebih dr 30 blog ... cuma yang anda nampak hanyalah 10 blog pilihan sahaja ...

      Fungsi show all tidak berfungsi dalam bloglist berkenaan.

      Padam
    2. kan best dapat tersenarai dalam blog pilihan tu..hehehe

      Padam
    3. abg HH nk tnya.. mcm mana nk tersenarai dlm dlm 10 blog pilihan ni?

      Padam
  2. ada blog amat menyeronokkan bagi etuza. Kita kena buat pengisian setiap masa..sama fungsi seperti dairy bentuk buku masa dulu. Tapi kini dairi di online..ada yang suka ada sebaliknya kita kena berblog..teruskan usaha..Blog HH lebih banyak orang rujuk tau..banyak hikmah fadilat. inshaAllah

    BalasPadam
  3. saya punya lagi lah tak banyok like..http://my-peraduan.blogspot.com

    BalasPadam
  4. blog tuan hh memang sgt bermanfaat buat kami yg masih newbie perihal blogspot
    terima kasih atas perkongsian
    begitu banyak, banyak dan banyaaak ilmu diberikan
    *klik g+ artikel ni. i loike!

    BalasPadam
  5. Blog abang dah kira hebat dah ni sebab apa pun yang abang kongsikan.mesti.ada orang.baca. Blog abang la blog pertama yang saya.baca selepas blog saya.kemudian.baru blog lain.

    BalasPadam
  6. Sedih pula baca entri HH tapi zumal rasa blog HH akan sentiasa mendapat perhatian kerana isinya bermanfaat sampai bila-bila ^_^

    BalasPadam
  7. saya singgah untuk dapatkan ilmu blogging kerana tuan punya blog gemar kongsikan ilmu terbaik..terima kasih

    BalasPadam
  8. Assalam..

    Blog En. Hasrul telah kami pautkan di www.infoanda.net sebagai rujukan kami yang masih baru dalam dunia blogging

    Terima kasih,

    BalasPadam
  9. Bloh HH sebenarnya banyak informasi yg berguna dan membantu blogger di luar sana termasuk sy sendiri...

    BalasPadam
  10. Bagi saya,Blog HH sangat bermanfaat.Banyak tips yang saya dapat melalui blog HH ni. :)

    http://wani-siulatbuku.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Teruskan usaha supaya menjadi lebih diminati..:)

    BalasPadam
  12. banyak saya belajar dari blog tuan hh
    teruskan menulis

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum... bro HH,

    terperanjat mselim3 bila baca entry nie.. 'ramai yang tak suka blog aku'.. sebenarnya ramai yang suka blog bro HH .... cuma tak tekan butang like aje..

    mselim3

    BalasPadam
  14. ida suka singgah blog ni nk bljr cara tingkatkan traffic blog..anyway..good luck

    BalasPadam
  15. Saya suka dengan blog Hasrul Hassan banyak manfaat yang boleh kita kongsikan. Ilmu blog HH banyak menepati selera pengemar blogspot. bagi yang newsbiz, mereka pasti akan terus membaca untuk dapatkan informasi. TQ HH...

    BalasPadam
  16. Mana ada tak suka... suka le.. banyak tau ilmu bermanfaatakak kutip dari sini... best apa Blog sifu nih... Jap g akak bloglist kat main blog akak blog sifu nih. Selalu letak dlm blog bloglist je.
    Huh, Rugi sape yg tak suka blog ilmu nih...
    Psss... hari ni akak dpt bw dr PC... hoyeah... best3... :D

    BalasPadam
  17. Uish, ramai sebenarnya yang suka blog tuan ini. :)

    BalasPadam
  18. Like kat facebook sekarang ni orang tak pandang sangat,yang penting berapa yang subcribe feed blog kita,kita ikhlas kita dapat habuan...,bro takde buat ruangan exchange link ke ?

    BalasPadam
  19. klu setiap blog mempunyai niche yg sama , tak seronok juga pembaca kan . lagi pun pembaca ni ada pelbagai keperluannya . mereka melayari internet atas banyak sebab . walau apa pun nice kita , pembaca tetap ada ... hh jangan bimbang .

    BalasPadam
  20. aku suka blog bro. banyak info berguna, tips dan sememang praktikal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sokong sangat-sangat. blog HH memang banyak info..rugilah sape yang tak baca blog ni

      Padam
  21. banyak silent reader ni atau secret admirer ni :D

    BalasPadam
  22. biasalah tu kalau orang tak suka.

    abaikan je.

    BalasPadam
  23. Banyak ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dengan membaca di blog Hasrul Hasan ini

    BalasPadam
  24. Tak ramai ker...??? HH kurang friendly kot???
    Pendapat Mrs. A lah...

    BalasPadam
  25. tak pe bro..aku tetap akan jadikan blog ini sebagai rujukan aku

    BalasPadam
  26. Masih banyak yang perlu diperbaiki especially utk newbie mcm saya ni...by the way...ilmu SEO tu mmg bermanfaat.

    BalasPadam
  27. Walaupon tak ramai yang suka tapi ilmu daripada blog ni sangat berguna. Keep on posting bro.

    BalasPadam
  28. Blog Tuan HH sgt hebat...ranking top 28000 memang terbaik...kenapa tuan cakap camtu plak..?

    BalasPadam
  29. banyak ilmu dalam blog ini yang boleh dikongsi untuk kebaikan orang lain

    BalasPadam
  30. saya suka.. sebab blog ni banyak membantu

    BalasPadam
  31. Tak Suka ke Tak Like Blog ini?

    Erm.....

    BalasPadam
  32. Terima kasih kepada yang suka dan pada masa sama LIKE blog ni ... tu tanda ada kasih sayang ... hoho

    BalasPadam
  33. bro banyak membantu dan beri kata-kata semangat kepada blogger newbie. Tahniah diucapkan dan terus support dan memberi lebih tips kepada blogger lain :)

    *saya dah blogging dari 2011 tapi tips blogging kelaut :)

    BalasPadam
  34. dah tiga ribu like blog ini oklah dari blog cinta itu uh..suka blog ini seo lain trick serius banyak membantu.kekadang merayu juga entri lama admin heee..

    BalasPadam
  35. salam...cana nak belajar create blog yg menawan macam encik?? admire blog yg canyik2 neh...

    BalasPadam
  36. Teman rasa sifu HH memang layak dapat gelaran tuan/sifu blogger tu.. Bukan bodek ni tau.. Tapi melalui sumbangan yang sifu HH berikan dalam tips2 yang telah banyak membantu blogger baru dan juga yang sedia ada

    BalasPadam
  37. Ingat mahu merendah diri tadi.. rupanya blogging tips. Baguih juga tip ni. Akan dipraktikan juga..

    BalasPadam
  38. Nak bagi like bebanyak..blog tuan HH dah ngetop...dah capai 200 rank alexa di malaysia....kalo kalo like banyak sangat..TAKUT laa..bandwith abis..tapi blog nie mana bleh abis..UNLIMITED punya.. :D

    Cari2 gak orang yang tak suka tue..mana heh...tgk semua LIKE jek... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak capai 200 rank alexa dah, dah jatuh ntah ke mana dah ... bandwith memang la tak abis sbb blogspot, kecuali blogspot yang padamkan.

      Saya tak nak la dedahkan orang yang tak suka blog saya. Biarlah saya seorang je yang tahu.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement