Peniaga online wajib daftarkan perniagaan dengan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM). Peraturan ini telah mula dikuatkuasakan mulai Oktober 2014. Sudah ada satu jawatankuasa pemantau yang akan memantau perniagaan online ini. Perniagaan online ini termasuklah menerusi blog atau laman web, Facebook dan Instagram. Mana-mana perniagaan online wajib paparkan maklumat syarikat dan pendaftaran syarikat serta perniagaan.

Mana-mana peniaga online di Facebook, Instagram mahupun blog yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan penalti sehingga RM5,000 di bawah Akta Syarikat 1965 Seksyen 121(1)(b).

Sejajar dengan itu, mana-mana peniaga online perlu dan wajib meletakkan info pendaftaran perniagaan mereka di blog, Facebook dan juga Instagram. Ini termasuklah nama syarikat, perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.
Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Persoalan Berkaitan Perniagaan Online

Merujuk laman web SSM dalam ruangan F.A.Q:
  • Setiap perniagaan sepenuh masa yang dijalankan oleh individu secara atas talian bagi tujuan mendapatkan keuntungan perlu berdaftar dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya.
  • Sesuatu perniagaan atas talian yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan undang-undang kerana perjalanan perniagaan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak sah disisi undang-undang.

Kelebihan Buat Perniagaan Online Daftar SSM

Apa kelebihannya jika perniagaan atas talian atau online didaftarkan dengan SSM?
  • Perniagaan tersebut telah menjadi sebuah entiti yang sah.
  • Keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan adalah lebih tinggi.
  • Membantu memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan.
  • Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.

Ada perniagaan online yang letakkan nombor pendaftaran perniagaan meragukan. Untuk itu, anda boleh buat semakan menerusi E-Info SSM. Boleh lihat langkah-langkah yang telah saya kongsikan di sini - Cara Semak Nombor Pendaftaran Perniagaan SSM

Bagaimana Buat Duit Online Menerusi Affiliate?

Bagi mereka yang buat duit online menerusi sistem affiliate, anda tidak tertakluk kepada syarat ini tetapi tidak kepada penyedia produk affiliate. Penyedia produk perlu daftar kerana ia merupakan perniagaan yang dilakukannya. Affiliate disifatkan sebagai satu bentuk 'bisnes online' yang bukan dijalankan sepenuh masa.

Jual Produk MLM?

Begitu juga halnya dengan perniagaan seperti menjual produk MLM. Sebagai agen, diperlukan untuk sertakan nama syarikat MLM anda sertai, nombor pendaftarannya serta id agen anda.

Saya akan update beberapa info terkini jika ada mengenai bisnes atau perniagaan online ini apabila saya berhubungan dengan pihak SSM dalam jangkamasa terdekat.

Benda ini jadi satu keperluan dan diwajibkan apabila GST akan dikuat-kuasa pada 2015. Dan terdapat isu bahawa blogger dan peniaga online patut daftar GST, walhal dalam pemahaman saya yang masih lagi kurang ilmu mengenai GST, peraturan GST hanya melibatkan perniagaan yang ada turn-over atau pendapatan lebih daripada RM500,000 setahun.

Implementation of GST may only affect the small-businesses like the night market operators if their annual turnover exceeds the prescribed threshold which require them to be registered under GST.

Maka, rakan-rakan blogger harap tak gelabah sangat mengenai isu GST dikenakan kepada blogger ni sebab agak mustahillah nak capai sehingga RM500,000 setahun tu .. ke ada ehhh? hohoho ... :P
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

11 Komen

Salam HH,bagi individu yang dapat keuntungan melalui Google Adsense juga wajib daftar dgn SSM ke?

Reply

Erkkk.. macam macam dah lepas ni..

Reply

bagus laa dah dikuatkuasa. ramai dah yang prefer shopping online, dan ramai yang akan ambil kesempatan. sekurang-kurangnya bila kita paparkan no pendaftaran, prospek akan lebih yakin untuk membeli dengan kita!

Reply

kalau bisnes online yg dah daftar SSM tu memang boleh bantu yakinkan bakal customer kan. harap2 kes2 penipuan online pun dapat dikurangkan sama.

Reply

Alhamdulillah rasanya tak perlu daftar lagi setakat ni. Nak buat ebook kena daftar la kan?

Reply

Janganle...nanti blogger pun kena daftar jugak nanti...adoi mcm2...

Reply

Tak ada lagi alasan.. nampaknya suka atau tidak kena ikut juga la

Reply

Salam En. HH...

Saya menjalankan perniagaan secara DROPSHIP & PRODUK MLM... perlu register SSM?

Reply

Adalah lebih baik didaftarkan perniagaan dengan SSM. Lagipun, tak rugi apa pun kalau daftar, malah pengguna akan lebih selesa dan rasa terjamin. Almaklum banyak scam skrang ni.

Reply

bagus jugak kalau cara ni boleh elakkan scam..tapi daftar kan kena byar..brapa bayaranye??

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.