28 Oktober 2014

Penangan Trafik 20K Dari Dapur Tanpa Sempadan

Saya hanya mampu ucap terima kasih kepada Che Mat Gebu atau Adnan Ibrahim, pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan. Nyata, blog Che Mat (CM) satu blog berpengaruh yang boleh berikan impak sangat positif buat blog kecil macam saya. Inilah penangan trafik dari sebuah blog masakan dan resepi, yang bagi saya terbaik di Malaysia!

Tidak dinafikan, tarikan yang ada dalam blog Dapur Tanpa Sempadan milik CM telah membolehkan blog saya yang tidak seberapa ini menumpang trafik. Setiap kali saya buat entri mengenai masakan atau resepi, maka akan mencanak-canaklah trafik diberikan menerusi blog CM ini.

Saya bertuah sebab diberi kesempatan oleh Che Mat, membolehkan blog saya diberi tempat di dalam bloglist Dapur Tanpa Sempadan. Dek kerana kelebihan ini, saya cuba memancing trafik dari situ dengan sesekali buat entri mengenai resepi dan masakan.

Penangan Trafik 20K dari Blog Dapur Tanpa Sempadan

Penangan Trafik Blog Dapur Tanpa Sempadan

Pengunjung dan pembaca setia blog CM pasti akan nampak entri resepi saya yang baru diterbitkan. Dan dari situ, trafik mengalir buat mereka yang mahu tahu apakah bentuk resepi yang saya persembahkan, al maklumlah bukan ramai blogger lelaki househusband macam saya yang suka kongsi resepi, apatah lagi dari sebuah blog panduan blogger ... yang banyak paparkan entri pasal SEO blogspot, mengenai tips blogging dan cerita dunia blog Malaysia.

Dapat Kenal Blogger Kaum Hawa

Dari blog CM, saya dapat kenal beberapa blogger kaum ibu, dan beberapa blogger anak dara yang suka memasak .. hoho .... sekaligus menerusi blog saya ini, dapatlah bantu mereka dalam duni blog Malaysia.

Pernah baca entri ini - Identiti Mat Gebu Terbongkar!

Penangan trafik blog Dapur Tanpa Sempadan memang hebat. Trafik mencurah sehingga berjaya berada top dalam senarai sumber trafik blog ini (kategori sepanjang zaman).Yelah, lagipun blog CM bukan sedikit trafiknya, sangat kencang sehingga kini dah cecah lebih 45 juta ! Perghh .. ko ada?

Tak pernah menjangkakan bahawa sebahagian besar trafik yang hadir adalah dari seorang blogger yang tidak pernah lagi bertemu, apatah lagi bersembang santai, dari sebuah blog masakan yang di luar niche setara dengan blog ini.

Dan kerana itu, saya bersyukur Allah S.W.T telah menggerakkan hati Che Mat Gebu aka Adnan Ibrahim yang nyata bukan seorang yang lelaki yang biasa-biasa, tetapi lelaki yang luar biasa! Luar biasa kerana anda sukar nak jumpa lelaki gebu yang pandai dan bijak dalam masakan, yang pandai ambil hati orang tua, yang pandai pergi pasar, yang tahu selok belok dapur ... dan yang ada blog popular macam Che Mat .....

Saya pasti anda akan angguk dan setuju!

Blog Popular Tanpa Perlu Dedah Identiti dan Wajah!

Dan yang buat saya tambah kagum dengan CM ialah .. tanpa dedah identiti, tanpa dedah wajah .. blognya dah banyak kali masuk majalah .... dan bukan majalah sebarangan pulak tu! Tahniah CM, anda memang seorang blogger yang patut disegani ... hebat hebat.
Trafik 20K dari Dapur Tanpa Sempadan
p.s: Bila orang tanya pasal resepi, saya pasti akan sebut nama blog CM, malah isteri saya kalau nak rujuk resepi, akan minta saya untuk cari dalam blog CM. Saya sendiri pun masak gunapakai blog CM. Dan kawan saya yang sebelum ini pernah tinggal di oversea pun akan rujuk blog CM untuk lepaskan rindu pada masakan Malaysia.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

26 Komen Penangan Trafik 20K Dari Dapur Tanpa Sempadan

Itulah bila dapur berasap, mampu menggoncang satu Malaysia..:)

sama la ngan blog sy bang che mat byk bg trafik hehe

Hebat benar blog CM. Jadi penasaran saye.
Terima kasih atas info bagus ini.
Salam blogger.

Saya pun selalu lepak kat dapur CM. Saya sayang CM sebab bagi resepi yang biasa2 tapi hebat dirasa!

Selalu gi blog CM cari resipi ☺

Hebat! ;D Banyak resepi sedap dan menarik!

Memang mengancam bila cik Mat Gebu ni memasak

Trafik dari google tu banyaknya.

yang penting organic trafik tue...hu3

hebatkan blog CM ... :) dapat tempias trafik beribu-ribu tu ..

Eh eh .. terperasan pulak ye ... tu sampingan je .... trafik organik kalau umur blog dah berzaman ..in Sha Allah masuk banyak

Betul tu Aynora .. resepi CM memang best. Tgk gambar pun dah terliur ....

Alhamdulillah. :) terima kasih kerana sudi singgah blog ini.

Suka masuk blog mat gebu, follow ig die jugak..cara gambar masakan tu diambil pun sgt2 pro...nampak sedappp sangat lauk2 yang CM masak..

Dah 45Juta?? Hebat tu..dah brp lama berblogging HH?

45 juta tu bukan trafik blog ini le .. yinneii ...

Biase blog pasal tempat makan atau pasal masakan dapat traffic tinggi betul x bro Hasrul?

memang terbaik sangat trafik dari google blog hh ni..

bila buat entri pasal resipi biasanya memang akan selalu dicari.. :D

Wah, hebat sungguh blogger sekarang.harap2nya AA akan jadi seperti tuan2 semua

blog resepi terbaik, memang patut dikunjungi dan cuba resepinya

20K trafik, perghhh, itu baru dari blog CM, kalau blog CM sendiri entah berapa trafik beliau

kalau waktu lunch tk p rehat kt luar. rehat dlm ofis je msti tgk blog dia. pastu berangan nk masak itu ini. tp bila smpai rumah mls. haha

Saya selalu baca pastu hafal .... kalau wife saya, print ...:)

in Sha Allah, boleh tu .... janji dah tanam azam dan lakukan usaha. Usaha tak semestinya acuan yang sama.


EmoticonEmoticon