Lavender Mummy - Ustaz Kazim Elias Mahu Buat Laporan Polis

Tak habis-habis. Memang licik kegiatan blogger seorang ni. Walaupun ramai blogger Malaysia sudah terbitkan entri memberikan amaran akan penipuan licik blogger ini, namun masih ramai lagi yang mudah terpedaya dengan taktiknya. Dan terkini, satu pembongkaran, satu pendedahan, blogger dikenali Lavender Mummy bakal berhadapan sekali lagi dengan laporan polis yang dilaporkan akan dibuat oleh pihak Ustaz Kazim Elias.

Daripada apa yang disebarkan dan ditulis di fanpage Ustza Kazim Elias, blogger yang dikenali sebagai Lavender Mummy telah dengan secara sengajanya melakukan satu promosi tanpa kebenaran berkaitan pengembaraan Cruise bersama Ustaz Kazim Elias yang diusahakan oleh IntraTama Travel Consultant and Tours (M) Sdn. Bhd.

Ia berkaitan satu promosi yang telah ditulis oleh Lavender Mummy di dalam blognya. Promosi tersebut adalah berkaitan Pelayaran UKE 2.0 yang dijadualkan pada 25 hingga 28 Januari 2015.

Blogger Lavender Mummy Kutip Duit dan Lakukan Promosi Tidak Sah

Promosi berkenaan kalau diikutkan tidaklah salah ditulis di dalam blog; tetapi ia menjadi salah apabila blogger ini dengan sengaja cuba mengambil kesempatan dari program berkenaan. Dengan mempromosikan program tersebut tanpa perbincangan dengan pihak yang mengusahakannya iaitu IntraTama Travel, blogger yang dikenali sebagai Lavender Mummy telah melakukan satu program rekaan di mana dia bertindak mengutip wang daripada mereka yang terpedaya dengan promosi Pelayaran UKE 2.0, kononnya bayaran tersebut adalah untuk baju t shirt dan cenderamata khas program berkenaan.

Pihak IntraTama Travel menerusi fanpage mereka juga ada mengeluarkan status bersama Ustaz Kazim Elias ini berkaitan penipuan yang didakwa dilakukan oleh blogger Lavender Mummy. Anda boleh lihat di sini - Facebook Page IntraTama

Dakwaan mereka, tiada sebarang kerjasama dibuat antara pihak mereka, mahupun Ustaz Kazim Elias dengan blogger yang dimaksudkan. Nyata ia satu teknik licik penipuan memperdaya ramai.

Kegiatan Licik Penipuan Lavender Mummy Bukan Rahsia

Kegiatan licik blogger Lavender Mummy ini bukan lagi satu rahsia dalam kalangan komuniti blogger lama yang sudah berblog sejak 2010. Malah, ramai blogger Malaysia yang telah mendedahkan pelbagai kegiatan penipuan oleh Lavender Mummy, malah laporan polis juga telah dibuat oleh beberapa mangsa penipuan beliau.

Blogger ini juga telah berjaya memperdaya beberapa blogger terkenal Malaysia sehingga ada yang sanggup melakukan pelaburan ratusan ringgit untuk program-program yang sebenarnya program penipuan licik oleh blogger ini.

Apa yang dilakukan oleh blogger ini memang memalukan komuniti blogger Malaysia, dan sedikit sebanyak mencalarkan nama baik blogger-blogger yang mencari makan menerusi blog.

Tulis Entri Review Bohong Perdaya Pembaca

Lavender Mummy sanggup tulis dan terbitkan entri ciplak review dan sanggup menipu pengunjung dan pembaca blognya mengenai beberapa promosi yang jelas adalah promosi rekaan yang dibuat-buat bagi mengaburi mata ramai pihak mengenai kegiatan licik penipuan internet.

Anda boleh sahaja Google nama Lavender Mummy ini dan anda akan nampak beberapa banyak post serta perbincangan di forum-forum telah dibuat mengenai kegiatan penipuan licik wanita yang bergelar Lavender Mummy ini. Walaupun identitinya telah didedahkan, wanita ini tetap tidak serik melakukan pelbagai onar di dalam dunia blog Malaysia.

Dikenali Juga Sebagai Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute

Mungkin ada yang tidak tahu, blogger ini sebelum ini pernah menggunakan nama Isabella Azry, Mahligai Gading dan Issabella Cute. Beliau dah menipu ramai orang dalam pelbagai program rekaan sejak dari tahun 2011 lagi.

Ayat-ayat dia memang licik sekali, dan tidak terkalah dibuatnya....
Lavender Mummy - Ustaz Kazim Elias Mahu Buat Laporan Polis

Identiti Lavender Mummy telahpun didedahkan. Gambar dia pun ada. Alamat rumah pun ada. Walaupun nombor telefon sering berubah, nama samaran saling berganti tetapi nama sebenar dia tetap ada - dikenalpasti sebagai NURZUSILAWATI BINTI NADZRI ... dan merupakan pemegang akaun Maybank 13020123175521. Jika anda terjumpa mana-mana program internet, pelaburan, servis dan perkhidmatan yang menggunakan nama dan akaun bank tersebut, maka berhati-hatilah.

Salah satu program yang sedang hangat dipromosikan di beberapa laman web pengiklanan ialah Pengurusan Email seperti yang telah saya tulis di Kes Penipuan Internet

Anda boleh baca lagi mengenai penipuan licik wanita ini di sini - Penipuan Alam Siber dan juga di sini Awas Blogger Anda Mungkin Bakal Jadi Mangsa Penipuan

Saya menulis ini adalah untuk ingatan diri dan juga semua pengunjung dan pembaca blog ini. Bukan mahu memalukan dan menjatuhkan maruah wanita yang bergelar Lavender Mummy ini, tetapi apabila tindakannya menggunakan nama-nama besar dan berpengaruh seperti Ustaz Kazim Elias untuk menipu, saya anggap ia satu tindakan dan cara keterlaluan.

Sedikit sebanyak akan jejaskan blogger yang benar-benar buat kerja cari makan income dengan blog! Apa yang dilakukan memberikan impak negatif dan jejaskan kredibiliti blogger yang bertahun cuba untuk jadikan kerjaya menulis blog satu profession yang sebenar.

{ 53 comments.. read them below or add one }

Aminin Aminin October 16, 2014
Memalukan betul.. Memalukan nama blogger yang lain..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie October 16, 2014
peliknya dia tak pernah kena tangkap ke?? sebab kes LM ni dah lama kan sebenarnya...?? hurm... sayang je, dia seorang yang istimewa, tapi sikap dia sangat tak istimewa....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Pernah masuk lokap tapi dibebaskan .. dengarnya sbb tak cukup bukti .. penipuan siber ni susah sikit nak kumpul bukti .....
Innanie Ariffin Innanie Ariffin October 16, 2014
dasat dia ni! berani betul menipu! abang HH apa kata beritahu info LM tu pada pihak travel supaya polis boleh buat siasatan
acik watie acik watie October 16, 2014
Alhamdulillah Acik terbaca entri HH ni...kalau tidak, memang Acik tak tahu menahu pasal ni.terima kasih HH
zarulfarhana zarulfarhana October 16, 2014
Bahaya nya kalau xtahu...
Sebab duit sanggu menipu..
Eshamz Halim Eshamz Halim October 16, 2014
Tak habis-habis kisah pompuan sorang ni.... agar pembaca diluar sana lebih berhati-hati....
Zamani Abe Zamani Abe October 16, 2014
Akan berhati hati lepas ni.. baru 1st time dgr sal mak cik ni
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim October 16, 2014
memalukan kaum blogger..dahsyat.,...nice sharing..
yang baik Ishak yang baik Ishak October 16, 2014
pernah juga terkena dengan janji manisnya... cepatlah dia sedar diri
Hanim Hashim Hanim Hashim October 16, 2014
Berani sungguh dia ni ...dah pandai main ustaz plak dah sekarang. Kasi gegar je dia ni, sebarkan info sebanyak yang boleh agar orang ramai tahu dan tak tertipu lagi dengan dia. Haihh ... tergamaknya menipu duit orang...tak rasa berdosa ke?
phat dot my phat dot my October 16, 2014
x serik2 kaut untung dari cara yang salah
nor nazliana nor nazliana October 16, 2014
selalu gak tengok blog dia..huhuu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Saya dah panjangkan entri ini pada pihak mereka. Hanya mereka yang layak untuk buat laporan polis dan pada SKMM untuk tindakan lanjut.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Saya sangat berharap lebih ramai akan share entri ini untuk pengetahuan ramai, masih ada yang terpedaya dengan teknik licik beliau, malah dalam forum pun ada sahaja kelibat kegiataannya yang kaut keuntungan mudah dengan perbuatan ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Memang geliga otak dia ni ... sayang sekali diguna pada jalan dan cara yang salah. Kalau ikutkan dia boleh jadi seorang blogger dan IM yang bagus tapi apakan daya, dia lebih suka jalan singkat dengan kaedah-kaedah liciknya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Saya ada juga pasang umpan, tapi nampaknya dia takut akan memakan diri, mungkin dia tahu ada akal lagi berakal yang boleh akali kegiatan dia.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Yang kasihannya ada rakan blogger yang saya kenal pun dah terhabis duit disebabkan dia ni ... bukan sedikit pula tu ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
belum tengok iklan-iklan dia dalam laman-laman web pengiklanan macam mudah.my .... lelong.my dan macam2 lagi. Ada je cara beliau dengan menggunakan pelbagai nama samaran untuk tipu orang ... ambil duit tanpa kebenaran.
reezluv reezluv October 16, 2014
harap kena penjara cepat sikit, supaya insaf le hendaknya..
Hasnieda Mohamad Hasnieda Mohamad October 16, 2014
Astagfirullahal'azim....
carilah cara halal utk dapatkan duit kalau yer pun... ni secara tak langsung membusukkan nama blogger lain... anyway thanks tuan for this entry... kalau tak saya pun tak tau...
Aimie Mokhtars Aimie Mokhtars October 16, 2014
hari tu nyaris kena...alhamdulillah sempat kantoi
cheq eem cheq eem October 16, 2014
tak tahu lah sampai bila dia akan terus hidup dengan menipu duit orang.... semoga dapat hidayah cepat2....
Denaihati Denaihati October 16, 2014
sebarkan kegiatannya, mudahan orang lain tak tertipu sebelum polis dapat buktikan dia bersalah....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Sama-sama. Sebelum ni banyak blogger tulis indirect, tak sebut nama, tapi kali ini saya tulis entri ini terus letak nama LV ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Cara dia yang salah, tp kalau buat proper ok je .. ni sampai buat program atas program ni yang tak betul ni. Makan untung atas angin ... tanpa izin pula tu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 16, 2014
Semoga kes ini dapat diselesaikan segera .. memandangkan dia dah berani guna nama-nama besar seperti Ustaz Kazim Elias .... esok2 ntah2 nama menteri lak dia jaja.
sabree hussin sabree hussin October 16, 2014
Ini sungguh mencemarkan nama baik industri ni
Mommy Zura Mommy Zura October 16, 2014
Dunia sekarang ni macam2.. haihh
Maria Firdz Maria Firdz October 16, 2014
Mmbusukkn nama blogger..
Scha Nazri Scha Nazri October 16, 2014
Kecoh jugaklah dunia blogger ttg LM. Allahu. Sampai begitu sekali?
Rosmiza Ali Rosmiza Ali October 16, 2014
Spesies2 macam ni lah yang menjatuhkan nama bloger2 lain yang cari makan dengan blog.. Harap lepas ni takde lagi kes blogger amik kesempatan macam ni..
Rosmiza Ali Official Blog™
Ida Ida October 16, 2014
Memalukan betul.. Semoga diberi hidayah.
Aku Penghibur Aku Penghibur October 17, 2014
memang dasyat panjang akal dia menipu sana sini... ishhh semoga Allah beri hidayah kepadaNya
hpmurah2u hpmurah2u October 17, 2014
macam-macam jadi kat dunia ni..orang penipu akhirnye terbongkar jugak
MyLife Ria MyLife Ria October 17, 2014
Macam-macam lah sekarang ni, kene sekali pun tak beri pengajaran
Khir Khalid Khir Khalid October 17, 2014
Penipuan licik mcm ni mmg menjejaskan imej & kredibiliti blogger seluruhnya. Secara tak langsung kepercayaan org ramai terhadap blogger pun boleh tercalar.. hmmm..
siti hazreen siti hazreen October 17, 2014
first time dengar pasal orang ni
ruggedmom ruggedmom October 18, 2014
Terer betul sampai ustaz pun kena. Yang risaunya iklan dia di mudah.my dan lelong tu sebab ada juga membeli-belah di situ.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 18, 2014
Haa tau takpe ... memang rajin dia ni ... tapi itulah, cara dia tu salah, kalau boleh konar skit jadi baik, ok dah ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 18, 2014
Betul tu Khir .. itulah yang cuba saya nak sampaikan dalam entri ni .. apa yang dia buat boleh jejaskan blogger lain cari makan, lepas ni tak ada company nak percaya pada blogger dah kalau ada jenis gini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 18, 2014
Sama-sama kita doakan dia ... achik pun tahu kan .. kes dia ni sikit punya banyak modus operandi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 18, 2014
Kalau baca kisah mereka yang pernah jadi mangsa lagi kesian ... wang lebur ... pelaburan lebur ... bukan sikit jumlahnya
Farah Farah October 19, 2014
kreatif nya dia ni dan tak putus asa, selalu aja ada cara nak buat duit. kan lebih baik dia gunakan ilmu dia ni ke arah kebaikan. Sia-sia aje hidup.
Nurhalawa Md Yusof Nurhalawa Md Yusof October 19, 2014
Memalukan kaum wanita. Ingat, hidup ni sementara. Jangan duk galak sangat buat jahat tu.
rokiah rokiah October 19, 2014
Akhirnya semuanya berkaitan duit.. nak duit sanggup buat apa sahaja..moga dibukakan hati untuk kembali ke pangkal jalan
siti nurafida noh siti nurafida noh October 20, 2014
Orang sekarang bijak2 belaka nak buat duit dengan cara senang walaupun salah.
nasslimdiet2 nasslimdiet2 October 20, 2014
Semoga dia insaf dengan tindakannya
dinsblog dinsblog October 22, 2014
ade jugak org mcm nie...terima sharing..1st time dengar nama minah ni.
HOMESTAY MALAYSIA HOMESTAY MALAYSIA October 23, 2014
Berani betul dia LM..berani masuk lokap..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.