28 Oktober 2014

Resepi Lala Tumis Halia Berlada

Bukan niat nak jadi blogger masakan, tetapi sekadar nak kongsi kisah House Husband saya yang ntah apa-apa. Sesekali ubah selera pembaca blog tak mengapa ye tak? Jemu juga nak baca kisah tips blogging ni setiap hari. Kali ini, saya nak kongsikan resepi rekaan saya sendiri ...hoho .. resepi Lala Tumis Halia Berlada.

Jika tengok dan baca nama resepi, anda sudah boleh agak apa bahan-bahan utama yang akan saya gunakan. Resepi cukup mudah bagi saya. Sebabnya bahan utama iaitu Lala, tak perlu nak susah payah nak sembelih, nak siang, nak bersihkan. Beli terus dari pasar, basuh goncang-goncang, kacau-kacau .. siap dah boleh masak.

Resepi Lala Tumis Halia Berlada
Tapi sebab dah jadi tabiat, kalau nak masak benda yang bercengkerang, saya akan biar dalam bekas berair selama 10-20 minit. Sebabnya nak hilang masin air laut ... uhh kononnnn. :P

Sebagai househusband, bila terasa nak memasak, saya akan pergi ke pasar. Selalunya kalau dah ke pasar, akan macam-macamlah saya bawak balik. Hoho .. semangat lo.
Resepi Lala Tumis Halia Berlada

Resepi Lala Tumis Halia Berlada

Ok, berbalik pada resepi tadi. Cara memasak Lala tumis halia berlada style saya mudah je. Seperti biasa, amalan campak-campak bahan digunapakai untuk menunjukkan betapa profesionalnya saya .. hahahahaha .... awas, aksi saya ini tidak boleh ditiru oleh anak dara, kerana ia akan menghilangkan keayuan.

Bahan-Bahan Mentah

  • Sekilo Lala segar bugar
  • Sejari halia yang dipotong panjang-panjang
  • Cabai masak
  • Cili api - lagi pedas lagi bagus
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serai yang dititik
  • Sos tiram
Pertama sekali anda perlu kisar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, cabai masak dan cili api. Tapi kalau ikut saya, lebih mencabar guna lesung batu. Cara tradisional yang ada magis untuk memberikan rasa lebih sedap pada masakan bertumis. Tumbuk atau kisar separa halus, kalau halus sangat nanti tak nampak pula kehadiran cabai masak dan cili api.
Resepi Lala Tumis Halia Berlada
Panaskan dua sudu minyak masak. Bila dah nampak minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi. Tumiskan ia sampai naik bau dan bawang bertukar warna kuning emas.

Masukkan serai dan halia yang dipotong, dan kemudian sos tiram. Lepas tu, baru masukkan Lala tadi. Gaul segala bahan yang ada dalam kuali tu sampai sebati. Masak sehinga lala tu menguap  .... kiranya dah terbukalah mulut dia. Nak cepat masak, tutup kuali.

Dalam kes saya kali ini, sos tiram tak ada dalam simpanan. Yang ada hanyalah kicap mee dan kicap lemak manis Jalen. Jadi, tukarkan sos tiram tadi dengan kicap mee atau kicap lemak manis ini, cuma tak masukkan semasa tumis. Masukkan selepas Lala tu dah menguap ... :)
Resepi Lala Tumis Halia Berlada

Tips Tambahan Resepi Lala Tumis Halia Berlada

  • Jika nak masak kering, Lala kena toskan dan buang airnya. Jangan masukkan air ke dalam masakan. Lala sendiri akan keluarkan air semasa menumis.
  • Jika nak elak masak Lala busuk (yang ada lumpur), rebus dulu Lala dalam 10-15 minit. Mana Lala yang terbuka dan nampak lumpur tu bolehlah diasingkan.

Ok. Siap dah resepi mudah dari saya, resepi Lala Tumis Halia Berlada. Saya masak kering je .. ada kuah tapi sikit.
Resepi Lala Tumis Halia Berlada - hasrulhassan.com
Ketiga-tiga anak saya berikan 4 setengah bintang dari 5 bintang untuk masakan ini.

Inilah masakan mudah dari saya. Siapa-siapa pun boleh mencuba. In Sha Allah, masakan ini sedap buat seisi keluarga.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

21 Komen

Gua suka gambar lesung batu mu....

Sedapnyeee.... lapar pulak perut rasa tengok lala yang dimasak tu.

Kalau saya tambah daun kunyit bagi Wangi.
Sedap ni

rutin harian sha makan ayam & ikan je... lama sungguh tak makan siput lala ni...

Mak ai meleleh air liur tengok..nak carile esok...

terliur tengok gambar, pasti sedap bila di makan. ada masa beli bahan suruh isteri masak

Yang penting resepinya sedap hehe..

Boleh je Fuza . rincik halus-halus dan tabur bila nak hidang pun ok ..:)

Anak saya dua pinggan nasi la jugak sbb ada LALA ni .. :)

Lu nak? Gua boleh pos kat lu .. hoho

wah..4 bintang tu... mremang buat buat terliur tengok...heee

sangat menyelerakan, nampak mudah je nnt akan cuba praktikkan heheh btw thx

Sedapnya lala masak tumis berlada ni, selalu bikin sup saja

Aha .... cubalah, isteri saya pun dok kagum gak tu .. hehehehehehe :P

Biasalah anak-anak memang suka masakan bapak dari emak .. hehehee.. :P

Bestnya blog ni. all in one. macam-macam info dalam ni. Resepi ni paling best.hehehhe. Nice blog keep writting.

serius nampak sedap, saya memang peminat lala

liz xblh mkn lala tp boss liz suka sgt lala ni. kalau p dinner kt luar mst dia suh tmn p cari lala

aduhai sedapnyaaaaa...tapi sayangnya mak jemah memang mabuk kalau makan lala taktau kenapa. kalau kerang takde masalah tapi kalau lala pasti hhai hai bai bai...

Saya lak tak leh makan kepah, pernah dua kali makan ... dua kali tu jugak fail!

Heh. Jika sedap, bolehlah cuba resepi Lala ni .. senang je nak buat nih ...


EmoticonEmoticon