Langkau ke kandungan utama

Langkah Lari-Lari Anak Dapat Income Dengan Blog

Alkisahnya, blog saya (hasrulhassan.com) dengan Adsense tidak lama. Tapi alhamdulillah, dalam masa singkat peluang diberikan, dapat juga menjana lebih USD100. Saya redha bilamana blog saya kena banned dari meletakkan iklan Adsense. Bukan sekali, tetapi beberapa kali.

Beberapa kali? Yup, bila kena banned, anda sebagai pemilik blog boleh apply mohon ditimbang-tarakan supaya dibenarkan kembali meletakkan iklan Adsense dalam blog, dengan syarat anda ikuti penerangan yang diberikan oleh mereka untuk selesaikan masalah kenapa blog anda kena blocked akaun Adsense ini. Selalunya, bila pihak Google Adsense detect menerusi robotnya; ia akan hantar satu email beritahu iklan Adsense di blog anda kena disable. Dan dia akan beritahu kenapa, dan langkah perlu untuk benarkan iklan dipulihkan kembali.
Langkah Lari-Lari Anak Dapat Income Dengan Blog

Bila dah buat, anda boleh email pihak Google Adsense untuk periksa balik blog anda yang kena disable iklan Adsense ni - dan ini dilakukan oleh kakitangan mereka, dan bukan robot. Bila lepas, ia akan hantar email mengatakan appeal kita berjaya dan boleh sambung.

Begitulah saya beberapa kali buat bila ada sahaja yang tidak kena dengan Google Adsense.

Google Adsense Pentingkan Trafik Organik

Antara sebab ialah ada kandungan nampak tidak original atau sama dengan blog lain. Ada penggunaan iframe untuk dapatkan trafik ke blog, selalunya dari widget-widget perkongsian artikel blog lain. Google Adsense sangat pentingkan trafik menerusi enjin carian ini; jadi awas ... pastikan sumber trafik blog anda asli dan lebih 70 peratus adalah daripada enjin carian.

Entri ini adalah kesinambungan dari dua entri terdahulu:

Langkah Lari-Lari Anak Dapat Income Dengan Blog

Memandangkan dah tak ada benda yang boleh jana income menerusi blog, saya pun daftarkan blog dengan Nuffnang. Alhamdulillah, masa tu Nuffnang baru nak bertapak di dunia blog Malaysia, jadi merasalah dapat cek dalam masa yang cepat. Income pun ok, walaupun tak ada la sampai ribu-ribu, dapat ratus pun ketika itu dah cukup seronok.

Pada ketika itu, saya dah ada kepercayaan bahawa memang blog boleh buat duit, dan jadi sumber income sampinga. Saya dah berjaya buktikan boleh dapat income dengan blog.

Kemudian, lama kelamaan, saya jadi bosan sebabnya ialah .. Nuffnang ini pentingkan engagement blogger dengan event yang dia anjurkan. Saya tak boleh commit sebab dok jauh, bila dok jauh ni .. maka, Nuffnang tak pandang blog saya tu, jadi iklan berbentuk BE (Buffered Earnings atau CPUV) dan jarang masuk blog. Maka, saya pun carilah alternatif.
Cara buat duit dengan blog

Cara buat duit dengan blog

Alternatif seterusnya ialah saya daftar dengan Advertlets dan juga Adsniaga. Dan pada masa yang sama, saya berjinak dengan affiliate tempatan ... sebelum ni affiliate luar negara (tak jalan sangat sbb tak ada pembaca blog saya nak beli produk omputih ni)......hoho ..  saya daftar dengan jomniaga yang kini dikenali sebagai Ashadee.com.

Baca ni - Kenapa Income Nuffnang Tak Gerak-Gerak

Lepas tu, saya daftar pula dengan ManggaAds. Tak lama .. Adsniaga dan ManggaAds tak jalan. Advertlets lak cam lambat je ... jadi, saya tukar lagi ....

Oh ya, lupa nak bagitahu; nak buat duit dengan Nuffnang yang serius masyuk ialah dengan mendapatkan iklan berbentuk advetorial. Nak dapat peluang ni memang susah, tapi ada tips jika blogger yang cuba dapatkan iklan berbentuk advertorial Nuffnang ni. Saya ada ceritakan di sini - Panduan Mendapatkan Iklan Advertorial dari Nuffnang

Bertukar dari Nuffnang ke Komli

Saya lihat ada kekuatan trafik ke blog saya, maka saya pun apply Innity. Lama juga tunggu respon ... last-last kena tolak ... alamak ... kecewa betul saya. Maka, saya pun cubalah Komli, dan alhamdulillah ... saya dapat daftar dengan Komli. Dari Komli, saya dapat income yang agak baik juga ...
Cara buat duit dengan blog

Mula-mula memang sikit, lama-lama .. dari USD2 sebulan .. jadi USD5 .. lepas tu USD10 .. lepas tu USD50 sebulan .. dan sekarang, boleh buat kira-kira sendirilah ... hoho ...

Alternatif Jana Income Dengan Blog Menerusi Affiliate

Saya kemudian fikirkan jalan lebih serius untuk jana income menerusi blog menerusi platform affiliate. Saya daftar dengan Jomniaga yang kini sudah dikenali sebagai Ashadee. Dengan Ashadee.com ... awal-awal dapatlah income RM2 ... setiap bulan dok kumpul benda tu, dan tetiba saya jumpa lubuk affiliate .... hoho ... dari satu produk tu, saya dah jana lebih RM300 dah walaupun harga produk affiliate tu cuma RM20 je ... kemudian daftar dengan AgenAffiliate ... dapat lagi income daripada affiliate bertubi-tubi ....

Masa saya join Ashadee.com; saya banyak beli ebook tentang cara nak buat duit online dengan affiliate. Bila dah beli ebook, study menerusi video tutorial ... barulah nampak impak positif. Jadi, betullah .. nak jana income dengan blog, kena ada ilmu, dari situ .. dari sebuah ebook ke sebuah ebook saya belajar dan belajar, lepas tu praktik. Dan memang .... alhamdulillah, blog saya dah boleh jana income yang baik sehingga ke hari ini.

Saya bukan setakat beli ebook, saya langgan pula blog-blog pakar IM dan pakar buat duit online, tak kira dari dalam mahupun luar negara. Setiap kali dapat email, saya akan baca .. bila ada tips je, saya terus buat.

Inilah antara hasilnya ...
Cara dapat income blog dengan affiliate
Kesimpulannya, nak buat duit, nak jana income dengan blog, jangan tahan-tahan diri untuk dapatkan ebook dan buat pelaburan beli ebook berkaitan.

Mula dulu, saya teragak-agak juga nak beli sampai RM100-RM200 ebook yang beritahu mengenai affiliate, tetapi seperti mana kejayaan pakar-pakar IM yang lain, saya beranikan diri untuk mulakan langkah ... take action ...

Nak dapat income seperti yang saya paparkan di atas tu? Jangan teragak-agaklah bila saya syorkan anda dapatkan panduan itu dan ini, sebab ia akan membantu .. tak dapat banyak, sikit pun dah ok. Dah ada ilmu, praktik dan buat .. tak buat, takkan dapat apa-apa.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Yang penting jangan putus asa. Mesti temui jalan untuk berjaya.

    BalasPadam
  2. terima kasih HH kongsi tips ni. sebelum ni saya beli ebook saya perap ilmunya. sekarang saya tahu yang lebih afdal ialah, beli ebook, praktis dan kongsi ilmu dengan pembaca. lebih umphh. mintak halal ilmunya ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, jika dah ada ilmu, usaha dengan apa yang diberikan, boleh jana income dengan blog.

      Padam
  3. terima kasih
    kerana meletakkan mimbar kata
    dalam blog list tuan...

    BalasPadam
  4. in sha allah belajar dari blog ni walau tpaksa merangkak-rangkak

    BalasPadam
  5. MP sememangnya nak serius dalam blog ni, terima kasih atas tunjuk ajarnya yea. MP masih baru dalam dunia blog lebih kurang 3 tahun lebih, banyak benda kena belajar. Matlamat MP berkongsi ilmu dan pandangan namun bila tengok dunia blog kian menjana pendapatan, jadi MP akan mencuba. Insyaallah, matlamat masih sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 tahun dah dikira lama juga tu. Kalau sudah ada blog yang berusia camtu, boleh dan mudah nak buat duit dgn teknik SEO.

      Padam
  6. Wah banyak yang boleh belajar dari entri ni...nak buat duit dari blog kena juga belajar selain mantapkan skill menulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Memang kena banyak belajar. Sebab ada benda tak tahu, kalau dicari secara percuma mesti ada lompong.

      Padam
  7. sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)

    BalasPadam
  8. Wah kalau macam ni memang tuan sangat berpengelaman orangnya dan kerana usaha tanpa jemu tuan itu..telah mendatangkan hasil...InsyaAllah saya turut mengikuti jejak langkah tuan nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ramai lagi yang lebih berpengalaman dalam soal ni, cuma mereka tak suka nak dedah dedah macam saya ni. Mereka lagi hebat, berkantung-kantung buat duit dengan blog ni

      Padam
  9. Ternyata memang mendapatkan penghasilan income dari blog membutuhkan kerja keras.
    tetapi bila kerja keras itu benar benar menghasilkan uang akan bisa membuat hati ini senang pula.

    Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini

    BalasPadam
  10. sangat kagum..terasa nak ikut, entah bila jadi pandai ..daftar pun selalu lupa pasword. Mybe Etuza tak fokus, tak tulis email pasword bagai. kena dah lupa pasword email. nufnang nak daftar balik pun tak dapat hingga kini. Try lagi lah ni HH

    BalasPadam
  11. Tu belum berlari mak kan? Kalau berlari mak mesti lagu masyuk..Ehe.

    BalasPadam
  12. Yang penting jangan putus asa

    BalasPadam
  13. nak tunggu tuan HH mengeluarkan ebook sendiri pulak lepas ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih lagi tertangguh nak buat benda ni .. hoho ...

      Padam
  14. maybe rezeki HH disini..nuffnang saya sedikit mengecewakan..namun yang pasti income dari popads sangat memberangsangakan...cubalah dulu...mana tahu rezeki HH pda iklan popads,sbb blog HH ramai pembaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah cuba PopAds, bila blog ni dibuka guna mobile version, popup halang orang nak baca blog.

      Padam
  15. banyak manfaat dan ilmu boleh dapat di blog HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…