House Husband Macam Aku Adalah Pondan?

Saya blogger suri rumah, kerja dari rumah, buat kerja di rumah. Saya blogger sepenuh masa, buat dan bina blog kerana minat, dan pada masa yang sama saya menjana pendapatan daripada blog. Saya tak mahu cerita kisah buat duit dengan blog atau tips buat duit online. Apa yang nak saya cerita ialah mengenai diri saya sebagai house husband. Ada yang kata house husband macam saya adalah pondan.

Saya suka dan setuju dengan entri ditulis oleh blogger +Shark Kay, anda boleh baca entri berkaitan dengan apa yang akan diulas ini iaitu Surirumah Lelaki Pondan.
House Husband Macam Aku Adalah Pondan

House Husband Macam Aku Adalah Pondan

Ia berkaitan dengan satu artikel diterbitkan menerusi Sinar Harian yang bertajuk Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Pondan.

  • Pondankah jika seorang lelaki tahu memasak dan mengemas rumah?
  • Pondankah jika seorang lelaki menyapu sampai dan mengemop lantai?
  • Pondankah jika seorang lelaki mengasuh anak-anak?

Ok. Saya tanya .. berapa ramai lelaki yang sanggup buat begitu? Berapa ramai lelaki yang sanggup buat kerja-kerja surirumah ini? Tak ramai ... memang tak ramai.

Orang yang suka kata lelaki buat kerja rumah adalah pondan adalah mereka yang tidak tahu menjadi seorang ketua keluarga serba boleh. Ingat perkataan ini - Ketua.

Lelaki Adalah Ketua

Sebagai ketua, sebagai lelaki anda patut serba boleh, iaitu boleh melakukan sesuatu yang orang anda tanggung boleh buat.

Lihat sahaja kes dalam pejabat. Boss itu ketua. Agak-agak kenapa dia jadi ketua? Sebab yang selalu ialah kerana dia lebih baik buat kerja yang orang lain buat. Lebih baik. Lebih pandai. Lebih bijak. Lebih berani.

Sebagai lelaki, sebagai khalifah, sebagai ketua, anda patut serba boleh termasuklah menjadi seorang house husband, sebagai lelaki yang boleh buat kerja, bukan takat kerja lelaki, juga kerja yang dibuat oleh wanita.

Kenapa wanita sekarang berjaya? Sebab mereka ini berani masuk bidang kerja yang selama ini lelaki dominasi. Kenapa wanita sekarang banyak masuk IPT? Sebab mereka mahu bersaing dengan lelaki, mahu jadi dominan ...

Tapi ada lelaki (dan juga wanita) yang beranggapan bahawa house husband macam saya ini pondan. Lelaki buat kerja rumah adalah pondan! Uhh sempitnya pemikiran. Ini pemikiran yang sengaja nak menyekat kelebihan lelaki, walhal seorang lelaki boleh buat hampir semua kerja (kecuali beranak).

Saya tidak setuju dengan kenyaataan house husband adalah pondan; lelaki buat kerja rumah pondan, surirumah lelaki pondan.

Mengapa bila perempuan boleh buat kerja lelaki dianggap hebat? Tidak pula pada lelaki?

Bagaimana dengan anda?

Antara komen saya terima ...
"hubby sya pernh jadi house husband dr 2007 hingga 2011..4 tahun jga ank dr umur 2 bulan smpi 4 tahun.sendri.jgn ckp mereka pondan.dan jgn ingt house husbnd x da income.dulu hubby smbl dia jga ank dia jual kereta komisen dia dpt lbh kurang gji sya.bila kita pernah melalui saat ini pastinya house husbnd adalh seorg suami yg terbaek " - Suzyanna Yap



{ 21 comments.. read them below or add one }

Hamidi SP Hamidi SP October 31, 2014
Nasib baik SP tak jadi suri rumah sepenuh masa, kalau tak, dapat la gelaran Blogger House Husband Pondan..hehe
blogger lelaki blogger lelaki October 31, 2014
di dunia moden masih ada yang berfikiran sempit
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR October 31, 2014
bgus la tu lelaki buat kerja rumah..memang kewajipan kan?hehheheh
Etuza Etuza Etuza Etuza October 31, 2014
Asalam..macamana tu, mybe tak dinafikan ada lelaki yang melebihi wanita kerja di rumah. Tapi kalau Etuza berbelog isteri Etuza memasak..kalau etuza buat kerja di kawasan rumah isteri etuza melipat kain pula ..ada kah gelaran pondan macam tu, tangan isteri sepatut dalam rumah, bab berkebun tu lelaki punya tugasan sebenarnya..tapi ada kah terbalik. bab2 kerja rumah tak berapa ngam lah jika semua lelaki yg buat membantu tak apa. Lelaki kena jadi ketua bukan di arah..hehehe...bedrbelog etuza mengaku lebih suka berbelog dari isteri...
siti hazreen siti hazreen October 31, 2014
memang respect kat lelaki yang boleh buat kerja rumah ;)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 31, 2014
Memang wujud pandangan sebegini ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 31, 2014
Jika kita contohi dan ikuti Sirah Nabi Muhammad S.A.W ... kita akan tahu.
Matt Fitt Matt Fitt October 31, 2014
Takde masalah pun bagi sya. Walaupun jadi house husband, tapi masih lagi mampu menjana pendapatan (dgn berblog), mmg tak salah, tak hina pun. Daripada jadi house husband, tapi hanya mengharapkan isteri semata-mata untuk menyara keluarga, harrr.... itu masalah :)
Matt Fitt Matt Fitt October 31, 2014
Sya setuju tu, tuan :)
Sally Yatiey Sally Yatiey October 31, 2014
Terbaiklah apabila lelaki jadi house husband ni, takde pun macam pondan.
Denaihati Denaihati October 31, 2014
siapa yg berani cakap tu...heeee. suka ayat ni..."walhal seorang lelaki boleh buat hampir semua kerja (kecuali beranak)"
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU October 31, 2014
Em nak jadi pondan mcm nilah...
Zamani Abe Zamani Abe October 31, 2014
Tak terfikir pun bro mcm pondan bila baca artikel tu... hahadoiiii
sabree hussin sabree hussin November 01, 2014
Sebenarnya ... lelaki yang boleh buat duit walaupun cuma dari rumah adalah spesis yang RARE. Dengki la tu yang labelkan sebagai pondan
Illya Farhana Illya Farhana November 01, 2014
Sebenarnye dorang jeles tu abg HH..sbb dorang xmampu nak lakukan ape yg house husband blh lakukan.
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin November 01, 2014
saya lebih hormat lelaki yang macam ni"househusband" daripada yang langsung tak mahu hormat dan tolong isteri.
weschairs weschairs November 01, 2014
Ni mesti terasa hati dgn sapa sapa ni sampai buat entri macam ni.. Susah nk ubah persepsi orang ni.. Lelaki yang duduk dirumah akan dipandang sebagai pemalas dan makan duit bini.. Bab Bab pondan tu rasanya bangsa lelaki juga yang gemar melabel ni.. Betui tak?
Amy J Amy J November 02, 2014
yang x pernah merasa tulah yang selalu cakap orang benda negatif. dia nampak buruk je, baiknya dia x perasan pula..
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid November 02, 2014
ish..tak patutnya orang cakap macam tue. sempit sungguh pemikiran. bukannya duduk rumah goyang kaki, kan work-at-home-dad namanya tue. bagi saya, lelaki yg tak bertanggungjawab n menzalimi wanita tue lah yang `pondan`. tak gitu?
Aishah Ahmad Aishah Ahmad November 02, 2014
Untung la bini kalau ada laki tolong2 kat rumah.ringan skit beban.taklah penat melepek, kan.
Dalila Yusof Dalila Yusof March 26, 2015
apala..mungkin dia kolot tak..ha2...

ada orang masih menganggap kerja di pejabat adalah kerja. surirumah tiada kerja sebab tak de duit.

http://dalilablogez.blogspot.com/

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.