Tengok laporan harga plet termahal di Malaysia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); naik terbeliak mata saya dibuatnya. Fuhh ... ramai juga orang-orang kaya lagi berada di Malaysia ni, sehingga sanggup bida harga tertinggi untuk nombor pendaftaran kenderaan.

Harga nombor plet atau pendaftaran kenderaan termahal Malaysia setakat ini ialah W1N yang berharga RM748,000. Ia dimiliki oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Nombor Plet BMW Eksklusif

Baru-baru ini, ada bidaan untuk nombor plet pendaftaran kenderaan bermula dengan BMW, yang mana 5 daripada nombor plet eksklusif tersebut dimenangi oleh ahli anggota pentadbiran kerajaan. Nombor plet termahal yang dimaksudkan ialah BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10. BMW6 dimenangi oleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Manakala BMW5 dimiliki oleh kerabat diraja. Pihak JPJ ada polisi tertentu untuk dedah dan tidak mendedahkan siapa empunya pemilik nombor plet termahal di Malaysia.
Harga Plet Termahal Malaysia
Kredit Foto: Paultan.org

Siapa agaknya anggota pentadbiran kerajaan yang menang bidaan nombor plet kenderaan tu ehhh ... hoho.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah JPJ dalam akhbar, JPJ tidak boleh dedahkan nama anggota pentadbiran kerajaan yang menang bidaan nombor plet kenderaan BMW harga mahal. Ia sebagai langkah patuhi keputusan kabinet yang mahu nama pemenang bidaan nombor plet pendaftaran kenderaan mahal dirahsiakan bagi elak persepsi negatif daripada masyarakat.

Pemilik Nombor Plet BMW

Harga Plet Termahal Malaysia

  1. BMW1 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
  2. BMW2 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
  3. BMW3 - Kerabat Diraja Selangor - Tengku Ahmad Shah
  4. BMW4 - Tidak dinyatakan
  5. BMW5 - Kerabat Diraja
  6. BMW6 - Datuk Lee Chong Wei
  7. BMW7 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
  8. BMW8 - Ahli Perniagaan
  9. BMW9 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
  10. BMW10 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
Orang banyak duit, memang tak kisah bida dan beli nombor-nombor plet yang unik ini. Ada kata boleh buat duit dengan dapat nombor-nombor eksklusif ni, yelah .. agak2 macam dah tak mo pakai kereta dan nombor plet ni .. leh jual harga tinggi. Mungkin ni salah satu cara yang memungkinkan harga kereta terpakai ... jauh lebih berharga. Harga kereta terpakai boleh tahan tinggi jika ada nombor plet yang rare seperti ini.

Sekarang mari tengok senarai harga plet pendaftaran kenderaan termahal yang telah ditempah menerusi JPJ di Malaysia.

Senarai 12 Nombor Plet Termahal di Malaysia

Harga Plet Termahal Malaysia
Harapnya mereka yang ada nombor plet mahal ni janganlah terdiri dari orang bongkak sombong dan perlekeh rakyat jelata yang dok meraung sebab harga minyak petrol mahal naik 20sen seliter. Hoho ..

Ramai orang kaya di Malaysia ni, cuma mata kasar kita je yang tak nampak ... ye tak?

Saya pernah juga bida nombor plet, untuk dapat angka atau nombor yang kena mengena dengan jiwa sentimental ... hoho ... kena bayar dalam RM200 untuk dapatkan nombor plet yang khusus yang kita nak - kiranya langkau barisan atau turutan la.

Bidaan nombor plet oleh JPJ memang sumber income jabatan ini sampai dapat kaut RM400 juta setahun .. harapnya bolehlah tengok-tengokkan bab lain juga terutama bab keselamatan jalanraya, bila dah ada pendapatan yang lebat hebat ni. Dengarnya nanti, JPJ nak buat duit lagi untuk saman cermin gelap dan lampu sorot pada kenderaan ... hoho ..

Apa pendapat anda?

25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. biarkanlah mereka..orang banyak duit kan..

    BalasPadam
  2. asalamualaikum HH..mahalnya.. jutawan tu, apapun dengan harga klas pertama hehehe

    BalasPadam
  3. serammm tengok......agak2 kalau lapo boleh ker makan no plat tu.....ehehehe

    BalasPadam
  4. Orang kaya mahu nombor cantik boleh beli, biasa lah, nak tunjuk-tunjuk.. org sederhana macam saya ni huhu.. tidak mampu...

    BalasPadam
  5. Esok nak mohon kerja dengan JPA nanti saya pun boleh beli DR1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Da dpt ke keja? Dr bli no plet mhal baik bg mkn n sedekah org miskin

      Padam
  6. Glup.... hurmm... kalu dah berWANG... apa pun sanggup....

    http://supernifzvitamin.com/khasiat-madu-lebah/

    BalasPadam
  7. Tak mampu pakai BMW lagi, kalau dapat plat pun ok sangat dah :P

    BalasPadam
  8. hurmmmm, saya memang tak mampu lah nak beli nombor plat mahal-mahal nih, baik buat isi perut huuu

    BalasPadam
  9. Bila dah kaya mesti nak kan kuasa. Bila dah kaya dan berkuasa... maka nak kan perhatian dan keistimewaan... Besar sungguh dugaan orang kaya ni didunia ini...

    BalasPadam
  10. golongan kaya senang-senang berbelanja duit dan golongan miskin pula terpaksa bertaruh nyawa demi sesuap nasi..duit memang tak cukup apatah lagi makan dan minum..sekadar ajak kalian berfikir...

    BalasPadam
  11. adess...kalau saya memang tak la nak beli2 no plat ni..x der faedah bagi saya( kata-kata orang yang tak berduit kakaka)

    BalasPadam
  12. harga no plat lagi mahal dr kereta.

    BalasPadam
  13. beli plate yg harganya RM210 pun kena berkira2 juga ni...heee.
    kalau sanggup nombor cantik ada harganya, tapi yg mahal sangat macam ni nak jual balik pun bukan mudah,,,

    BalasPadam
  14. fuh..memang tak mampu, n bukan prioriti, kan? :D tapi syukur sebab nmbr plat yang dapat nie pun rasa dah cukup cantek n senang nak ingat. hehe..

    BalasPadam
  15. Perghh, harga plat dah boleh beli rumah sebiji

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb da ada umah berbuah2 la bli no plet pulak. Lg pun keja gov kan snang byk elaun bgai yg jwatan besar2

      Padam
  16. fuh... kita nak beli kereta pun tak mampu. Ni beli nombor plet je dah mahal macam ni

    BalasPadam
  17. Kalaulah wang sebanyak ini didermakan kepada orang-orang miskin..

    BalasPadam
  18. Mahu pengsan melihat harga. Bagi mereka yang mampu harga lelongan adalah celah gigi. :)

    BalasPadam
  19. Tak termampu nak jangkau harga no.plet tu...syukurlah apa yang ada ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement